Panduan Pelaburan Daripada Jutawan Emas. Mengikut pengalaman saya, duit memang susah nak simpan, walaupun ada tabung sendiri sebagai cara untuk menyimpan duit, tetapi seringkali duit yang berada di dalam tabung habis dibelanja apabila 'dipecahkan'. Anda memerlukan disiplin yang tinggi dan hati cekal untuk simpan duit, apatah lagi jika ia bersifat jangkamasa panjang. Sebagai alternatif, saya syorkan anda untuk menyimpan dalam bentuk emas fizikal. Setidaknya anda akan berasa sukar untuk berbelanja dengan emas, jika dibandingkan dengan duit.

Apabila sukar dibelanjakan, maka kebarangkalian jumlah simpanan anda akan jadi mudah dan cepat meningkat. Nak-nak lagi, andai anda mengambil inisiatif membuat simpanan kewangan menggunakan emas fizikal, yang mana nilainya semakin lama semakin bertambah. Ia merupakan jenis simpanan dan juga bentuk pelaburan yang dianggap paling baik dan lumayan untuk jangkamasa panjang.

Buku Panduan Pelaburan Daripada Jutawan Emas

Panduan Pelaburan Daripada Jutawan Emas
Baru-baru ini, saya telah diperkenalkan dengan satu buku yang bertajuk - Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas. Ia merupakan hasil penulisan terbaik daripada Syukor Hashim. Kepada mereka yang telah menceburi bidang pelaburan emas, tentu kenal dengan jutawan emas ini.

Definasi Pelaburan Emas - Anda membeli emas fizikal atau sebarang produk kewangan berdasarkan emas untuk tujuan mendapatkan keuntungan.

Buku yang juga boleh dimuat-turun secara online dalam bentuk PDF ini mendedahkan bagaimana untuk menjadikan emas sebagai salah satu cara untuk menjana pendapatan dan keuntungan lumayan. Ia menyingkap rahsia serta strategi yang perlu dibuat oleh seseorang dalam mencapai taraf sebagai jutawan emas. Jika anda sedang mencari jalan penyelesaian untuk melipat-gandakan jumlah simpanan dan pelaburan anda, maka buku ini harus dimiliki dan dikuasai ilmunya.

Isi Kandungan Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

Buku ini mengandungi 11 topik yang ditulis penuh detail serta tersingkap beberapa rahsia serta teknik untuk menjana pendapatan dan seterusnya menjadi jutawan emas oleh Syukor Hashim.
  1. Mengapa Perlu Menyimpan Emas
  2. Bagaimana Membuat Pelaburan Emas di Malaysia
  3. Faktor-Faktor Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Membeli Emas Pelaburan
  4. Harga Emas di Malaysia dan Dunia
  5. Bagaimana Menjana Keuntungan Dengan Pelaburan Emas
  6. Ar-Rahnu (Pajak Gadai Islam)
  7. Bacaan Tambahan Pelaburan Emas
  8. Mengikuti Perkembangan Pasaran Emas 
  9. Skim Pelaburan Emas
  10. Zakat Emas
  11. Menyimpan Emas Anda Dengan Selamat

Lupakan soal untuk jadi jutawan emas, tetapi fikir untuk memiliki aset yang tidak terlalu menonjol di mata orang. Emas adalah satu simpanan dan pelaburan yang sangat mudah untuk dipraktikkan. Anda beli emas, dan anda simpan. Cukup masa, tepat dengan situasi semasa, anda jual untuk mendapatkan keuntungan darinya. Ia juga boleh dijadikan sebagai simpanan kecemasan - bila cemas je anda akan gunakan, sebab ia agak sukar untuk dibelanjakan secara terus, itu kelebihan emas berbanding wang atau duit. Ia jadi sukar untuk dihabiskan.

Berikut adalah satu kajian kes yang dipetik daripada ebook penulisan Syukor Hashim ...
Kajian kes cara jadi jutawan emas
Emas adalah cara untuk anda bekukan duit anda. Tapi beku bukan sebarang beku ye .. nilainya bertambah. Jadi, memang tidak rugi untuk menyimpan emas.

[Fakta Menarik] Kuasa Membeli Menerusi Emas adalah Lebih Stabil Berbanding Wang (Duit) Walaupun Selepas Berabad Lamanya

Menerusi isteri saya, kami sudahpun mula menyimpan emas untuk simpanan dan pelaburan. Tidaklah banyak, tapi seperti kajian kes yang saya kongsikan di atas, biar sedikit demi sedikit ... dengan niat untuk masa depan anak-anak. Anda perlu berfikiran ke hadapan .... harga rumah, harga barang, harga aset semuanya akan naik. Anda simpan duit di dalam bank, berapa agaknya jumlah pelaburan yang boleh anda dapat dalam tempoh 5 tahun? Bandingkan dengan emas fizikal?
Isteri dan saya mula simpan emas bukan terus beli dan simpan. Kami dapatkan ilmu dahulu, dan paling penting info-info yang berkaitan dengan simpanan dan pelaburan emas. Sesetengah orang, mereka hanya tahu beli dan simpan tanpa ada sebarang asas ilmu mengenai pelaburan emas. Seperti awal saya katakan tadi, tidak perlu aim untuk jadi jutawan emas sangat ... tapi target untuk simpan emas demi masa depan. Apabila tiada ilmu, maka tidak faham ... apabila tidak faham, dan tidak mendapat pulangan yang diimpikan, mulalah meroyan kata pelaburan emas adalah satu penipuan.

Satu tips saya nak kongsikan yang dicedok dari buku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas ... anda perlu tahu mengenai 7 faktor berikut sebelum membeli emas pelaburan.
  1. Susut-nilai Emas (Spread)
  2. Harga premium over-spotted-price
  3. Kesediaan stok
  4. Beli emas yang bebas GST
  5. Adakah emas dibeli boleh digadai di Ar-Rahnu?
  6. Adakah emas pelaburan boleh dijual semula jika plastik pembungkusannya dibuka, atau berlaku kecacatan padanya?
  7. Reputasi penjual emas
Nak tahu lebih lanjut lagi .. anda perlu miliki ilmu ini, bacalah buku (dalam bentuk fizikal atau PDF) Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas oleh Syukor Hashim ini. Boleh klik imej di bawah untuk melakukan tempahan buku / ebook ini secara online. Jaminan kepuasan 100% atau wang dikembalikan diberikan kepada anda.

Semoga paparan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. Ilmu yang saya kongsikan dari buku ini hanya 0.10% sahaja ... anda perlu baca dan fahami lebih lanjut mengenai pelaburan emas dari buku ini ... ia panduan yang terbaik untuk mereka yang bercita-cita nak jana keuntungan dan pendapatan menerusi emas pelaburan, dan yang impikan untuk menjadi seorang jutawan emas.

In Sha Allah, moga ramai akan lebih tahu akan kepentingan menyimpan emas, di sebalik pelaburan yang menguntungkan ini.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. pernah baca sikit2 pasal melabur emas ni
    teringin jugak..tapi nak simpan tu...errr agak payah sikit
    emas fizikal nak simpan kat rumah takut jugak risiko sampingan
    kalau packaging goldbar tu terbuka/terusik ada susut nilai
    tapi yg bestnya harga emas sentiasa naik..lumayan bg sesiapa yg nk melabur bidang ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh simpan di peti simpanan fixed deposit box kat bank. :)

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement