Sebelum ini, saya da beritahu secara am mengenai bagaimana nak berjimat-cermat. Ada 14 strategi yang boleh anda gunakan untuk berjimat, dan in Sha Allah ... membolehkan anda menyimpan sehingga RM1,000 sebulan.

Kali ini, saya nak berikan tips yang lebih spesifik agar dapat bantu rakan-rakan pembaca blog saya berjimat-cermat. Ia adalah bersandarkan kepada pengalaman saya dan isteri dalam menanggani masalah kewangan, walaupun tidak kritikal tapi ia banyak membantu dalam pengurusan kewangan yang betul.

23 Tips Berjimat Cermat Patut Anda Cuba

23 Tips Berjimat Cermat Patut Anda Cuba
23 Tips Berjimat Cermat Patut Anda Cuba
Sebagai sebuah keluarga yang terdiri daripada 2 orang dewasa dan 4 orang anak, belanja urus setiap bulan memang agak tinggi, apatah lagi saya dan isteri ada anak yang baru berusia kurang setahun. Anak kecil yang belum tahu makan sendiri, belum tahu uruskan diri memang memakan belanja.

Walaupun perbelanjaan setiap bulan agak tinggi, namun .. kami masih mampu lagi untuk pergi bercuti, beli-belah secara online dan membuat banyak perkara contohnya pergi ke MAPS Perak, yang ramai tahu tiket masuk ke MAPS Perak bukannya murah.

Jika ikutkan pendapatan saya menulis blog ini, jujurnya ia bukan pendapatan yang stabil. Kadang ok, kadangkala tak ok. Malah banyak masa, saya hanya dapat income kurang daripada RM1,000 sebulan hasil menulis blog.

Tapi, alhamdulillah .. saya ada isteri yang banyak membantu. Selain daripada kerja hakiki, isteri saya ada buat bisnes cenderahati secara kecil-kecilan menggunakan Photobook. Isteri saya juga rajin rebut peluang dengan menjawab survey online dan melihat tawaran-tawaran menarik yang boleh membantu dalam berjimat-cermat.

Jimat Cermat Dengan 23 Tips Berikut

23 Tips Berjimat Cermat Patut Anda Cuba

Orait, sekarang mari lihat beberapa tips berjimat-cermat yang mungkin dicuba oleh anda.

  1. Beli barang secara pukal untuk dapatkan diskaun. Barang pukal ini mestilah barangan yang sering digunakan dan tahan lama.
  2. Sentiasa mendapatkan dan beli barangan yang ada diskaun dan potongan. Banyak dah laman shopping online yang menyediakan tawaran harga diskaun dan potongan menarik, antaranya Lazada Malaysia, 11th Streets, Shoppee, Shoppu, EzyBuy dan banyak lagi.
  3. Masak sekali sahaja sehari, iaitu untuk waktu makan tengahari, lebihan darinya dijadikan sebagai juadah untuk makan malam. Tak perlu bazir daripada memasak atau beli menu baru.
  4. Masak makanan yang boleh tahan lama dalam kuantiti banyak, contohnya macam Tomyam dan sup. Lebihannya atau patinya boleh disimpan di dalam peti ais dan digunakan semula untuk jimatkan bahan, kos dan juga masa.
  5. Masak menu yang boleh dipelbagaikan dari satu bahan asas. Contohnya macam ikan goreng, saya akan goreng ikan dalam kuantiti yang banyak, dan gunakan ia untuk memasak atau digunakan dalam menu Ikan Masak Asam, Ikan Masak Taucu, Ikan Tiga Rasa dan seumpamanya. 
  6. Ambil peluang menggunakan kad diskaun atau diskaun yang diberikan jika menggunakan sesuatu kad. Dalam hal ini, elok gunakan diskaun yang diberikan untuk kad debit daripada kad kredit. Selain tu, kad diskaun macam BPoints, Bonuslink juga boleh digunakan untuk berbelanja lebih jimat.
  7. Apabila nak bercuti ke sesuatu tempat, pilih dan tempah hotel secara online. Cari laman web yang sediakan servis tempahan hotel online ini, dan cuba dapatkan diskaun tambahan jika ada. Contohnya menerusi kod diskaun yang diberikan di laman web atau ketika menggunakan aplikasinya. Kami selalunya akan buat tempahan hotel menerusi 3 laman web berikut - Agoda, Traveloka dan juga Expedia.
  8. Apabila pilih dan buat tempahan hotel secara online, pilih yang berikan anda fleksibiliti dari segi pembayaran. Contohnya, anda cuma perlu bayar ketika check-in atau boleh batal tempahan tanpa dikenakan sebarang penalti.
  9. Petrol adalah satu keperluan setiap hari buat mereka yang menggunakan kenderaan. Maka, gunakan sepenuhnya kelebihan ini untuk menikmati diskaun daripada mana-mana program loyalti yang ada, termasuklah daripada bank dan institusi kewangan.
  10. Bil elektrik, bil telefon dan bil air adalah tiga bil bulanan yang perlu dibayar secara tetap. Gunakan kemudahan pembayaran secara online untuk berjimat dari segi kos pengangkutan dan juga masa. Malah, untuk program tertentu, anda boleh dapatkan rebat khas kerana menggunakan pembayaran secara atas talian atau autodebit contohnya bil telefon/internet.
  11. Tanam pokok atau herba yang sering digunakan dalam masakan di halaman rumah. Anda tak perlu tanah yang banyak, cukup gunakan pasu sahaja dah boleh tanam pokok herba dan renek seperti Pokok Cili, Pokok Serai, Pokok Daun Kari, Pokok Daun Kunyit dan banyak lagi. Saya siap tanam pokok Pucuk Manis lagi sebab suka nak buat masak lemak .. nyummm nyumm...
  12. Ambil kesempatan sepenuhnya dengan servis murah dan percuma disediakan oleh kerajaan mahupun swasta. Ada yang tidak tahu, di sesetengah tempat ada servis pengangkutan awam percuma. Kalau anda pergi bercuti di hotel-hotel tertentu, ada perkhidmatan bas pelancongan percuma yang boleh anda gunakan.
  13. Gunakan hospital dan klinik kerajaan untuk rawatan kesihatan. Anda cuma perlu bayar RM1 sahaja untuk terima konsultansi, rawatan serta ubat-ubatan. Anda boleh merungut tentang masa menunggu tetapi anda takkan dapat rawatan dan ubat dengan harga serendah RM1 di mana-mana hospital swasta.
  14. Sediakan banyak tabung di dalam rumah. Letakkan ia di mana anda mudah nak masukkan sebarang duit lebihan anda berbelanja, contohnya di tepi mesin basuh.
  15. Jika anda bekerja sendiri atau tidak mempunyai pendapatan tetap, gunakan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia dikendalikan oleh KWSP untuk menyimpan dan menabung bagi keperluan hari tua anda.
  16. Berbelanjalah ikut kemampuan. Janganlah berbelanja kerana mahu menunjuk-nunjuk. Jika boleh, anda tetapkan jumlah belanja setiap bulan agar anda tidak terlebih bajet. Pastikan dalam setiap pengurusan kewangan anda itu, anda asingkan duit untuk simpanan. Tips terbaik untuk mudah menyimpan ialah .. anda buat simpanan terlebih dahulu sebelum buat perkiraan untuk perbelanjaan bulanan anda.
  17. Jimatkan penggunaan tenaga elektrik dan penggunaan air. Saya galakkan juga anda untuk periksa rumah anda dengan tanda-tanda alat peralatan elektrik yang rosak, paip air yang bocor .. kerana perkara ini berlaku pada keluarga saya. Selepas dibetulkan, alhamdulillah .. bil elektrik dan bil air turun mendadak. Gunakan peralatan elektrik secara berhemah, dan gunakan tips jimat elektrik secara optima.
  18. Beli pakaian second-hand, bundle atau reject kilang yang selalunya lebih murah daripada harga pasaran atau harga pasaraya. Tak ada cacat celanya anda memakai pakaian sebegini. tak ada orang tahu pun. Apa yang penting ia pakaian yang elok, sesuai, dan pastinya yang tidak langgar hukum agama.
  19. Berbelanja secara borong ketika jualan gudang. Saya dan isteri kerap pergi ke jualan gudang Pallas untuk borong kasut sekolah untuk anak-anak. Malah, kami beli saiz lebih besar untuk kegunaan lebih lama. Jika tak dapat digunakan pun, kami masih boleh bersedekah pada orang lain terutama sanak-saudara dan jiran terdekat. Bukan sahaja dapat jimat berbelanja, dapat pula buat amal jariah.
  20. Ajar anak-anak anda untuk menabung. Saya dan isteri bersyukur kerana anak-anak saya tahu bagaimana nak menabung. Walaupun kadangkala tujuan mereka menabung itu untuk beli mainan yang mereka suka, tetapi tabiat baik menabung itu telah ada dalam diri mereka.
  21. Apabila beli makanan di kedai, cuba bawa bekas sendiri. Anda akan terkejut apabila harga makanan anda lebih murah daripada biasa. Ini adalah kerana ada telah bantu tauke kedai untuk berjimat dari segi kos pembungkusan. Kalaupun tak dapat diskaun, anda telah bantu diri anda untuk selamatkan alam sekitar.
  22. Bersedekahlah, dan sentiasa bersyukur kepada Tuhan dengan apa yang ada. Jangan tunggu anda jadi kaya raya untuk mula bersedekah. Anda boleh bersedekah sikit mahupun banyak. Percayalah, kuasa sedekah dengan ikhlas ini memang hebat. Doa orang yang menerima sedekah pula mustajab. 
  23. Ringankan tangan untuk bantu orang lain. Jangan lokek. Anda boleh bantu dalam banyak perkara menerusi banyak cara. Dan nanti, anda akan terkejut apabila mereka akan bantu anda pula dalam sesuatu perkara yang tidak anda jangka, in Sha Allah .. akan ada benda yang dapat anda jimat nanti ... :)

[Baca Juga] 13 Tips Berjimat Ketika Menyediakan Keperluan Bayi
Itulah antara beberapa tips jimat cermat yang dapat saya kongsikan kepada anda. Ada banyak lagi sebenarnya, tapi saya mampu nak tulis apa yang ada disenaraikan di atas sahaja .. dah tua la katakan, banyak betul lemak tepu di kepala yang buatkan banyak perkara saya lupa.

Saya harap apa yang dikongsikan dapat bantu. Untuk lebih banyak tips, boleh baca panduan di SINI.

11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tips yang berguna utk semua org termasuk juga utk si bujang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betulkan tu, bila lagi nak simpan duit untuk masa depan .. kena mula dari awal

      Padam
  2. Terima kasih BAM HH kerana sudi kongsikan tips nih.. tapi saya memang jenis berjimat cermat bila kekurangan dana wkwkwkwk.

    BalasPadam
  3. nice sharing..alhmdulillah sebahgian darinya mmg diamalkan

    BalasPadam
  4. Entri yang baguss ni, Pakcu perlu hadam tip2 ni, Thanks yer.

    BalasPadam
  5. Berjimat ni memang perlu.. tak kiralah masa ekonomi tak baik atau baik.. kena selalu jimat..

    Boleh guna duit lebihan tu untuk masa kecemasan ataupun pelaburan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang terbaiklah kalau dapat gunakan wang jimat cermat untuk pelaburan masa depan. tak rrugi, in Sha Allah, akan beri manfaat yang banyak. Semoga perkongsian ini jadi panduan berguna.

      Padam
  6. TQ atas perkongsian tips ni. Kalau dpt saving duit, bila time kecemasan..takde la menggagau nak cari duit sbb dah ade simpanan..xde banyak, sikit pun xpe.. hihi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement