Review Ringkas Proton Ertiga - Kompak MPV EEV

Proton Ertiga. Review Ringkas. Gambar Proton Ertiga. Ruang Dalaman Proton Ertiga. Harga dan Sepesifikasi Proton Ertiga.

Macam menarik je Proton Ertiga ni... huhu. Saya hari tu berpeluang untuk melihat lebih dekat Proton Ertiga ini di Karnival Jom Heboh 2016 Penang. Kalau tak silap sayalah, ia baru sehari dilancarkan secara rasmi. Saya ambil kesempatan untuk belek, sentuh dan ambil gambar Proton Ertiga ini dari dekat. Mengenai spesifikasi, saya ada juga bertanyakan beberapa soalan pada promoter Proton Edar yang ada di situ.

Secara amnya, saya tidaklah berasa wowww dengan Proton Ertiga ini. Tiada apa yang nampak menonjol pada Proton Ertiga ini. Mungkin kredit boleh diberikan terhadap rekabentuknya yang agak cantik dan aerodinamik. Enjinnya pula daripada enjin Suzuki Swift 16 Valve DOHC VVT, yang telah disesuaikan dengan Proton Ertiga untuk memberikan penjimatan penggunaan tenaga petrol 6 liter untuk 100 km (EEV).

Review Ringkas Proton Ertiga

Proton Ertiga Bahagian Luar
Proton Ertiga adalah sebuah MPV kompak. Ia lebih kecil daripada Proton Exora, dan lebih mampu milik. Proton Ertiga dikeluarkan dalam 3 versi iaitu Executive MT, Executive AT dan Executive Plus AT. Ia direkabentuk untuk golongan sasaran tertentu. Jadi, jangan expect ia bakal memenuhi kehendak anda seandainya anda tidak tergolong dalam golongan tersebut.

Harga permulaan untuk Proton Ertiga adalah RM61,300 untuk versi Executive MT, manakala dua versi lagi bermula dari harga RM64,300 dan RM67,300.
Proton Ertiga - Harga dan Spesifikasi
Ok. Sekarang pendapat ringkas saya mengenai Proton Ertiga selepas membelek-belek kereta MPV Kompak ini di Jom Heboh 2016.

Ruang Dalaman Proton Ertiga

Bahagian Dalaman Proton Ertiga
Bagi saya, ruang dalaman Proton Ertiga agak sempit. Walaupun sekali dua test duduk rasa selesa, tetapi lama-lama akan rasa tak berapa best. Proton bijak pilih warna terang dalam kemasan dalaman, jadi ruangan dalaman yang sempit kelihatan luas bagi pandangan mata. Anda boleh tengok sendiri daripada gambar yang saya sediakan. Fabrik pula membuatkan keadaan dalaman nampak macam 'kotor' dan seperti menggunakan fabrik kusyen berkualiti rendah walaupun ia adalah ISOFIX.

ISOFIX bagus untuk memudahkan anda meletakkan kerusi kanak-kanak di bahagian belakang MPV ini. Jadi MPX ini memang dituju khusus untuk golongan yang baru mendirikan rumahtangga .. huhu.

Antara perkara yang tak berapa seronok ialah bahagian ruang letak kaki. Memang tak sesuai untuk mereka yang tinggi atau ada kaki yang agak panjang.
Ruang Kaki Proton Ertiga
Gambar Bahagian Dalaman Proton Ertiga
Dalam promosi Proton Ertiga, ada sebut mengenai penyaman udara yang boleh sampai ke bahagian seat belakang, terutama di tempat duduk barisan kedua dan ketiga. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa apa yang nampak di bahagian atas Proton Ertiga bukanlah hub penyaman udara tetapi lebih kepada hub blower - ia sedut udara sejuk dari penyaman udara di bahagian depan, dan blow balik ke bahagian belakang. Ia bukan sistem penyaman udara yang berasingan - lebih kepada penyedut dan kipas yang 'hembuskan' udara sejuk dari bahagian hadapan.

Lihat gambar di bawah ini ... nampak ruang atas Proton Ertiga dalam kabin? Tu ruangan udara disedut dari depan ... huhu.
Aircond Bahagian Belakang
Ruang bagasi juga agak kecil bagi saya. Mahu ruang bagasi lebih luas, kena korbankan tempat duduk bahagian belakang dan bahagian tengah. Pun begitu, saya tertatik dengan cara Proton Ertiga memberikan lebih ruang untuk bagasi. Kerusi tempat duduk di bahagian belakang dan tengah boleh dilipat 90 darjah supaya lebih banyak bagasi boleh dimuatkan.

Ciri ini memang sangat baik. Ianya sangat sesuai untuk sebuah keluarga kecil atau untuk pasangan baru berkahwin yang mahukan sebuah MPV yang selesa dan memudahkan mereka untuk bergerak. Sesetengah MPV Kompak tak boleh nak lipat kerusi - dan ada sesetengahnya pula boleh dilipat dan diangkat untuk memaksimakan ruang.

Ciri yang saya fikir baru untuk saya ialah ada 'level' khas di tempat duduk bahagian tengah (bahagian sisi atas kerusi) untuk memudahkan penumpang bahagian tempat duduk belakang menurunkan kerusi bahagian tengah. Jadi, ia memberikan kemudahan untuk penumpang belakang keluar dari kenderaan dengan mudah. Tak perlu nak merayu-rayu penumpang bahagian tengah untuk bantu turunkan kerusi lagi .. hoho.
[Baca] RM5K-RM20K Sebulan - Jana Income Sampingan Dengan UBER Tanpa Perlu Bawa Kereta
Bahagian dashboard nampak kemas dan moden. Ada ruang agak besar untuk anda meletakkan barang kecil di konsul tengah. Malah ia dilengkapi ruang untuk memudahkan anda mengecas peranti mudah alih seperti tablet ataupun telefon pintar anda. Saya difahamkan anda boleh mengecas sehingga 3 alat peranti dalam satu-satu masa!
Bahagian Pengecas Bateri Peranti Mudah Alih
Untuk lebih info, dan menilai sendiri Proton Ertiga, saya syorkan anda ke mana-mana showroom Proton. Kalau anda baca artikel saya ni .. mungkin ada yang tak puas hati .. jadi, eloklah anda tengok sendiri. Untuk spesifikasi lebih terperinci, boleh lihat di di laman web rasmi Proton Ertiga - http://www.protonertiga.proton.com.

Sekarang enjoy beberapa gambar Proton Ertiga yang saya ambil ini ye ... sila komen jika nak luahkan sesuatu .. huhu.
Bahagian Enjin Proton Ertiga
Gambar ruangan dashboard Proton Ertiga
Gambar Ruang Dalaman Proton Ertiga
Bahagian Dalaman Proton Ertiga - Dashboard

Sekarang saksikan video penuh mengenai Proton Ertiga ni .... layannnn ...




COMMENTS

BLOGGER: 7
Loading...
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,124,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,363,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,302,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,53,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,621,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,576,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,9,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,34,Kekeluargaan,92,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,82,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,302,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,360,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,67,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,494,Semesti,2,SENI,3,Shopping,118,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,181,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,100,Tips Blogging,317,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,53,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,132,VIDEO,125,Video Best,37,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,108,Work From Home,13,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM™: Review Ringkas Proton Ertiga - Kompak MPV EEV
Review Ringkas Proton Ertiga - Kompak MPV EEV
Proton Ertiga. Review Ringkas. Gambar Proton Ertiga. Ruang Dalaman Proton Ertiga. Harga dan Sepesifikasi Proton Ertiga.
https://2.bp.blogspot.com/-2brfmK4CsZQ/WEWudgDMPBI/AAAAAAAAXuc/nHaJTMHh9iMkYZqp5whdN_cRyj10P4Z0gCLcB/s1600/review-proton-ertiga-2016.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-2brfmK4CsZQ/WEWudgDMPBI/AAAAAAAAXuc/nHaJTMHh9iMkYZqp5whdN_cRyj10P4Z0gCLcB/s72-c/review-proton-ertiga-2016.jpg
HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2016/12/proton-ertiga.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2016/12/proton-ertiga.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy