Kelebihan dan Kekurangan Melabur AHB Berbanding ASB

Kelebihan dan Kekurangan Melabur AHB Berbanding ASB, Mengapa Pilih Melabur Dalam AHB?

Hmm .. nampaknya banyak juga persoalan yang bermain di fikiran mereka yang teringin nak melabur dalam sektor hartanah ni ehh. Ok. Baru-baru ini saya ada mempromosikan kepada semua pembaca blog ini bahawa antara pelaburan yang bagus ialah pelaburan dalam unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB).

Dalam memperkatakan soal pelaburan dalam bidang hartanah menerusi AHB ini, ada perkara yang tidak berapa nak jelas, terutama dari segi pro dan kontra pelaburan dalam AHB ini. In Sha Allah, dalam blog post ini, saya cuba senaraikan kelebihan dan kekurangan melabur dalam Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) dan membandingkannya dengan pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Kelebihan dan Kekurangan Melabur Unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) Berbanding ASB

Kelebihan dan Kekurangan Melabur AHB Berbanding ASB
Ok. Mari kita sama-sama lihat dulu apa kelebihan yang ada di dalam pelaburan hartanah perdana yang patuh syariah ini, dan cuba bandingkan dengan ASB; memandangkan kedua-dua cabang pelaburan ini mensasarkan pelabur Bumiputera di Malaysia.

Sebelum itu, elok saya ingatkan kepada anda, AHB adalah berkaitan hartanah dan ASB adalah berkaitan saham.

Kelebihan AHB

  1. Pulangan dalam AHB adalah lebih tinggi jika dicampur zakat berbanding pulangan pelaburan dalam ASB. Dividen dalam ASB anda perlu declare sendiri untuk pengiraan zakat harta/pendapatan. Manakala pulangan dalam AHB telahpun bersih setelah dizakatkan oleh pihak pengurus dana unit amanah.
  2. Dividen atau pulangan atas pelaburan diberikan sebanyak dua (2) kali setahun. Ini bermakna kesan compounding (peningkatan berganda) atas dividen adalah dua (2) kali lebih daripada ASB. Dividen yang diperoleh dari AHB (ke dalam akaun Maybank) boleh dikreditkan semula ke dalam akaun pelaburan AHB untuk dapatkan kesan compounding ke atas pulangan tersebut.
  3. Pelaburan hanya dibenarkan dikeluarkan dari akaun AHB hanya sekali sahaja dalam sebulan. Bila susah nak keluarkan, maka pelaburan akan mudah untuk kekal tetap. Manakala ASB, ia sudah menyerupai akaun simpanan ... tiada sekatan kecuali bila urusniaga ASB digantung. Anda boleh keluarkan pelaburan dalam ASB ikut suka anda ... dan selalunya ia akan berlaku beberapa hari selepas pihak ASB umumkan dividen.
  4. Pulangan AHB adalah lebih konsisten dan lebih-lebih lagi ia telah diunjurkan pulangan tidak kurang dari 6% setahun untuk tempoh yang lama. Dari segi perancangan kewangan yang baik, ia agak mudah untuk melakukan pelan kewangan.
  5. Boleh claim untuk pulangan cukai pendapatan untuk keuntungan yang dapat dari pelaburan dalam AHB ini. Ada baucer dengan nilai atau jumlah potongan yang boleh diambil kira untuk dimasukkan ke dalam potongan cukai LHDN.

Nampak macam menarik je kan pelaburan hartanah dalam AHB ni? Nak-nak lagi bila ia adalah satu pelaburan yang dijelaskan sebagai patuh syariah, dan keuntungan pula sudah dizakatkan.
AHB merupakan unit amanah patuh syariah yang akan dilaburkan dalam sektor hartanah dan ia merupakan platform yang membolehkan Bumiputera terlibat secara tidak langsung dalam aset-aset hartanah bagi meraih pulangan yang konsisten.
Sekarang kita lihat pula kekurangan yang ada dalam pelaburan AHB ini.

Kekurangan AHB

  1. Anda hanya boleh tambah pelaburan AHB menerusi urusan di kaunter Maybank sahaja. Tiada servis online untuk menambah pelaburan, kecuali untuk melihat penyata pelaburan AHB menerusi Maybank2u.
  2. Dividen dimasukkan ke dalam akaun Maybank yang berbeza dari akaun pelaburan AHB. Anda tidak akan nampak pelaburan dalam AHB bertambah walaupun pulangan keuntungan telah diberikan.
  3. Sekiranya deposit pelaburan sudah mencapai had RM400K, dividen tidak boleh compounding lagi. Anda mungkin perlu mencari pelaburan lain. Manakala ASB, dividen compounding tiada had.
  4. Berbanding ASB, banyak bank yang tawarkan pembiayaan dan pinjaman untuk menambah pelaburan. Pakar pelaburan anggap AHB rugi dari segi leverage effect.
  5. Zakat yang dah ditolak tak boleh dapat pelepasan cukai, tetapi pulangan AHB boleh dapat pelepasan cukai dengan nilai tertentu yang disediakan menerusi baucer cukai AHB. Untuk ASB zakat boleh ditolak ke atas cukai pendapatan yang dikenakan sebab zakat atas nama pelabur.
  6. AHB tiada buku pelaburan berbanding ASB. Jika anda nak tahu jumlah pelaburan terkini dalam AHB, hanya ada dua cara, iaitu menerusi penyata dividen yang diberikan dua kali dalam setahun, dan juga menerusi Maybank2u (online) di bahagian Unit Amanah.
Kelebihan dan Kekurangan Melabur AHB
Untuk info, setakat post ini saya tulis, dana yang ada dalam AHB sudah mencecah 3.5 billion unit. Dan ini membuka peluang yang sangat cerah untuk lebih ramai Bumiputera untuk melabur dalam unit Amanah Hartanah Bumiputera ... termasuklah juga untuk menambah pelaburan AHB sedia ada.
[Baca] Cara-Cara Untuk Buka Pelaburan dan Tambah Pelaburan AHB
Jika anda berhasrat untuk melabur dan jana keuntungan menerusi unit Amanah, boleh dapatkan panduan khas berikut - Rahsia Gandakan Wang Menerusi Unit Amanah

Semoga info ini dapat bantu anda untuk buat perbandingan am mengenai kelebihan dan kekurangan melabur dalam AHB berbanding ASB. Pilih mana yang paling bijak untuk diri anda .. janji anda melabur .. :)

COMMENTS

BLOGGER: 6
Loading...
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,124,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,363,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,300,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,53,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,621,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,576,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,9,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,33,Kekeluargaan,90,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,82,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,300,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,358,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,65,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,494,Semesti,2,SENI,3,Shopping,117,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,180,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,100,Tips Blogging,314,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,53,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,125,Video Best,37,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,107,Work From Home,13,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM™: Kelebihan dan Kekurangan Melabur AHB Berbanding ASB
Kelebihan dan Kekurangan Melabur AHB Berbanding ASB
Kelebihan dan Kekurangan Melabur AHB Berbanding ASB, Mengapa Pilih Melabur Dalam AHB?
https://1.bp.blogspot.com/-CxKk03_ThRo/WHUysmVz8aI/AAAAAAAAaBY/uPpDbtNfPAQ__Wo-rEgNUjvGZhRLGYAUQCLcB/s1600/kelebihan-kekurangan-melabur-dalam-AHB.png
https://1.bp.blogspot.com/-CxKk03_ThRo/WHUysmVz8aI/AAAAAAAAaBY/uPpDbtNfPAQ__Wo-rEgNUjvGZhRLGYAUQCLcB/s72-c/kelebihan-kekurangan-melabur-dalam-AHB.png
HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2017/01/kelebihan-dan-kekurangan-melabur-ahb.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2017/01/kelebihan-dan-kekurangan-melabur-ahb.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy