Bijak Temuduga

Bayar Zakat Dah Dipermudah

Bayar Zakat Dah Dipermudah, apa pula yang wajar dibuat dan dilakukan?

Bayar zakat dah dipermudah. Sesuai dengan zaman, umat Islam telah diberikan kemudahan terbaik untuk membayar zakat. Sekarang, anda sudah boleh mengira dan membayar zakat menerusi sistem online yang ada disediakan di App Store dan juga di Google Play. Kemudahan dah disediakan, sekarang tanggungjawab sebagai umat Islam sahaja yang perlu ditunaikan.

Zakat hanya dikenakan kepada umat Islam dan ianya wajib ditunaikan berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditentukan oleh syarak. Bukan semua umat Islam itu 'layak' secara fizikalnya. Namun, setiap umat Islam perlu ada niat untuk membayar zakat. Paling penting kena tahu samada syarat dipenuhi atau tidak.

Zakat dari sudut bahasa ialah suci, bersih dan bertambah. Zakat dari sudut istilah ialah mengeluarkan sebahagian harta yang tertentu kepada asnaf yang berhak dengan syarat-syarat yang tertentu.

Bayar Zakat Dah Dipermudah 

9 Cara Mudah Bayar Zakat
Ramai umat Islam yang sedia maklum mengenai zakat fitrah, dan saya fikir semua umat Islam tahu akan tanggungjawab ini yang ditunaikan sebelum tibanya 1 Syawal setiap tahun. Namun, masih ramai umat Islam yang daif pengetahuan berkaitan cabang zakat yang lain; yang dimaksudkan oleh saya ialah zakat harta. Zakat harta adalah penting untuk menyucikan apa juga pendapatan, harta, milikan serta ssimpanan yang kita ada untuk lebih berkat dan diredhai Allah S.W.T.

8 Cabang Zakat Harta

Zakat harta ini ada cabang-cabangnya iaitu:
  1. Zakat pendapatan
  2. Zakat wang simpanan
  3. Zakat emas dan perak
  4. Zakat perniagaan
  5. Zakat saham
  6. Zakat pertanian
  7. Zakat ternakan
  8. Zakat KWSP
Kenapa perlu membayar zakat? Saya boleh senaraikan banyak sebab dan sertakan beberapa dalil, hadith dan ayat Al Quran, tetapi percayalah ... tujuan zakat adalah baik dan bagus. Ia secara amnya membantu umat Islam yang memerlukan bantuan, yang kurang mampu, yang layak dari segi syarak untuk menerimanya yang disebut sebagai Asnaf.

Takrifan Asnaf

Takrifan asnaf yang layak ini adalah seperti berikut; seperti yang dirujuk menerusi Pusat Pungutan Zakat MAIWP:

Fakir

Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.

Miskin

Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.

Amil

Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.

Muallaf

Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu :

Al-Riqab

Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.

Al-Gharimin

Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.

Fisabillah

Mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

Ibnu Sabil

Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantua

...
...

Salah satu agensi yang bertanggungjawab mengutip dan menguruskan wang zakat ialah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Mereka telah bertindak dengan proaktif untuk memudahkan umat Islam khususnya yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk menunaikan tuntutan agama ini.

6 Cara Memudahkan Bayar Zakat

Van Zakat Bergerak
Pembayaran zakat dipermudahkan menerusi beberapa cara berikut:
  1. Menerusi laman web Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang boleh diakses menerusi pautan - www.zakat.com.my
  2. Aplikasi iZakat yang boleh dimuat-turun secara percuma di Google Play dan App Store.
  3. Kaunter-kaunter zakat yang terletak di beberapa lokasi tumpuan iaitu Masjid Negara, Wisma PPZ Taman Shamelin, Wangsa Maju, Presint 9 Putrajaya, Presint Diplomatik Putrajaya, Masjid At-Taqwa TTDI, Masjid Abdul Rahman Auf Puchong, Masjid Imam Al Ghazali Kepong, UTC Pudu Sentral, Bangunan Daruzzakah Kampung Baru KL, Labuan Time Square.
  4. Pembayaran menerusi 13 perbankan internet 
  5. Skim potongan gaji
  6. Kaunter zakat van bergerak PPZ MAIWP
Cara Agihan Zakat
MAIWP dengan tanggungjawab yang diberikan akan mengagihkan segala wang zakat yang diterima kepada asnaf. Anda tidak perlu ragu kemana wang zakat yang telah anda keluarkan itu, kerana kewajipan anda adalah membayar dan bukannya memberikan kepada mereka yang layak. MAIWP dengan adanya Baitulmal akan memastikan apa yang anda keluarkan itu disalurkan dengan tepat, betul, berdasarkan kiraan, serta telus kepada 8 takrifan asnaf yang saya sebutkan tadi.

[Rujukan] Agihan Zakat oleh MAIWP - Agihan Zakat Menerusi 28 Skim

Mereka mengagihkan wang zakat yang telah dipungut menerusi 28 skim bantuan yang bersifat jangka pendek dan juga jangkamasa panjang. Ia selaras untuk memastikan ekonomi, kehidupan sara diri umat Islam terutama golongan 8 asnaf terpelihara dan dilindungi. Dan kepada Allah S.W.T kita berserah agar semuanya diterima dan diberkati, in Sha Allah. 

Kempen Zakat Online Sempena Maulidur Rasul

Sebagai langkah bagi menggalakkan lebih ramai umat Islam sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mengeluarkan 2.5 peratus dari harta layak dizakatkan, pihak MAIWP telah melancarkan satu kempen - Kempen Zakat Online sempena Maulidur Rasul 2015. Kempen ini telah bermula sejak 15 Disember 2015 dan akan berakhir pada jam 9:00 malam 31 Disember 2015.
Kempen Zakat Online Sempena Maulidur Rasul
Kempen Zakat Online ini menawarkan hadiah menarik untuk mereka yang membayar zakat secara online menerusi laman web PPZ dan juga aplikasi iZakat. Marilah bersama dengan MAIWP dan PPZ dalam kempen ini, tunaikan tanggungjawab sebagai seorang yang mahu menyucikan harta yang ada. Jika anda seorang Muslim, anda tidak akan berfikir dua kali untuk melakukannya. Hanya 2.5% sahaja daripada harta ... takkan luak dan takkan jadi miskin kerana zakat.

Untuk info dan keterangan, serta mungkin mencari jawapan untuk sebarang persoalan, anda boleh merujuk kepada pautan-pautan di bawah ini:

Website Pusat Pungutan Zakat: www.zakat.com.my
Website MAIWP (Agihan Zakat) : www.maiwp.gov.my

Facebook PPZ MAIWP: www.facebook.com/myzakat
Facebook Baitumal MAIWP: www.facebook.com/baitulmal.wp

Pusat Panggilan PPZ MAIWP: 1-300-88-5757
Pusat Panggilan Baitulmal MAIWP: 1-800-88-5222

Cara hubungi Pusat Pungutan Zakat



COMMENTS

Nama

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,42,Advertorial,112,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,7,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,3,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,360,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,7,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,24,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,275,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,18,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,46,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,49,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,64,Holiday Tips,2,Homestay,1,Hotel,10,House Husband,632,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,583,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,10,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,30,Kekeluargaan,62,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,76,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,47,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,57,Lifestyle,240,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,13,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,303,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,12,Pendapat,34,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,46,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,23,petua kehidupan,7,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,49,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,474,Semesti,2,SENI,3,Shopping,101,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,11,Tempat Menarik,167,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,87,Tips Blogging,308,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,50,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,33,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,100,Work From Home,13,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM BLOGZINE: Bayar Zakat Dah Dipermudah
Bayar Zakat Dah Dipermudah
Bayar Zakat Dah Dipermudah, apa pula yang wajar dibuat dan dilakukan?
https://1.bp.blogspot.com/-e9AzprWhHNs/VoQMVqgALrI/AAAAAAAAFvI/OqCpJJIPFHY/s1600/Cara-Bayar-Zakat-Harta.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-e9AzprWhHNs/VoQMVqgALrI/AAAAAAAAFvI/OqCpJJIPFHY/s72-c/Cara-Bayar-Zakat-Harta.jpg
HASRULHASSAN.COM BLOGZINE
http://www.hasrulhassan.com/2015/12/bayar-zakat-dah-dipermudah.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2015/12/bayar-zakat-dah-dipermudah.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy