Apa pilihan beras anda ehh? Untuk keluarga saya, saya selalunya akan milih beras keluaran tempatan di tempat saya iaitu Beras Cap Langsat. Beras Cap Langsat diproses dan dikilangkan di Parit Buntar. Ia merupakan produk keluaran kilang Bumiputera rakyat Kerian, Perak .. dan saya bangga dengan jenama ini.

Bila cakap soal beras, orang akan memilih dua benda, iaitu harganya dan juga kualiti. Selalunya bila memikirkan soal kualiti, harga beras tersebut tidak diambil kira sangat kecuali kalau memang dah bajet keperluan dapur... hoho.

Beras Cap Langsat Adalah Beras Tempatan Pilihan Saya

Beras Cap Langsat Adalah Beras Tempatan Pilihan Saya
Beras Cap Langsat - Juara Lima Beras Tempatan
Saya dah lama gunakan beras Cap Langsat. Beras Cap Langsat lebih dikenali sebagai Beras Juara. Saya ingat lagi, emak saudara saya dari Batu Gajah, Perak pernah datang ke Parit Buntar semata-mata nak membeli beras jenama ini. Katanya, beras Cap Langsat lebih sedap daripada beras jenama seperti Jati mahupun Rambutan. Erkkk ... itu kata dialah ... :)

Beras Cap Langsat adalah keluaran Juara Selera Sdn. Bhd. Ia merupakan sebuah syarikat pemborong dan mengkampit beras yang dimiliki 100% oleh Bumiputra Islam dan berpengkalan di Parit Buntar, Perak.
[Dah Baca?] Ikan Segar Dan Murah di Parit Buntar
Beras keluaran syarikat ini memproses dan mengredkan mutu beras yang terbaik kepada pengguna yang dikenali sebagai ‘Beras Matang’. Beras jenis ini sesuai dari segi kesihatan sebagai makanan ruji penduduk Malaysia. Semua produk keluaran Juara Selera Sdn. Bhd. seperti beras J-Lima, Juara 10, Juara 5, Juara Biru, Juara Hijau, Juara Kuning dan Langsat Hijau.

Saya selalu beli beras Cap Langsat ini di pasaraya Mydin Parit Buntar, selain stesen Petronas Jalan Kg Kedah, yang biasanya menjual beras keluaran tempatan dengan harga murah.

Nasi Jarang Buang, Tahan Basi

Beras Juara Lima - Beras Cap Langsat Keluaran Penduduk Kerian, Perak
Bak kata mak sedara saya, beras keluaran Juara Selera atau Cap Langsat ni memang sedap. Sejak saya gunakan beras Cap Langsat, agak jaranglah nasi dibuang atau tidak habis dimakan. Hmmm .. mungkin juga rasanya kena dengan lauk-pauk yang saya dan isteri masak setiap hari...huhu.. kata orang, kalau lauk tak berapa nak ngam, beras gred AAA dari luar negara pun kadang terhumban dalam tong sampah .. Nauzubillah.

Beras Kebanggan Rakyat Kerian

Beras Cap Langsat adalah keluaran kebanggaan rakyat daerah Kerian, terutama Parit Buntar. Am dah tahu bahawa daerah Kerian adalah jelapang padi untuk negeri Perak. Di sini, alhamdulillah .. masih banyak lagi sawah bendang yang keluarkan padi bermutu - dua kali setahun.
Harga Beras Cap Langsat Beras Tempatan
Kalau anda ke Parit Buntar, boleh pergi ke jalan ke arah Tanjung Piandang atau Kuala Kurau, selain di Semanggol; ada banyak sawah padi yang memang saujana mata memandang. Acapkali juga dijadikan lokasi untuk penggambaran drama dan filem, selain lokasi untuk kenang-kenangan dan juga fotografi perkahwinan.

Harga Beras Cap Langsat Beras Tempatan

Harga beras ni pada saya agak berpatutan jika nak dibandingkan dengan harga beras lain keluaran tempatan. Di Mydin Parit Buntar, anda boleh beli beras Cap Langsat - Juara 5 'Super Special' Tempatan dengan harga serendah RM21.00 sahaja untuk 10kg.

Untuk beras Langsat Hijau 'Super Special' Import, ia dijual dengan harga kurang dari RM30 untuk sekampit 10kg. Beras ini merupakan antara pilihan juga disebabkan ia ada campuran 50% beras tempatan terpilih dengan beras wangi Siam (Thailand).
[Dah Baca?] Tips Shopping di Padang Besar, Perlis

4 Sebab Pilih Beras Cap Langsat

Ada empat sebab saya pilih beras Cap Langsat beras tempatan ni ....
  1. Sebab ia 100% keluaran Bumiputera Islam, kilangnya tempatan di tempat saya.
  2. Ia beras yang dijual dengan harga berpatutan dan mampu sesuai dengan bajet dan lifestyle keluarga.
  3. Ia beras yang tahan lama dan tak mudah basi.
  4. Rasanya sedap dan anak-anak suka, jadi boleh elakkan dari pembaziran dibuang.
Saya tak pasti samada di tempat anda ada beras jenama ini, tapi di sini memang cukup mudah nak jumpa. Dulu ada kedai jenama ini yang eksklusif, namun sejak Mydin dibuka .. ia sekarang dijual di Mydin.

Hmm... apa beras pilihan anda ehh? Harga beras di tempat anda bagaimana pula? Boleh tak dapat dengan harga RM21-RM22 untuk 10kg? Kalau ada .. kongsikan di ruangan komen ye .. nak tahu juga. Oh ya, untuk info juga, harga beras adalah di bawah harga kawalan KPDNKK ye. ..

Info lanjut tentang produk Cap Langsat? Klik sini - Juara Selera Sdn Bhd

10 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tak pernah makan cap langsat ni... leh try pas ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba Juara 5 samada kaler kuning atau hijau. Sukatan air dengan beras mesti ngam2 sama je.

      Delete
  2. Tak pernah cuba lagi.. Boleh juga nak try ni.. mcm best je lepas baca info ni

    ReplyDelete
  3. kat mana jualnya? mama x penah jumpa lagi kt supermarket

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dijual di Mydin seluruh negara. Kat Giant pun ada rasanya. Info leh tgk kat website dia.

      Delete
  4. Baru baru ini saya beli beras beras RM24.90 untuk 10KG.. Itu sahaja yang murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haishh kenapa tak beli beras padi bukit? kat Sabah kan ke popular beras jenis ni? Hmmm ... sedap tu beras bukit.

      Delete
  5. wah...menarik tu.boleh cari nnti kalau ada..

    ReplyDelete
  6. Selalu mak beli beras cap rambutan. daripada dulu lagi..
    tak pernah pula cuba beras cap langsat ni.

    ReplyDelete
  7. As salam, sye mencari beras harga bwh rm2 sekilo utk buat tepung beras..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement