Sedapnya Cendol Durian & Cendol Pulut Merah Mat Top, Sungai Petani

Pengalaman Menikmati Cendol Durian dan Cendol Pulut Merah Restoran Mat Top Sungai Petani.

Hari tu saya ada janjikan mengenai percutian sebelum Raya Qurban. Sebenarnya, saya dah pun bagi mukadimah dalam wordless wednesday sebelum ni. Kalau anda perasan, saya ada kongsikan beberapa gambar menu makanan yang best di Restoran Mat Top Sungai Petani. Kali ini, saya nak kongsikan lebih cerita mengenai tempat makan ini.

Restoran Mat Top Sungai Petani. Ia lebih dikenali dan pernah viral dengan Cendol Pulut Durian atau Cendol Durian. Selain kesedapan cendolnya, satu lagi keistimewaan pada cendolnya ialah ia menggunakan Pulut Merah.

Cendol Durian dan Cendol Pulut Merah Restoran Mat Top

Cendol Pulut Merah Restoran Mat Top
Kalau ikutkan, saya sekeluarga tiada rancangan pun untuk pergi ke restoran ini. Ia adalah secara kebetulan. Asalnya kami dalam perjalanan pulang dari meninjau Chalet Terapung Teluk Bayu, Sungai Petani.
Makan Makan di Restoran Mat Top Sungai Petani, Kedah
Kononnya, program hari tu hendak memancing di Chalet Terapung Teluk Bayu, tetapi disebabkan hujan lebat .. dan kami ada Najmi, yang masih lagi kecil .. jadi kami batalkan hasrat dan ambil keputusan untuk pulang sahaja.

Fuh, susah juga nak menuju ke chalet ini, terpaksa melalui jalan kampung yang sempit dan berlopak. Nasib baik separuh perjalanan tu melalui jalan tepi sawah yang bertar.

Ok. Sambung kisah mengenai Restoran Mat Top.
Makan Makan Cendol Durian dan Cendol Pulut Merah Restoran Mat Top


Dalam perjalanan pulang itulah, saya ternampak restoran ini yang mudah ternampak dari tepi jalan. Kami pun memang dalam kelaparan, maka saya ambil keputusan untuk singgah sahaja.

Isteri saya maklumkan yang restoran ini pernah viral di laman sosial dengan Cendol Durian. Rezeki isteri saya, Allah makbulkan. Memang dah lama isteri saya teringin nak merasa makan Cendol Durian, tak sangka dia dapat menikmatinya di Sungai Petani .. hahaha.. alhamdulillah.

Keadaan Restoran

Restoran ini agak besar juga. Rekabentuk dari luar memang nampak istimewa dan menarik. Ruang tempat letak kereta ada disediakan namun terhad. Restoran ini ada ruang bawah dan ruang atas. Ruang tempat makan atas perlu naik tangga. Sekali tengok macam rumah pokok atau ran. Agak selesa.

Turut disediakan tandas dan juga kemudahan surau untuk menunaikan sholat.

Ada sedikit dekorasi untuk menaikkan suasana dalam restoran. Ia restoran konsep terbuka. Ada meja biasa dan ada pondok makan. Anda boleh pilih mana yang sesuai.

Gambar di bawah, yang pertama ni .. gambar pondok atas, dan yang kedua gambar pondok bawah. Anda juga boleh nampak beberapa tempat makan biasa - meja dengan kerusi disediakan di bahagian sebelah dalam restoran ini.
Pondok Atas Pokok Ran Restoran Mat Top
Pondok Makan di Restoran Mat Top Sungai Petani
Kami pilih untuk makan di salah satu pondok tempat makan yang disediakan. Pondok ni boleh memuatkan sehingga 6-8 orang dewasa. Meja besar ... menandakan yang ia boleh tampung banyak menu makanan .. hehe...

Menu Makanan Restoran Mat Top

Makan Makan Cendol Durian dan Cendol Pulut Merah Restoran Mat Top
Kami diberikan senarai menu makanan dan minuman. Fuh .. macam-macam ada di dalam menu, tetapi agak dukacita sikitlah sebab bukan semua yang disenaraikan tu sebenarnya dapat disediakan semasa kami singgah ni.

Sekali pandang apa yang ada dalam menu .. ... hmm semuanya nampak sedap-sedap. Ada Nasi Ayam Ketagih. Ada Mee Udang, Mee Tulang Rusuk, Mee Bandung Udang Besar .. Laksa Kedah Ikan Sekoq .. uhhh ..
Menu Makanan dan Minuman Restoran Mat Top
Isteri saya tak nampak lain dah, bila ditanya nak order apa, terus sahaja pilih Cendol Durian dan saya pilih Cendol Pulut. Makan pula, kami order Mee Udang, Mee Tulang Rusuk dan Bihun Sup Daging.
[Dah Baca?] Pengalaman Bermalam di Salak Denai, Yan Kedah - Chalet Dengan Kolam Mandi Private

Puas Hati Makan Cendol Durian dan Cendol Pulut

Anak saya, Zikri dan Maira minta ABC. Nah ... bila minuman kami pesan sampai, tak sangka betul ABC tu bersaiz besar ... uhh dalam hati saya "Larat ke bebudak ni nak habis..."
Ais Batu Campur (ABC) Mat Top Sungai Petani
Cendol Durian dan Cendol Pulut yang dipesan memang sedap. Isteri saya puas hati dengan Cendol Durian yang dipesan. Cendol cukup rasa lemak manisnya, apatah lagi dengan rasa durian yang menambahkan lagi kelazatan cendol.

Saya pun merasa Cendol Pulut Merah. Alhamdulillah, ia kena dengan selera saya. Saya memang sukakan cendol, tapi sejak saya ada Diabetes ni, saya dah kena kurangkan makan makanan dan minuman manis.
Cendol Durian dan Cendol Pulut Merah Restoran Mat Top
Cendol Durian dan Cendol Pulut Merah Restoran Mat Top
Amacam? Nampak sedap tak cendol-cendol tu? Kalau ikut selera saya memang sedaplah, walaupun kami makan cendol ni waktu sedang hujan renyai-renyai.

Untuk gambar menu makan yang kami order, anda boleh lihat pada post ini - Mee Udang Kulit Nipis dan Mee Tulang Rusuk Mat Top.

Harga makanan boleh tahan, kalau ikut bajet jimat kami .. rasanya makan di sini sesekali sekala bolehlah. Nak makan selalu, memang taklah ... huhuhu.
[Dah Lihat?] Jadual Tambang Perjalanan Komuter Utara

Tak Mampu Habiskan Makan Sebab ....

Selesai jamu selera di Restoran Mat Top, kami terus pulang ke Parit Buntar. Ada makanan dan minuman tak habis dimakan, kami bungkus semuanya. Dan saya sempat juga tegur pekerja di Restoran Mat Top....

"Adik ... mee ni semuanya masin la .. tapi cendol ok, sedap..." terus muka kelat pekerja tu.
"Oh ye ke bang .. ok ok... " kata pekerja lelaki tu sambil pulangkan duit baki bayaran.

Huhu .. saya ingatkan, saya buat teguran ikhlas tentang makanan tu, dapatlah diskaun harga makan ke .. tapi tak ... saya tetap dicaj harga seperti dalam menu. Adeh.

Kecewa sikitlah dengan rasa Mee Udang dan Mee Tulang Rusuk .. sebab semuanya masin. Tapi, rasa cendol memang terbaik. Habis dua mangkuk gitu .. haha .. ABC lak terpaksa bungkus semangkuk sebab tak mampu nak habiskan.

Dah bayar, apalagi .. balik la.

Sepanjang perjalanan pulang hujan turun agak lebat. Alhamdulillah, sampai dengan selamat ke rumah. Esoknya tu, kami sekeluarga ke destinasi lain untuk bercuti ... iaitu ke Marina Island, menginap di tempat biasa iaitu Rockbund Fishing Chalet selama 2 hari 1 malam, yang ditempah menerusi Traveloka.

Jangan lupa untuk singgah blog saya lagi untuk baca kisah seterusnya ya.

p.s: Nak tahu rahsia berjimat-cermat sehingga RM1K sebulan - dan buat tabung untuk jalan-jalan macam saya sekeluarga? Boleh baca panduan INI.

COMMENTS

BLOGGER: 8
Loading...
Rahsia Lulus Temuduga Kerja
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,122,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,363,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,298,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,53,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,621,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,577,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,9,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,33,Kekeluargaan,88,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,83,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,298,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,356,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,61,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,492,Semesti,2,SENI,3,Shopping,114,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,176,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,98,Tips Blogging,314,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,52,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,125,Video Best,37,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,107,Work From Home,13,
ltr
item
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™: Sedapnya Cendol Durian & Cendol Pulut Merah Mat Top, Sungai Petani
Sedapnya Cendol Durian & Cendol Pulut Merah Mat Top, Sungai Petani
Pengalaman Menikmati Cendol Durian dan Cendol Pulut Merah Restoran Mat Top Sungai Petani.
https://2.bp.blogspot.com/-BvtvHljC8PU/WbzDVFMFTsI/AAAAAAAAlI8/YgO2k_JfTX88My1zW_boga4cciRZz1ExwCLcBGAs/s1600/cendol-pulut.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-BvtvHljC8PU/WbzDVFMFTsI/AAAAAAAAlI8/YgO2k_JfTX88My1zW_boga4cciRZz1ExwCLcBGAs/s72-c/cendol-pulut.jpg
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2017/09/cendol-durian-cendol-pulut-merah-mat-top.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2017/09/cendol-durian-cendol-pulut-merah-mat-top.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy