Memancing lagi? Haha .. janganlah jeles pulak ye. Sebelum ini, saya ada beritahu mengenai percutian singkat sebelum Hari Raya Aidil Adha hari tu. Dalam post tersebut, saya ada beritahu yang kami sekeluarga telah pergi ke Rockbund Fishing Chalet.

Rockbund Fishing Chalet merupakan destinasi cuti memancing pilihan kami, dan ini merupakan trip kali kelima (mungkin lebih) ke sini. Tak pernah menghampakan, paling tidak mesti seekor dua ikan akan dibawa balik tanda 'cenderahati'.

Trip Memancing Rockbund Fishing Chalet Sebelum Raya Qurban

Trip Rockbund Fishing Chalet Sebelum Aidil Adha
Trip Rockbund Fishing Chalet Sebelum Aidil Adha
Kami memang sudah merancang untuk pergi bercuti dan memancing ke Rockbund Fishing Chalet ini. Ia sebenarnya rancangan untuk gembirakan anak saya yang kedua, iaitu Zikri yang dah lama mengidam untuk memancing di sini (sekali lagi).

Sebelum ini, ada dah pergi .. tetapi disebabkan saya terlupa nak bawa pancing atau joran kesayangannya yang dinamakan Zero, maka pengalaman memancing sebelum ini tak berapa best untuk diri dia. Maka, atas sebab itu .. saya telah berjanji untuk bawa bercuti ke Rockbund sekali lagi, kali ini ... dengan bawa joran kesayangannya iaitu Zero.

Zikri memang teruja. Apatah lagi, dah lama dia tak naikkan ikan bersaiz besar. Kalau ke Rockbund Fishing Chalet, ikan yang menjadi target pastinya ikan Kerapu yang banyak berlindung di celah-celah batu.

Zikri memang ada kemahiran memancing ikan Kerapu celah batu ni, malah saya pernah kongsikan sedikit tips hasil idea Zikri untuk pemancing yang ingin menduga Kerapu Rockbund. Kalau anda nak tahu, rekod saiz ikan Kerapu dinaikan di sini pernah mencecah lebih 3 kilogram.

Kami sekeluarga sampai ke chalet lebih kurang jam 3:00 petang. Mungkin dah menjadi badi kot, kami sering mendapat kabin chalet yang sama. Apapun, di chalet samalah .. kami sebelum ini pernah menaikkan banyak ekor ikan dari pelantar depan chalet.

Berjaya Naikkan Ikan Pertama Dalam Masa 5 Minit

Tak sampai pun 5 minit joran kesayangan Zikri menduga kawasan berbatu di bawah pelantar tempat memancing, dia berjaya menaikkan seekor ikan Kerapu Singa bersaiz sederhana. Kami lepaskan ikan tersebut kerana tak berminat nak menjadikannya sebagai hidangan. Uhh ada ke yang makan Kerapu Singa ehh?

Saya pula berjaya menaikkan ikan Baji yang dikatakan berbisa dan tidak boleh dimakan. Haram saya tak kenal pun ikan ni ... walaupun sebenarnya saya pernah menaikkan ikan yang sama di lokasi yang sama sebelum ini.
Trip Rockbund Fishing Chalet Sebelum Aidil Adha


Menurut beberapa rakan saya, ikan Baji bernilai tinggi. Kalau dijual pada tauke ikan berbangsa Cina, boleh dijual dengan harga mencecah puluhan ringgit sekilogram. Tak pasti kebenarannya ni, sebab tak pernah pun jual ikan Baji atau lihat ikan ini dijual di pasar. Uhh kalau dia tipu saya, ini bermakna anda pun kena tipu jugaklah .. hahaha.

Kawasan Rockbund memang lubuk untuk pemancing yang tegar. Kalau kena gaya, boleh naikkan banyak spesies ikan yang besar-besar di sini. Rockbund adalah tempat untuk pemancing, jikalau anda bawa keluarga, kena pastikan mereka tak ada masalah dengan aktiviti memancing anda.

Kalau Tak Memancing Nak Buat Apa?

Seperti isteri saya, walaupun dia tak dapat nak memancing dan tak minat pun .. tapi dia support aktiviti saya dan anak-anak, terutama Zikri. Jika di Rockbund ni, isteri saya akan habiskan masa dengan membaca novel sambil melayan karenah baby Najmi.
Trip Rockbund Fishing Chalet Sebelum Aidil Adha
Petang-petang di Rockbund ini pun best, leh layan bayu laut .. sampai menikmati keindahan waktu petang.

Aksi Memancing

Semua hasil pancingan berlaku pada lewat petang. Malamnya tak banyak aksi. Sunyi je. Cuma ada beberapa kali terdengar suara jeritan kegembiraan dari pelantar lain.

Malam tu, lebih banyak masa berada di dalam kabin sahaja. Umpan yang ada kena disimpan untuk usaha esoknya pula.

Keesokkannya tu, lebih kurang jam 8:00 pagi, Zikri berjaya menaikkan seekor ikan Kerapu bersaiz agak besar, pada saya beratnya hampir sekilogram. Jenuh juga nak menaikkan setelah diminta oleh Zikri. Tak sangka pancing kesayangan Zikri, Zero berjaya menaikkan ikan Kerapu yang setakat ingatan sayalah, terbesar yang pernah Zikri naikkan.
Trip Rockbund Fishing Chalet Sebelum Aidil Adha
Trip Rockbund Fishing Chalet Sebelum Aidil Adha
Alhamdulillah. Rezeki berpihak pada Zikri. Memang seronok betul dia. Selepas berjaya menaikkan ikan paling besar setakat ini, dia makin bersemangat untuk naikkan lebih banyak ikan Kerapu. Ada beberapa kali joran Zikri mengena, tetapi gagal untuk naikkan ikan yang telahpun memakan umpan.

Memancing ikan Kerapu bukan senang sebenarnya, memang kena guna teknik tertentu apatah lagi di kawasan yang banyak batu dan karang seperti Rockbund Fishing Chalet ni.

Kali ini, memang umpan yang dihulur cepat mendapat sambaran ikan, cuma mungkin rezeki untuk menaikkan sahaja belum ada.

Dapat T-Shirt FREE

Atas kejayaan Zikri menaikkan ikan yang besar, pihak Rockbund Fishing Chalet telah menghadiahkan sehelai baju t-shirt Rockbund kepadanya. Uhhh makin kembang kuncup ... terus nak sarungkan baju tu, dan tanpa segan bergambar kenangan di hadapan bangunan reception.
Kami pulang dengan gembira. Zikri puas hati dan bangga kerana berjaya mengalahkan abahnya yang sebelum ini memang champion setiap kali memancing di Rockbund. Saya percaya, Zikri akan ingat pengalaman ini sampai bila-bila .. pengalaman manis bersama keluarga memancing ikan di Rockbund Fishing Chalet, Marina Island, Lumut .. Perak.

Tempahan Secara Online Lebih Jimat

Jika anda ingin menempah penginapan di Rockbund Fishing Chalet, dan rasai pengalaman memancing di atas pelantar di sini, boleh buat booking secara online menerusi Agoda, Traveloka, Booking.com mahupun TripAdvisor.


Anda mungkin boleh mendapatkan tawaran harga lebih menarik dan berpatutan, sesuai dengan bajet anda andai anda rajin menggodek laman-laman web tersebut.

p.s: Salah satu cara mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak ialah support aktiviti yang mereka suka.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. Memang best kalau pergi memancing di sini ... :) in Sha Allah, kalau keadaan air laut ok, boleh dapat banyak ikan sebenarnya.

      Padam
  2. ooo. di Marina Island ke... best tempat tu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement