Suku Akhir Piala Dunia FIFA 2018

Saingan bertambah sengit dan sudah hampir ke pusingan akhir Piala Dunia FIFA 2018. Banyak pasukan bolasepak dunia yang sebelum ini menjadi pilihan sudah tersingkir. Jika sebelum ini, kita lihat bagaimana pasukan Itali, Belanda tidak berada dalam pusingan akhir FIFA World Cup 2018 .. kali ini setelah menuju ke suku akhir Piala Dunia ... kita lihat Portugal dan Argentina juga tersingkir.

Pasukan Layak dan Jadual Suku Akhir Piala Dunia FIFA 2018

Apa nak buat .. takziahlah buat para penyokong pasukan-pasukan yang tidak berjaya ke peringkat suku akhir Piala Dunia.
Suku Akhir Piala Dunia FIFA 2018

Nah, sekarang kita lihat persaingan seterusnya di dalam Piala Dunia FIFA2018. Bukan calang pasukan yang telah berjaya akhiri persaingan kumpulan 16 pasukan ini. Pasukan yang telah berjaya layak ke peringkat suku akhir Piala Dunia FIFA World Cup 2018 ialah:

  1. Uruguay
  2. Perancis
  3. Brazil
  4. Belgium
  5. Sweden
  6. England
  7. Russia
  8. Croatia

Pasukan mana yang telah berjaya ke peringkat suku akhir kali ini ya .... adakah pasukan pilihan anda telah tersenarai?

Jadual Suku Akhir Piala Dunia

  • Jumaat (6 Julai 2018)
    • Uruguay mln Perancis
      • Stadium Nizhny Novgorod, jam 10 malam
  • Sabtu (7 Julai 2018)
    • Brazil mln Belgium
      • Stadium Kazan, jam 2 pagi
    • Sweden mln England 
      • Stadium Samara, jam 10 malam
  • Ahad (8 Julai 2018)
    • Russia mln Croatia
      • Stadium Sochi, jam 2 pagi


Semua waktu perlawanan dipaparkan adalah waktu Malaysia ya ... jadi boleh semak siaran langsung di RTM dan juga Astro.

Daripada jadual perlawanan suku akhir Piala Dunia di atas tu, agak-agak andalah, pasukan bolasepak manakah yang akan berjaya ke peringkat separuh akhir, dan akhirnya nanti akan berada di perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2018?

Perlawanan Tumpuan Suku Akhir FIFA 2018

Suku Akhir Piala Dunia FIFA 2018


Hmm .. saya fikir dan rasa ... perlawanan paling menarik di peringkat suku akhir ini ialah antara Brazil dengan Belgium selain Perancis dengan Uruguay. Ini disebabkan ia perlawan dua benua berbeza. Jadi corak permainan juga berbeza. Harapnya ia akan jadi satu bentuk permainan yang menghiburkan serta mengujakan.

Pusingan suku akhir pasti lebih mencabar kerana ia dibuat secara kalah-mati. Siapa kalah dalam perlawanan tu, bye bye la piala dunia .. hehe. Tak ada nak lawan timbal-balik macam liga tu .. hehehe .. tak ada nak balas dendam. Nak balas dendam kalau kalah perlawanan ni, kena tunggu lagi 4 tahun baru boleh .. hehe.

Jadi, perlawanan suku akhir pastinya akan jadi perhatian para peminat bolasepak dunia. Ia akan jadi topik trending.

Mungkinkah Perancis sekali lagi jadi juara FIFA World Cup? Atau mungkin Brazil untuk kali ke enam? Mungkinkah England yang mempunyai penyerang berbisa bernama Kane?
Suku Akhir Piala Dunia FIFA 2018

Sama-sama kita saksikan pengakhiran menarik nanti .. asyik-asyik layan berita politik pun bosan juga ye .. huhuhu... :P

Post a Comment

0 Comments