Percutian Ad-Hoc ke Swiss Garden Beach Resort, Lumut. Dapat Harga Bawah RM200 Semalam

Pengalaman Pertama Bercuti dan Menginap di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut, Lumut dengan Harga Penginapan Diskaun, Bayar Bawah RM200 Semalam.

Swiss Garden Beach Resort, Damai Laut, Lumut  - Alhamdulillah, kami sekeluarga akhirnya dapat merasa menginap di sini walaupun ada yang kata tempat percutian ini ada kisah seramnya tersendiri. Dah lama teringin untuk ke Swiss Garden Damai Laut ini, tetapi cuma baru-baru ini dapat kesempatan.

Setelah bercuti dan memancing di Rockbund Fishing Chalet, isteri saya menyatakan hasrat untuk merasai pengalaman menginap di Damai Laut. Maka, saya dan isteri pun cubalah mendapatkan rate penginapan paling murah di situ, menggunakan laman web dan aplikasi tempahan hotel online.

Merasa Pertama Kali Menginap di Swiss Garden Beach Resort, Damai Laut

Merasa Pertama Kali Menginap di Swiss Garden Beach Resort, Damai Laut
Alhamdulillah, isteri saya berjaya mendapatkan rate penginapan di bawah RM200 semalam di Swiss Garden Beach Resort ini. Jadi, tanpa lengah dengan tawaran diberikan menerusi aplikasi online Traveloka, isteri saya terus buat tempahan dan bayaran pada hari yang sama.

Perkara Penting Tentang Swiss Garden Beach Resort, Damai Laut

Swiss Garden Damai Laut Resort
Hahaha .. memang adhoc ni, pagi buat tempahan online, petang jam 3:00 petang terus check-in, lepas check-out dari Rockbund Fishing Chalet, Marina Island. Jarak perjalanan antara dua tempat ini tidaklah jauh, tapi memakan masa juga sebenarnya. Aha .... kerana apa?

Buat anda yang tidak pernah sampai ke hotel Swiss Garden Beach Resort Damai Laut ini, saya nak kongsikan beberapa perkara menarik mengenainya di sini.
Saya tak nak cerita meleret, jadi saya berikan dalam bentuk point ye ... kang boring lak anda baca sampai pinar biji mata .. hahaha...
  • Jalan masuk ke hotel ini agak ke dalam. Dari simpang masuk utama dari jalan besar, anda perlu memandu kenderaan sehingga ke pintu gerbang hotel ini dalam 10-15 minit.
  • Anda mungkin perlu melalui jalan yang tidak berturap dengan baik, banyak lopak air dan agak merbahaya kalau memandu dengan laju terutama dari simpang masuk utama hingga ke simpang untuk ke resort ini.
  • Hanya ada satu sahaja jalan masuk ke resort. Tiada jalan lain.
  • Anda akan melalui jalan berbukit serta banyak 'bumper'.... hatta menuju naik pun kenderaan anda perlu lalui hump yang banyak sebelum tiba ke pintu masuk resort.
  • Bukan setakat jalan berbukit, jalan menuju ke resort juga seperti 'ular kena palu'. Maka, kenderaan anda tidak boleh nak memecut atau nak laju, kena berhati-hati, kerana kadang-kala kenderaan dari arah hadapan terutama yang menuruni bukit agak laju dan sering 'makan jalan'.
  • Jalan menuju ke hotel ini agak sunyi, dan saya tidak galakkan sangat untuk anda keluar waktu malam. Serammm oooo .. macam masuk hutan.
  • Anda akan sampai ke resort ini apabila nampak satu pintu gerbang dengan pondok pengawal. Anda perlu berhenti di pondok pengawal ini walaupun anda sebelum ini dah check-in resort.
  • Sila nyatakan "I'm a guest" di pondok pengawal. Ada dua orang pengawal (maksima) yang berkawal di situ. Pengawal adalah berbangsa Nepal, jadi anda perlu berbahasa Inggeris kalau mahu tanya sesuatu padanya.

Aktiviti Menarik di Swiss Garden Damai Laut

Ok, itu cerita mengenai jalan nak masuk ke Swiss Garden Beach Resort ini .. sekarang saya nak kongsikan pula perkara best yang ada di resort ini. Apa yang menarik? Apa kemudahan yang ada? Apa aktiviti boleh dilakukan di sini ...
Aktiviti Menarik Boleh Dilakukan di Swiss Garden Beach Resort
Aktiviti Swiss Garden Beach Resort, Lumut, Perak
  • Resort ini mempunyai 290 bilik dengan balkoni.
  • Kawasan bilik penginapan di resort ini terletak di bawah tingkat reception. Agak unik sebenarnya, sebab selalunya kita akan naik lif untuk naik ke bilik, tetapi di resort ini ... anda perlu naik lif untuk turun ke bilik resort.
  • Pemandangan dari bilik samada mengadap ke laut atau mengadap ke taman. Jadi, anda tidak akan boring sebab ada sesuatu untuk anda lihat dan jamu mata .. hehehe...
  • Resort ini mempunyai padang golf 18 lubang untuk anda yang minat bermain golf berdekatan dengan pemadangan laut.
  • Ada pantai yang agak luas, sebuah pantai penuh privasi yang boleh dilakukan banyak aktiviti menarik. Ada water sports centre di bahagian pantai resort ini.
  • Resort dilengkapi kolam renang yang sesuai untuk dewasa mahupun kanak-kanak. Jadi, tak perlu risau, malah ada guard yang akan awasi keselamatan anak-anak anda. Ada pelampung dan gugel untuk disewa di kolam renang. Jakuzzi juga ada di kolam renang ini.
  • Resort juga ada gimnasium, dan sauna yang boleh anda gunakan. Anda juga boleh mencuba perkhidmatan Samsara Spa.
  • Parking di resort agak bermasalah juga kalau ada ramai tetamu. Tetapi di hari biasa, ada banyak ruang untuk meletakkan kenderaan anda di resort ini. Pun begitu, agak mengah juga terpaksa berjalan dari tempat parking ke bilik hotel penginapan kerana kedudukan bilik penginapan kebanyakkan jauh ke dalam resort.
  • Resort ada banyak dewan untuk seminar, malah ia terletak berhampiran dengan reception dan juga tempat parking
  • Kemudahan kedai runcit juga disediakan, ia dibuka bermula 9:00 pagi hingga 10:00 malam. Namun, sukacita dinasihatkan harga di kedai runcit resort agak mahal, kecuali untuk barang-barang kawalan seperti gula dan rokok.
  • Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan di resort ini, selain daripada Kids Club - ada permainan in-door yang menarik, ada juga disediakan kemudahan untuk aktiviti lebih mencabar seperti:
  • Island Hoping dan Fish Feeding
  • Snorkeling di kawasan terumbu karang Pulau Pangkor dan berdekatan.
  • Pangkor Drop & Tour
  • ATV dan juga memanah di kawasan pantai
  • Memancing menaiki bot - pancing dan umpan akan diberikan. Ada jeti bot berhampiran resort.
  • Memancing di tepi pantai resort.
  • Menonton movie di Kids Club
  • Aktiviti mencari siput remis di pantai
  • Pertandingan Snooker dan Mencari Harta Karun - setiap hari.
  • Ada aktiviti berkuda di tepian pantai selain jungle trekking dan aktiviti lasak lain. Sesuai untuk team building dan reunion gathering.
Dan ada banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan di resort ini. Cuma sayugia diingatkan ada di antara aktiviti yang saya sebutkan di atas akan dikenakan bayaran. Misalnya memancing di tepi pantai resort, bayaran yang dikenakan adalah RM10 selama sejam, joran pancing serta umpan akan diberikan untuk kemudahan anda.
Percutian Menarik di Swiss Garden Beach Resort
Percutian Menarik di Swiss Garden Beach Resort
Percutian Menarik di Swiss Garden Beach Resort
Kolam Renang di Swiss Garden Damai Laut, Lumut Perak
Di bawah ini adalah peta resort ini secara am, anda boleh lihat di mana aktiviti menarik boleh dilakukan.
Peta Hotel Swiss Garden Damai Laut
Oh oh ... saya lupa nak gambarkan tentang keadaan bilik resort. Hmm .. secara amnya, saiz bilik sesuai dengan keluarga saya yang bersaiz lima orang. Kami menempah bilik dengan dua katil bujang, mengadap pemandangan taman serta kolam renang.
Walaupun ada bahagian dekorasi di dalam bilik nampak 'tua' tetapi ia tidaklah seteruk mana. Pun begitu, kalau pihak pengurusan hotel ada bajet lebih, saya fikir elok diperkemaskan beberapa butiran kecil dalam bilik yang nampak sudah usang dan nampak tidak menarik terutama pintu bilik air dan perabot dalam bilik.

Secara amnya, ia sebuah bilik penginapan yang selesa, bersih dan sesuai dengan harga yang kami bayar menerusi aplikasi tempahan hotel secara online. Harga diskaun tu ... bawah RM200 kot di Swiss Garden Beach Resort ... bukan senang nak dapat harga ni.


Jadi, kami puas hati dan syukur alhamdulillah diberikan kesempatan untuk menginap di hotel resort yang diberikan penarafan bintang ini. Isteri saya paling suka, sebab dah tercapai hasratnya untuk menginap di resort ini.

Uhh .. asyik nampak signboard je selama ni .. sekrang, rezeki Allah Taala beri, merasa juga akhirnya.

Hmm .. makan-makan di resort ini adalah so-so sahaja. Ruang dewan makan memang luas. Semasa kami menginap di resort ini, memang ada ramai tetamu. Makanan dihidangkan waktu breakfast memang cepat habis, mungkin antara sebab lain ialah tak banyak pilihan utama untuk dinikmati.

Hasrat Untuk Kembali Lagi ...

Kami menginap selama 1 malam sahaja. Walaupun ada banyak aktiviti boleh dilakukan di resort ini, disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan - hujan, maka banyak aktiviti menarik yang tak dapat nak explore betul-betul, terutama aktiviti outdoor.


Mungkin di lain kesempatan, kami akan cuba dapatkan penginapan di sini lagi ... in Sha Allah, bawa ahli keluarga atau rakan kenalan terdekat untuk sama-sama menikmati keseronokan percutian di resort ini. Bukan jauh pun #dekatjer .. .. masih dalam Malaysia .. hehe.

Oh ya, ada desas-desus mengatakan bahawa resort ini berhantu, namun usah dengar cakap orang ... baik rasai sendiri pengalaman bercuti dan menginap sendiri dulu. Mungkin keadaan malam di resort ini agak menyeramkan, pun begitu .. usahlah berfikir bukan-bukan. Kita kan ada Tuhan ... :)

Bakal Ada Taman Tema Air Mini

Satu perkara lagi, dengarnya pihak pengurusan hotel Swiss Garden Beach Resort Damai Laut akan menaik taraf kawasan swimming pool menjadi sebuah taman tema air mini tidak lama lagi, dijangka akan siap pada suku akhir tahun 2017.

Memetik hebahan menerusi laman web rasmi resort ini..
"Our swimming pool will be undergoing an upgrading exercise to transform it into a mini water theme park complete with open loop body slides, water cannons, small and giant tipping buckets, natural jacuzzi pond and lots of fun-filled facilities including an additional pool with kids play structure and animal water feature playground, scheduled to be completed by the fourth quarter of 2017"
Saya ada melihat pembinaan dan kerja naik taraf galak dilakukan semasa kami menginap di sini. Aha .. makanya, ia mungkin akan menjadi pilihan untuk kami sekeluarga bercuti lagi di sini.

In Sha Allah. Doakan pintu rezeki kami sekeluarga terbuka untuk membolehkan saya kongsikan pengalaman itu nanti dengan anda ya. :)

Teringin nak bercuti tempat-tempat best, cubalah ikuti panduan berjimat-cermat ya, ada ebook yang boleh anda muat-turun jika betul-betul nak kumpul duit buat benda-benda best ni. Nak tahu? Klik SINI.

COMMENTS

BLOGGER: 4
Loading...
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,124,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,363,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,300,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,53,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,621,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,576,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,9,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,33,Kekeluargaan,89,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,82,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,300,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,358,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,65,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,494,Semesti,2,SENI,3,Shopping,116,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,180,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,100,Tips Blogging,314,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,53,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,125,Video Best,37,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,107,Work From Home,13,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM™: Percutian Ad-Hoc ke Swiss Garden Beach Resort, Lumut. Dapat Harga Bawah RM200 Semalam
Percutian Ad-Hoc ke Swiss Garden Beach Resort, Lumut. Dapat Harga Bawah RM200 Semalam
Pengalaman Pertama Bercuti dan Menginap di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut, Lumut dengan Harga Penginapan Diskaun, Bayar Bawah RM200 Semalam.
https://2.bp.blogspot.com/-0zCAv7jkvMw/WcsLKgnIkAI/AAAAAAAAlg0/oFCql7Ey16oKXurTcm7IIPu4pGQtEiGqQCEwYBhgL/s1600/swiss-garden-beach-resort-damai-laut.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-0zCAv7jkvMw/WcsLKgnIkAI/AAAAAAAAlg0/oFCql7Ey16oKXurTcm7IIPu4pGQtEiGqQCEwYBhgL/s72-c/swiss-garden-beach-resort-damai-laut.jpg
HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2017/09/swiss-garden-beach-resort-lumut.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2017/09/swiss-garden-beach-resort-lumut.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy