13 Mei 2018

10 Janji 100 Hari Kerajaan Pakatan Harapan Dituntut Rakyat

Kerja Kosong Sambilan
HASRUL HASSAN Online Blog

Tahniah kepada Pakatan Harapan (PH) yang berjaya memenangi undi rakyat Malaysia dalam Pilihan Raya Umum kali keempat belas (PRU14), sekaligus membolehkan Pakatan Harapan menubuhkan Kerajaan Persekutuan Malaysia.

Pakatan Harapan Menang Pilihanraya Umum 14 (PRU14)

Dalam PRU14 ini, ianya pertama kali di dalam sejarah Malaysia, Barisan Nasional gagal memperoleh undi untuk pembentukan Kerajaan Persekutuan. Malah, PRU14 ini juga melakar sejarah apabila banyak kerajaan negeri sebelum ini ditadbir kerajaan Barisan Nasional telah berpindah tangan ke Pakatan Harapan dan juga PAS.
Janji Pakatan Harapan jika menang PRU14
Pakatan Harapan, yang dianggotai oleh Parti Keadilan, DAP, Parti Amanah serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah memenangi 122 kerusi Parlimen, berbanding Barisan Nasional yang cuma memenangi 79 kerusi di peringkat Parlimen.

Semakan keputusan rasmi PRU14 boleh dilihat di laman web rasmi SPR PRU14.

Jumlah kerusi Parlimen dimenangi oleh PH disumbangkan menerusi PKR sebanyak 104 kerusi, DAP 9 kerusi, serta Parti Warisan Sabah yang memberikan sokongan kepada PH iaitu 8 kerusi. Parti Solidariti Tanah Airku yang juga menyokong PH memenangi satu kerusi Parlimen.

PAS yang sebelum ini menjadi parti pembangkang semasa Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional, bagaimanapun tidak terlibat dengan pakatan pihak pembangkang diketuai oleh Parti Keadilan, DAP, Amanah dan PPBM.

Parti itu yang berjaya membentuk Kerajaan Negeri di Kelantan dan Terengganu telah memenangi sebanyak 18 kerusi Parlimen di dalam PRU14.

PRU14 telah pun berakhir.

10 Janji 100 Hari Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan

Semua rakyat Malaysia tak kiralah penyokong mana-mana parti politik di Malaysia ini sedang melihat perkembangan terkini pembentukan Kerajaan Persekutuan oleh PH. Paling ditagih ialah 10 janji dalam tempoh 100 hari pentadbiran Kerajaan Persekutuan PH.

10 janji 100 hari inilah yang menjadi antara tarikan utama kenapa rakyat Malaysia memberikan mandat untuk Pakatan Harapan sehingga berjaya memenangi banyak kerusi di peringkat Parlimen.

Buat siapa yang masih lagi tak tahu apa yang telah dijanjikan oleh Kerajaan PH yang terkandung di dalam Manifesto Pakatan Harapan, meh saya kongsikan balik sebagai ingatan dan panduan, selain checking method penunaian janji agar tidak dimungkiri.
10 Janji 100 Hari Kerajaan Pakatan Harapan
10 Janji 100 Hari Kerajaan Pakatan Harapan
10 Janji 100 Hari Kerajaan Pakatan Harapan
10 Janji 100 Hari Kerajaan Pakatan Harapan
10 Janji 100 Hari Kerajaan Pakatan Harapan
10 Janji 100 Hari Kerajaan Pakatan Harapan
10 Janji 100 Hari Kerajaan Pakatan Harapan
10 Janji 100 Hari Kerajaan Pakatan Harapan
10 Janji 100 Hari Kerajaan Pakatan Harapan
Secara peribadi, saya melihat, 10 janji ini seperti agak sukar untuk dilaksanakan secara total dalam masa 100 hari, namun saya percaya akan kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan akan melakukan sedaya upaya bagi merealisasikan janji ini.

Apatah lagi apabila Perdana Menteri ketujuh yang baru mengangkat sumpah iaitu Yang Berbahgia Tun Dr. Mahathir mempunyai wibawa dan pengalaman 22 tahun sebelum ini mentadbir kerajaan di peringkat Persekutuan.

Senarai 10 Janji PH Dalam 100 Hari Tadbir Kerajaan

Saya senaraikan kembali 10 janji tersebut secara kesimpulan ..
  1. Hapuskan GST
  2. Subsidi petrol bersasar
  3. Menghapuskan hutang para peneroka FELDA
  4. KWSP untuk surirumah
  5. Samaratakan gaji minima pekerja
  6. Skim Peduli Sihat
  7. Tangguh bayaran balik PTPTN untuk gaji bawah RM4,000
  8. Siasat segera skandal 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji
  9. Kembalikan status negeri Sabah dan Sarawak
  10. Kaji semula perlaksanaan projek-projek mega
Sebagai rakyat, saya mendoakan segala 10 janji yang telah dinyatakan untuk dilaksana dalam tempoh 100 hari itu dapat ditunaikan tanpa alasan. In Sha Allah. Moga PH tidak mungkiri janji, dan memberikan sinar baharu kepada kehidupan rakyat Malaysia seluruhnya.

Sumber: http://pakatanharapan.com.my/diymanifesto

10 Janji 100 Hari Kerajaan Pakatan Harapan Dituntut Rakyat Hasrul Hassan 4.5 of 5
Tahniah kepada Pakatan Harapan (PH) yang berjaya memenangi undi rakyat Malaysia dalam Pilihan Raya Umum kali keempat belas (PRU14), sekalig...

Artikel Terkait

5 Komen

Semoga janji mampu dilaksanakan..

jika dilaksanakan memang terbaik untuk rakyat Malaysia

Akhirnya rakyat lah king maker dalam negara ini. Selamat bekerja buat pengurus baru Malaysia. Kontrak anda 5 tahun bermula dari 10 Mei 2018

X de kan nak mansuhkan tol? 😭

Ohh perkara ni kena tgk dalam Manifesto Penuh Kerajaan PH .. ada rasanya disebut dalam tu. Kena teliti balik manifesto Kerajaan PH ni untuk tahu lebih lanjut.

berserah...
https://cukaipendapatan.wordpress.com/2018/03/09/seksyen-127/

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon