Kadar dividen KWSP terkini untuk tahun kewangan 2017. Berita gembira dinantikan para pencarum dan pelabur dalam KWSP. Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dengan kelulusan Menteri Kewangan, telah mengisytiharkan kadar dividen untuk dua jenis simpanannya, iaitu Simpanan Konvensional dan juga Simpanan Shariah untuk tahun kewangan berakhir 2017.

Pengumuman kadar dividen KWSP terkini ini boleh anda dapati menerusi laman web rasmi KWSP sejak 10 Februari 2018.

Kadar Dividen KWSP 2017

Kadar Dividen KWSP 2017
Dividen KWSP 2017
Dalam pengumuman tersebut, KWSP telah umumkan kadar dividen untuk Simpanan Konvensional 2017 (SK) adalah sebanyak 6.90 peratus dengan jumlah agihan dividen sebanyak RM44.15 bilion; manakala kadar keuntungan untuk Simpanan Shariah (SS) adalah sebanyak 6.40 peratus dengan agihan dividen kepada pencarum sebanyak RM3.98 bilion. Jumlah keseluruhan agihan dividen adalah RM48.13 bilion, naik 29.8 peratus berbanding tahun 2016.

Buat mereka yang tidak tahu, pihak KWSP telah mengasingkan dua jenis simpanannya bermula pada tahun 2016, iaitu kepada Simpanan Konventional (SK) dan juga Simpanan Shariah (SS). Saya ada ceritakan sebelum ini, malah saya beritahu bagaimana untuk bertukar dari SK kepada SS khas untuk pencarum yang beragama Islam.

Ia adalah satu pilihan untuk pencarum, namun untuk yang beragama Islam, adalah lebih baik menjadikan akaun simpanan dalam KWSP kepada konsep Shariah, kerana manfaatnya banyak .. dan paling penting sekali, keuntungan atau dividen yang diperoleh telah dizakatkan. Alhamdulillah.

Memetik laporan dalam laman web rasmi KWSP ...

Pengerusi Tan Sri Samsudin Osman berkata, "Kami amat sukacita dengan prestasi keseluruhan pada 2017, yang juga merupakan tahun yang penting bagi KWSP memandangkan kami kini menguruskan dua skim simpanan dan mengisytiharkan dua kadar dividen.
[post_ads]
Rahsia Unit Trust

Kadar Tertinggi Dividen KWSP

"Simpanan Shariah telah menunjukkan prestasi yang kukuh untuk pengisytiharan dividen yang pertama. Ini membuktikan prestasi aset Syariah KWSP yang mapan, seterusnya memberikan berita baik kepada ahli kami yang telah bertukar kepada Simpanan Shariah. Untuk Simpanan Konvensional, kadar 6.90 peratus merupakan kadar tertinggi pernah diumumkan semenjak 1997."

Pengagihan dividen bagi setiap akaun diperolehi daripada jumlah pendapatan nyata selepas ditolak rosot nilai bersih ke atas aset kewangan, kerugian tidak nyata yang disebabkan oleh kadar pertukaran mata wang asing dan harga instrumen derivatif, perbelanjaan pelaburan dan operasi, caj berkanun serta dividen atas pengeluaran.

Bagaimana Dividen KWSP Diperoleh?

Simpanan Shariah hanya memperoleh pendapatan mengikut bahagiannya daripada aset Syariah manakala bagi Simpanan Konvensional, sebanyak 38 peratus pendapatan diperolehi daripada aset Syariah dan 62 peratus daripada aset bukan Syariah.

Pendapatan pelaburan kasar untuk 2017 adalah RM53.14 bilion, jumlah tertinggi sejak penubuhan KWSP pada 1951. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM4.60 bilion diatribusikan kepada Simpanan Shariah, mengikut bahagiannya daripada jumlah keseluruhan aset Syariah, manakala RM48.54 bilion diatribusikan kepada Simpanan Konvensional.

Pulangan bagi Simpanan Konvensional ditingkatkan oleh pendapatan yang diperolehi daripada pelaburan bukan Syariah berikutan peningkatan prestasi saham perbankan sedunia manakala Simpanan Shariah tidak dilaburkan dalam saham perbankan konvensional memandangkan ianya tidak patuh Syariah. Di samping itu, rosot nilai ekuiti daripada saham patuh Syariah, terutamanya daripada sektor minyak dan gas dan telekomunikasi, telah menurunkan pendapatan portfolio Syariah KWSP.

[Dah Tahu?] Panduan Pelaburan Menguntungkan Dari Seorang Jutawan Emas

Tan Sri Samsudin berkata, "Sememangnya akan terdapat perbezaan pulangan Simpanan Shariah berbanding Simpanan Konvensional dalam jangka pendek, walau bagaimanapun, dalam jangka masa panjang, prestasi kedua-dua skim ini dijangka tidak akan jauh berbeza memandangkan kedua-duanya mempunyai objektif dan strategi pelaburan yang sama.
[post_ads_2]
"Sebagai sebuah dana simpanan persaraan, objektif kami adalah untuk melindungi dan menambah nilai simpanan persaraan ahli kami dan ini boleh dinilai dari kadar dividen yang diisytiharkan berbanding kadar inflasi Malaysia. Untuk 2017, kadar dividen yang diisytiharkan untuk Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional masing-masing adalah 2.61 peratus dan 3.11 peratus melebihi kadar inflasi sebanyak 3.79 peratus. Sepanjang tiga tahun lepas, KWSP telah mengisytiharkan kadar dividen melebihi sasaran dua (2) peratus dividen sebenar masing-masing sebanyak 3.51 peratus dan 3.67 peratus bagi purata bergerak tiga tahun."

Berikut adalah kadar dividen KWSP sejak tahun 2017:

Tahun
Kadar Dividen
Jumlah Agihan
(%)
RM juta
2000
6.00
9,748
2001
5.00
8,374
2002
4.25
7,742
2003
4.50
8,963
2004
4.75
10,286
2005
5.00
11,876
2006
5.15
13,424
2007
5.80
16,787
2008
4.50
14,288
2009
5.65
19,372
2010
5.80
21,610
2011
6.00
24,466
2012
6.15
27,451
2013
6.35
31,200
2014
6.75
36,656
2015
6.40
38,243
2016
5.70
37,076
SK 2017
6.90
44,151
SS 2017
6.40
3,979

Menyentuh tentang jumlah pengagihan dividen 2017 sebanyak RM48.13 bilion, Tan Sri Samsudin berkata jumlah yang perlu diagihkan untuk setiap satu (1) peratus kadar dividen adalah RM7.02 bilion, selaras dengan pertumbuhan tahunan baki simpanan ahli sebanyak 10.98 peratus sejak 1990. Setakat 31 Disember 2017, jumlah simpanan ahli adalah RM768.51 bilion, yang mana RM67.76 bilion adalah di bawah Simpanan Shariah dan RM700.75 bilion di bawah Simpanan Konvensional.

[Dah Baca?] Cara Bayar Zakat Sudah Dipermudah. Jangan Lengah.

"Ini merupakan cabaran yang perlu dihadapi dalam menguruskan dana yang besar seperti KWSP bagi menjana pulangan pelaburan yang konsisten dan mampan untuk jangka panjang. Ini juga merupakan tujuan pendiversifikasian ke luar negara memandangkan peningkatan nilai aset global telah memberi peluang kepada kami untuk mengaut keuntungan daripada pasaran dan kelas aset yang berbeza," kata Tan Sri Samsudin.

Pelaburan KSP Naik 14.13%

Jumlah pendapatan pelaburan kasar untuk 2017 sebanyak RM53.14 billion, naik 14.13 peratus dari RM46.56 bilion pada 2016. Jumlah ini telah meningkat sebanyak 11.90 peratus setahun sejak 2007 dan bersamaan dengan 7.30 peratus pulangan atas pelaburan (ROI).

Tan Sri Samsudin berkata pelaburan KWSP telah memberikan ROI tahunan tiga tahun sebanyak 7.30 peratus dan ini merupakan suatu pencapaian yang membanggakan memandangkan KWSP adalah sebuah dana seimbang dengan pendedahan sebanyak 50 peratus terhadap instrumen pendapatan tetap.

"Di samping itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan KWSP atas pencapaian cemerlang ini, dalam memastikan pertumbuhan aset kekal sihat dan selaras dengan visi KWSP untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik dan agar simpanan serta kepentingan mereka terus dijaga."

[Dah Baca?] Kelebihan dan Kekurangan Melabur Dalam AHB Berbanding ASB

Tarikh Terima Dividen KWSP

Pengkreditan Dividen 2017 akan dilaksanakan pada hari Ahad, 11 Februari 2018 dan ahli boleh mendapat maklumat terkini melalui laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau aplikasi mudah alih i-Akaun. Aplikasi i-Akaun ini boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple App Store.

Ahli yang ingin menukar ke Simpanan Shariah 2019 boleh mendaftar sebelum 24 Disember 2018. Anda boleh rujuk tatacara mudahnya di SINI.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement