17 Disember 2016

Pengalaman Bercuti dan Menginap di Salak Denai Chalet, Yan, Kedah

Pengalaman bermalam dan menginap di Salak Denai, Yan, Kedah. Hmm ... alhamdulillah, saya diberikan kesempatan untuk tulis mengenai Salak Denai Chalet yang sudah semakin diketahui dan dikenali, walaupun sebenarnya wujudnya chalet ini sudah agak lama. Mungkin sebab promosi dan juga sudah ramai pelanggan yang share menerusi Facebook, ia semakin popular terutama kepada penduduk luar daerah Yan, Kedah.

Saya dan keluarga telah menginap di Salak Denai Chalet selama 2 hari 1 malam. Masa perjalanan kami dari Nibong Tebal, Penang ke destinasi .. mengambil masa lebih kurang 3 jam melalui Lebuhraya Utara-Selatan, dan keluar menerusi Tol Gurun. Dari susur keluar tol tersebut, kami menuju ke Alor Setar/Sungai Petani sebelum mengambil simpang ke Yan.

Pengalaman Menginap di Chalet Salak Denai, Yan Kedah

Pengalaman Menginap di Chalet Salak Denai, Yan Kedah
Salak Denai Chalet terletak di Yan, Kedah. Lokasinya agak terpencil dan jauh masuk ke kaki Gunung Jerai. Anda terpaksa melalui kawasan ladang kelapa sawit dan juga kebun serta dusun buah-buahan untuk ke lokasi ini. Dari jalan utama ke lokasi, anda perlu melalui denai berbatu sejauh 200 meter. Anda akan dapat merasakan anda sudah hampir ke lokasi apabila terdengar deruan air sungai. Lokasi rekreasi berdekatan adalah Hutan Lipur Titi Hayun dan Air Terjun Batu Hampar.

Tempah Chalet Siti Aminah, Salak Denai

Pengalaman Menginap di Chalet Salak Denai, Yan Kedah
Saya dan keluarga telah menempah chalet yang mula-mula sekali dibina iaitu Chalet Siti Aminah, yang paling dekat dengan sungai. Ia adalah chalet pertama yang anda akan nampak apabila memasuki kawasan Chalet Salak Denai.

Chalet Siti Aminah agak kecil dan muat untuk sebuah keluarga 5 orang. Ini adalah kerana di dalam chalet ini cuma ada satu katil besar sahaja, selain boleh memuatkan satu lagi tempat tidur di ruang sebelah katil. Ada tandas dan bilik air, dan anda boleh akses terus ke kawasan kolam menerusi sliding-door di dalam chalet yang turut menyediakan ruang beranda kecil.
Pengalaman Menginap di Chalet Salak Denai, Yan Kedah
Pengalaman Menginap di Chalet Salak Denai, Yan Kedah
Pengalaman Menginap di Chalet Salak Denai, Yan Kedah
Harga untuk penginapan Chalet Siti Aminah adalah RM100 semalam, dan ia merupakan yang paling murah daripada beberapa chalet lain dalam Salak Denai. Ada beberapa chalet lain yang lebih besar dan setiap chalet mempunyai kolam persendiriannya masing-masing, kecuali chalet tertentu yang agak jauh dari bahagian sungai.

Paling Hampir Dengan Sungai dan Agak Bahaya

Salak Denai Chalet - Air Sungai
Chalet Siti Aminah adalah yang paling hampir dengan sungai. Jika anda mempunyai anak yang terlalu kecil, yang agak lincah, saya tidak syorkan untuk memilih chalet ini. Ini adalah kerana tiada pagar atau tembok yang memisahkan antara kawasan ruang kolam mandi dengan bahagian sungai yang berbatu dan agak merbahaya.

Sewaktu saya dan keluarga sampai ke Salak Denai, keadaan agak basah disebabkan baru selesai hujan. Air sungai juga agak tinggi dan deras. Memang tidak digalakkan sama sekali untuk mandi di sungai.
Pengalaman Menginap di Chalet Salak Denai, Yan Kedah
Pengalaman Menginap di Chalet Salak Denai, Yan Kedah
Kami bermalam di Salak Denai bersama keluarga sahabat kami yang tinggal di Alor Setar, tetapi memilih untuk menyewa chalet lain yang tidak mempunyai kolam persendirian. Jadi, kami berkongsi kolam selain tempat BBQ. Mereka juga adalah sahabat yang bersama kami semasa bercuti ke Bandung, Indonesia sekitar akhir Disember 2014.

Keadaan Kolam Salak Denai Chalet

Apabila tiba ke Salak Denai, perkara pertama yang kami lihat ialah keadaan kolam. Kolam mandi memang besar dan agak dalam. Jika anda tidak pandai berenang ... maka agak merbahaya untuk anda. Pun begitu, ada bahagian kolam yang tidak terlalu dalam, dan sesuai untuk kanak-kanak. Namun, saya nasihatkan agar anda menyediakan pelampung sebagai langkah keselamatan.

Air kolam di Salak Denai Chalet adalah dari sumber air sungai yang telah dirawat. Ia adalah untuk memastikan air kolam sesuai untuk mandi, dan bebas daripada kuman dan virus merbahaya. Jadi, anda kena pastikan bahawa kawasan kolam sentiasa terjaga dan bersih untuk mengelakkan kes Kencing Tikus. Pihak chalet sudah melakukan beberapa langkah pencegahan sewajarnya mengikut nasihat KKM.
Kolam Salak Denai Chalet
Kolam Salak Denai Chalet
Disebabkan sumber air kolam datangnya dari sungai, maka keadaan suhu air memang sejuk dan jernih. Uhhh boleh menggeletar walaupun anda hanya celup kaki anda di waktu pagi. Hmm .. waktu paling best untuk mandi di kolam Salak Denai adalah waktu dari jam 10 pagi, di mana airnya tidak terlampau sejuk dan ada cahaya matahari yang menyenangkan.

Di Salak Denai, udara memang sangat segar sebab ia jauh daripada kawasan bandar dan terletak di bawah kaki Gunung Jerai. Anda hanya dengar kicauan burung dan unggas sahaja.

Waktu Malam

Waktu malam, anda perlu tidur dengan memasang kelambu yang disediakan. Bukan sebab nyamuk, tetapi disebabkan Agas malam yang boleh menyebabkan anda kurang selesa untuk tidur. Saya sendiri tak dapat tidur dengan baik disebabkan nyamuk dan Agas yang mengacau - tidur di bahagian bawah dan tak ada kelambu. Jika ada ubat nyamuk, anda boleh pasang di dua tiga tempat tetapi sila berhati-hati dan elakkan agar tidak menjadi punca kebakaran.
Salak Denai Chalet, Yan Kedah
Kolam Salak Denai Chalet
Oh ya, paling penting bila anda bercadang ke Salak Denai Chalet ialah bekalan makanan dan minuman. Saya sangat syorkan anda bawa bekalan makanan sendiri. Paling baik ialah anda boleh buat sesi BBQ bersama keluarga di chalet ini. Dan sekali lagi, saya nasihatkan anda untuk menjaga kebersihan dan pastikan sisa makanan dibuang ke tong sampah yang disediakan.

Cara Menempah Chalet

Untuk membuat tempahan, lebih baik anda buat tempahan awal. Anda boleh tempah untuk sehari/semalam atau setengah hari di Chalet Salak Denai.
Facebook - Salak Denai Chalet
atau WhatsApp 0125376151
Setiap chalet di Salak Denai berbeza daripada beberapa segi - jumlah bilik tidur, jumlah bilik air serta kemudahan (katil, tilam, tv, peti ais). So, harga berbeza. Jadi, sila dapatkan pengesahan ini semasa menempah. Jangan sesal seandainya tersilap pilih chalet yang sesuai dengan keluarga anda.
Review Salak Denai Chalet, Yan Kedah
Review Salak Denai Chalet, Yan Kedah


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

3 Komen Pengalaman Bercuti dan Menginap di Salak Denai Chalet, Yan, Kedah

Wahh.. saya dah lama teringin nak bawak keluarga ke sana. Harap dipermudahkan urusan kami ke sana.

Tapi susah betul nak contact owner dia

Memang susah kalau ada banyak tempahan. Kalau tempahan penuh, selalunya kena cuba beberapa kali


EmoticonEmoticon