Watson Lazada Flash Sale

Vivix Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Borong Online dari China
Anda dah cuba Vivix daripada Shaklee tak? Sebelum ini, saya dok tengok je orang dan agen-agen Shaklee promote. Alhamdulillah, baru-baru ni ada agen Shaklee yang baik hati telah berikan saya kesempatan untuk mencuba Vivix ni.

Jadi, dalam post ini .. saya nak review ringkas mengenai minuman kesihatan dalam bentuk pati ni iaitu Vivix. Dah merasa, dah dapat kelebihannya, maka perlulah saya beritahu .. ye tak? Takkan nak simpan benda yang boleh berikan kebaikan kan?

Vivix Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Vivix Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Andai anda salah seorang pengikut dan pembaca setia blog saya, tentu sedia maklum bahawa saya merupakan salah seorang daripada jutaan rakyat Malaysia yang mengidap Diabetes atau Kencing Manis. Alhamdulillah, penyakit keturunan sebelah arwah abah saya ini belum berada di tahap kritikal, namun tak bermakna saya boleh ambil mudah ... hoho.

Jadi, apabila saya diberikan kesempatan untuk mencuba produk Shaklee ini, saya sangat gembira. Yelah, saya dah cari info dan dapat tahu yang Vivix Shaklee ini sangat bagus untuk kesihatan.

Terima kasihlah kepada rakan FB saya ni, iaitu Puan Zulaikha yang sudi hadiahkan sebotol Vivix Shaklee kepada saya. Beliau adalah konsultan kesihatan CepatSihat.com dan merupakan pengedar Shaklee kawasan Muar, Johor.

Vivix Adalah Supplemen Minuman Jus Kesihatan

Vivix ini adalah antara produk kesihatan terlaris daripada Shaklee. Ramai sebenarnya yang sudah mengambil Vivix ini sebagai sebahagian daripada diet seharian. Ia boleh diambil ketika awal pagi dan juga akhir malam sebelum tidur.

Saya diberikan nasihat untuk mencuba satu sudu kecil setiap hari. Selalunya saya akan ambil di awal pagi, sebelum sarapan. Tapi, ada masa saya lupa juga nak ambil waktu pagi, maka .. saya akan ambil ia sebelum saya tidur. Jika saya ambil Vivix ni sebelum tidur, saya akan tidur awal .. dalam kul 9 atau 10 malam.

Selain diminum terus, anda boleh campurkan dengan air dan dijadikan sebagai jus minuman kesihatan. Ala .. macam anda buat air sirap .. atau air oren tu je .. senang ... 

Perlu Minum Air Banyak !!

Lepas saya ambil Vivix, saya akan minum air putih dengan banyak. Ini adalah cara pengambilan yang disyorkan. Kena minum banyak air putih atau air masak. Berapa banyak? Dalam dua botol besar macam tu lebih kurang. Ia adalah cara bagaimana Vivix ini boleh memberikan kesan maksimum pada tubuh.

Saya gunakan sudu seramik ketika ambil sesudu Vivix ni. Saya tak pasti kenapa tidak dibenarkan gunakan sudu besi ... mungkin itu pantang dia kot ... hehehe....

Vivix ni dalam bentuk cecair pekat likat gitu. Ia berwarna merah. Kalau terkena tangan, warnanya melekat.
Cara Ambil Vivix Dengan Berkesan
Pengalaman Ambil Vivix Sebagai Supplemen Minuman Kesihatan

Apa Rasanya, Kandungan Bahan Dalam Vivix?

Rasanya pula adalah masam-masam manis .. tetapi akan rasa sedikit kelat bila dah habis telan. Aha .. rasa macam ni saya suka. Ala, macam kita makan anggur masam. Ada rasa manis sikit, tetapi bukan manis gula .. ia manis buah.

Kalau lihat pada kandungan dalam Vivix Shaklee ni, ia memang dibuat dari bahan semulajadi buah-buahan yang istimewa iaitu: 
  1. Anggur
  2. Berri
  3. Lobak Ungu

Disebabkan bahan-bahan dari sumber semulajadi ini, Vivix dikenali sebagai produk supplemen yang kaya dengan resveratrol. Resveratrol adalah sebahagian daripada kumpulan sebatian yang dipanggil polifenol. Ramai pakar berpendapat sebatian ini bertindak sebagai antioksidan, ia dipercayai dapat melindungi tubuh daripada kerosakan yang berisiko lebih tinggi contohnya daripada penyakit diabetes atau kencing manis.

Kesan Apabila Ambil Vivix

Alhamdulillah, sejak saya ambil Vivix ini dalam diet seharian - sekali sehari ... apa yang saya dapat atau kesan yang telah saya terima ialah:

  1. Rasa lebih bertenaga ketika pertama kali saya ambil. Sebelum ini, saya sering berasa lesu dan keletihan, yang merupakan antara kesan penyakit diabetes yang dialami.
  2. Buang air besar lebih lawas dibandingkan dengan sebelumnya.
  3. Ada perubahan dari segi bacaan kandungan gula dalam darah. Ujian ini dibuat ketika saya melakukan pemeriksaan rutin di Hospital Parit Buntar untuk top-up ubat diabetes saya. 
  4. Masalah rabun jauh saya tidak seperti selalu. Kalau waktu pagi, selalunya pandangan mata saya akan jadi kabur walaupun saya menggunakan cermin mata. Selepas ambil Vivix, masalah ini tiada... tapi jangan salah anggap pula, masalah rabun tu masih wujud dan saya masih gunakan cermin mata.
  5. Kadang hujung kaki saya akan berdenyut-denyut. Kata doktor, ia disebabkan oleh masalah saraf yang diakibatkan oleh masalah diabetes. Alhamdulillah, masalah ini telah hilang.

Sekarang Vivix saya tu dah pun habis sebotol. Sebotol Vivix Shaklee tu ... dapatlah bertahan selama lebih dua bulan. Saya mula ambil sejak selepas bulan Ramadan hari tu... balik kampung beraya memang tak bawa (sebab tak teringat), bila dah habis raya, saya ambil secara betul.

Jika anda mencari info mengenai produk ini, ramai yang mengatakan ia adalah suplemen yang sangat bagus untuk anti-penuaan, selain sebagai minuman untuk membantu dalam proses berhenti ketagihan merokok.

Kesimpulan

Kesimpulannya, Vivix Shaklee memang bagus untuk kesihatan, apatah lagi untuk orang yang ada masalah kesihatan macam saya ni. Walaupun kesannya tidak nampak ketara dalam jangkamasa pendek, tetapi saya percaya akan keajaiban yang ada pada sumber alam semulajadi seperti yang terkandung di dalam Vivix Shaklee ni.

Lagipun, ia bukannya ubat, tetapi lebih kepada minuman tambahan atau supplemen untuk tubuh. Ala, macam kita minum isotonik la jugak ... hehe. Saya boleh katakan yang Vivix ini adalah jus istimewa yang bagus untuk kesihatan seharian .. in Sha Allah.

Oh ya, suka nak diperingatkan kepada anda, bahawa Vivix ini tidak sesuai untuk ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak. Dan jika anda dalam rawatan menerusi ubat hospital, jangan sesekali anda berhenti ambil ubat sehingga disahkan doktor telah pulih dari penyakit.

Aha .. ambil supplemen macam Vivix ni bukan bermakna, anda perlu lupakan ubat preskripsi yang diberikan doktor ya ... namapun supplemen (tambahan) bukannya replacement (gantian).

Jika anda mahu mencuba Vivix ini, atau mendapat nasihat mengenai produk Shaklee, boleh kemukakan kepada pengedar Shaklee di bawah:
Puan Zulaikha Ali (018-3164133) - Muar, Johor
Link fb : https://www.facebook.com/zulaikha.ali.378
Blog : www.cepatsihat.com





Samsung Galaxy Note 9

Post a Comment

7 Comments

  1. singgah baca kejap :) nice posting.

    ReplyDelete
  2. dah minum sebotol gak vivix ni. ada lagi sebotol. tapi tak start lagi. mmg sedap rasa dia. campur ngan air sejuk...buat minum ala-ala kordial pun sedap.

    ReplyDelete
  3. shaklee ni memang femes betul ye...banyak produk2 dia

    ReplyDelete
  4. Saya pengguna SHAKLEE. Memang bagus semua produknya ..

    Sihat hensem cantik flawless lah boleh dikatakan kalau amalkan selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, memang ramai yang dah percayakan kebaikan yang ada pada shaklee ni, lebih2 lagi macam Vivix ni

      Delete
  5. selalu dengar tentang vivix ni.. mungkin saya akan cuba

    ReplyDelete
  6. Dah lama saya mengidam nak rasa Vivix.

    Sebab saya tahu khasiatnya superb..

    Doakan saya murah rezeki..


    Aamiin

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.