Ini merupakan pengalaman pertama saya berada di Mitsui Outlet Park, KLIA. Saya memang tidak terjangka bahawa saya punyai kesempatan ke sini yang lebih dikenali sebagai MOP oleh penduduk setempat. Nasib baiklah isteri saya mempunyai ramai kenalan sekitar Sepang dan KLIA, jadi misi mencari MOP ini tidaklah sukar.

Mitsui Outlet Park terletak 60km daripada Kuala Lumpur, dan hanya 6km sahaja dari dua lapangan terbang utama di Malaysia, iaitu KLIA dan KLIA2. Ia merupakan sebuah gedung membeli belah yang menawarkan produk-produk terus dari kilang. MOP adalah gedung beli belah berkonsepkan factory-outlet yang menyediakan produk dan jenama kelas menengah atas serta high-end untuk para pelanggan terutama sekali pelancong.

Mitsui Outlet Park KLIA

Mitsui Outlet Park KLIA
MOP menawarkan harga diskaun menarik serta harga kilang bagi semua produk dan barangan yang dijual. Antara jenama ternama yang ada di MOP ini termasuklah Nike, Adidas, Clarks, Bally, Carlo Rino, Sasa, Triumph dan banyak lagi. Paling istimewa, ia menawarkan produk-produk terbaik daripada Jepun, memandangkan MOP dipunyai oleh syarikat Jepun. Ada satu kawasan dalam MOP dinamakan Japan Avenue yang menawarkan barangan dan produk negara matahari terbit ini, termasuklah seni kraf Jepun, kebudayaan serta muzik Jepun, selain makanan istimewa yang menjadi trademark negara Jepun.

Tawaran Diskaun MOP Mengundang Tarikan

Ketika saya tiba di MOP, saya lihat ramai betul orang sedang membeli-belah walaupun ketika itu sudah jam 9 malam. Paling menarik, saya ternampak satu barisan panjang sedang berada di depan outlet Nike. Saya fikir mungkin sebab ada jualan istimewa dilakukan oleh Nike, sehingga perlu dihad jumlah pelanggan masuk ke premis.

Mitsui Outlet Park KLIA ini memang luas. Ia merupakan outlet dua tingkat dengan terbahagi kepada Pier Walk, Bench Walk, Sunshine Square dan Tropical Plaza. Memang letih la kalau nak berjalan, apatah lagi kalau bawa anak-anak.. hoho. Saya pun tak habis jelajah MOP ini...huhu.
Mitsui Outlet Park KLIA
Suasana beli belah di MOP pada saya semuanya ok, tapi ada satu masalah je .. iaitu tempat membayar parking. Daripada pemerhatian saya, hanya terdapat dua mesin pembayaran parking disediakan di MOP. Jadi, setiap kali nak membayar tiket parking, memang terpaksa beratur agak panjang.

Kecewa Dengan Pengurusan Parking

Mungkin pihak pengurusan masih lagi belum sempat menyediakan mesin pembayaran parking yang mencukupi, al maklumlah ... mereka tak menyangka bahawa MOP mendapat sambutan menggalakkan... hoho.
Mitsui Outlet Park KLIA
Saya difahamkan, MOP merupakan satu langkah untuk membolehkan lebih ramai pelancong membeli-belah dengan tawaran harga terbaik. Ia merupakan projek pelancongan kerjasama antara syarikat Mitsui Fudosan dan Malaysia Airports Berhad.

Papan Paparan Ketibaan dan Perlepasan Pesawat

Dan satu ciri menarik MOP yang ingin saya kongsikan ialah terdapat paparan waktu tiba dan perlepasan pesawat dari KLIA disediakan di sini. Jadi, ia mungkin satu strategi dan servis khas yang digunakan untuk menarik pelancong yang tiba samada secara kekal atau sementara menerusi KLIA dan KLIA2.
Mitsui Outlet Park KLIA
Enjoy beberapa gambar yang saya ambil di MOP dan lihatlah suasana ini yang dirakam pada jam sekitar 9:00 - 10:30 malam.
Mitsui Outlet Park KLIA
Mitsui Outlet Park KLIA
Mitsui Outlet Park KLIA
Mitsui Outlet Park KLIA
Mitsui Outlet Park KLIA
Mitsui Outlet Park KLIA


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement