Hasif 'Baru' Sudah Lahir - Terpaksa C-Section

Alhamdulillah. Isteri tercinta sudah selamat melahirkan anak kami yang keempat. Hasif 'baru' yang dilahirkan di Hospital Taiping ini...

Alhamdulillah. Isteri tercinta sudah selamat melahirkan anak kami yang keempat. Hasif 'baru' yang dilahirkan di Hospital Taiping ini dilahirkan agak berbeza dengan abang-abang dan kakaknya. Hasif 'baru' (masih belum ada nama penuh) ini dilahirkan secara pembedahan c-section atau caesarean section.

Sebagai seorang bapa, saya agak ngeri bila diberitahu bahawa isteri saya perlu dibedah untuk lahirkan bayi Hasif 'baru'. Saya diberitahu oleh doktor sebab-sebab ia perlu dilakukan walaupun secara fizikalnya, isteri saya berkemampuan untuk lahirkan bayi secara normal. Ikuti kisah dan pengalaman saya ini.

Hasif 'Baru' - Anak Keempat Lahir Menerusi Caesarean Section

Hasif 'Baru' Sudah Lahir
Ketika post ini ditulis, anak keempat saya ini masih belum dinamakan secara rasmi lagi. Pun begitu, kami sekeluarga sepakat untuk menamakan bayi baru yang dilahirkan jam 11:45 malam 27 Mac 2017 ini dengan pangkal nama Hasif.

Ia adalah sesuai dengan nasihat seorang bangsawan kerabat diraja Perak kepada isteri saya satu ketika dahulu, yang menyatakan peri pentingnya menamakan keturunan dengan satu nama yang berlegasi - yang menjadi satu warisan tradisi rakyat Perak satu masa dahulu; contohnya macam Yeop, Alang, Ngah, Said.

Anak-anak saya yang lain, dilahirkan secara normal iaitu Hasif Amri, Hasif Aqwa Zikri dan Haseena Humaira. Kecuali Amri, semuanya dilahirkan di hospital kerajaan di negeri Perak. Alhamdulillah, semuanya membesar dengan sihat dan masing-masing punyai kelebihan sendiri dalam keluarga.
The Hasifs and Haseena

Apa Itu C-Section?

C-Section? Saya tahu tapi tak sangka ia akan berlaku pada isteri saya. Anda tahu apa itu pembedahan C-Section atau Caesarean Section ini? Saya kongsikan sedikit pengetahuan ini untuk anda ehh ..

Caesarean Section adalah satu teknik melahirkan anak menerusi kaedah pembedahan di bahagian abdomen dan uterus si ibu yang mengandung. Ia merupakan teknik pembedahan yang dilakukan atas sebab-sebab tertentu dan bukan satu cara melahirkan anak secara pilihan. Jika doktor mengatakan bahawa si ibu perlu dilakukan pembedahan c-section untuk melahirkan bayi, anda tidak boleh mengatakan tidak.

Ok. Gambar di bawah ini adalah contoh bagaimana c-section dilakukan.
Apa Itu C-Section?

Ini adalah kerana pembedahan ini dilakukan atas faktor keselamatan bayi dalam kandungan. Jika tidak dilakukan, dikhuatiri bayi dalam kandungan boleh lemas dan mengakibatkan kematian. Ada banyak sebab lain mengapa c-section dilakukan. Antaranya:

  • Bayi dalam kandungan berada di dalam keadaan songsang semasa hendak dilahirkan.
  • Bayi dalam kandungan adalah bayi kembar.
  • Saiz bayi dalam kandungan terlalu besar.
  • Kedudukan plasenta di dalam uterus ibu terlalu rendah, lebih dikenali sebagai placenta previa.
  • Ada sejarah pembedahan lain yang berkaitan dengan kelahiran bayi.
  • Keadaan bayi dalam kandungan yang tidak begitu stabil.
Selalunya sebelum kaedah ini dilakukan, doktor yang merawat akan memberikan nasihat dan pandangan kepada ibu dan bapa bayi. Ia adalah untuk menjelaskan kenapa dan mengapa kaedah ini perlu dilakukan supaya tidak timbul implikasi lain setelah si ibu dibedah dan bayi dilahirkan.

Kronologi Hasif 'Baru' Dilahirkan

Isteri saya mula merasa sakit untuk lahirkan anak pada awal pagi 27 Mac. Sebelum itu, pada 23hb ada juga 'tanda' nak bersalin .. tetapi selepas dapat consultation pakar di Hospital Columbia Asia Taiping, saya dan isteri setuju untuk tidak admit ke hospital kerajaan. Kalau ikutkan prosedur hospital kerajaan, jika nak dapatkan pemeriksaan rapi doktor pakar, kena admit masuk wad dulu .. aha .. tu yang isteri saya tak sanggup sebab kena berada lama di dalam wad bersalin. Jenuh ooo tunggu kalau false alarm.

Oh ya, ada satu benda yang saya nak kongsikan kepada anda. Ramai takut nak pergi dapatkan nasihat doktor pakar di hospital swasta. Macam saya dan isteri, risau juga bila ada yang syorkan untuk buat pemeriksaan kandungan di situ. Dalam fikiran kami, tentu kos dan bayaran tinggi dikenakan. Rupanya bayaran untuk pemeriksaan pakar di hospital ini agak berpatutan. Tak sampai pun RM100 .. malah dapat diskaun lagi.

Pemeriksaan pula dilakukan first class dan teliti oleh doktor pakar sakit puan di Hospital Columbia Asia Taiping, Dr. Jeyaletchmi. Semasa proses mendaftar, isteri siap dilayan oleh jururawat macam VIP lagi .. memang terbaiklah. Harus dipuji.

"Puan .. sila duduk di kerusi roda ni .. " kata jururawat Hospital Columbia Asia Taiping.
"Ehh takpe .. saya tak sakit .. saya nak buat pemeriksaan je .." kata isteri.
"Tak boleh puan, sakit atau tak .. puan kena duduk .. biar kami uruskan untuk puan. Nanti susah kami ... puan duduk ye di kerusi roda ni ye .." jawab jururawat yang bertugas dengan lemah lembut.

Bila dah dapat pengesahan bahawa kandungan isteri dalam keadaan stabil, dan isteri masih jauh untuk proses kelahiran, jadi saya sekeluarga pun ambil keputusan untuk sekadar bercuti di Taiping selama sehari menginap di Hotel Taiping Perdana. Lagipun, cuti sekolah penggal pertama ni .. semua anak-anak tak dapat nak kemana-mana disebabkan keadaan sarat mama mereka.

Hmm .. dapatlah anak-anak melepas gian main bowling di Winners Bowl Taiping, tempat kami bermain bowling pakai baju raya satu ketika dulu (2016). Iaitu semasa Majlis Hari Raya Persatuan Kakitangan Islam Hospital Parit Buntar.

Pulang dari Taiping, hari-hari sebelum 27 hb adalah seperti biasa kecuali isteri sudah tidak boleh bergerak banyak. Cuti 100 hari pun dah bermula, jadi memang banyak berehat tanpa melakukan kerja-kerja berat di rumah.

Secara kebetulan pula, adik isteri saya dari Putrajaya datang ke rumah. Alhamdulillah, hebat peracangan Allah S.W.T memudahkan urusan.

Pada pagi 27 hb, setelah isteri mengadu terasa sakit, saya terus bawa isteri tanpa anak-anak ke Hospital Taiping. Anak-anak perlu bersekolah di hari pertama selepas bercuti selama seminggu. Anak sulong saya, Amri pula, saya dah hantar kembali semula ke asrama SMKA Nibong Tebal pada hari sebelumnya (26hb, Ahad).

Hari tersebut, anak-anak yang lain, Zikri dan Maira dijaga oleh adik isteri saya (ipar saya) seharian.

Pagi Isnin 27hb, isteri saya dimasukkan ke wad kelas tiga wad bersalin Hospital Taiping. Lebih kurang dua jam selepas itu, isteri dipindahkan ke wad kelas satu setelah ada kekosongan katil. Isteri layak untuk masuk ke wad bersalin kelas satu yang ada dua katil dalam satu bilik atas kapasiti seorang penjawat awam dengan pangkat sebagai pegawai atasan.

Saya ketika itu, selepas selesai proses mendaftarkan isteri masuk wad bersalin pulang ke rumah.

Isteri Masuk Labor Room

Jam 10 malam, isteri saya telefon dari wad bersalin memberitahu bahawa akan dimasukkan ke labor room. Sebagaimana kebiasaan, isteri saya memohon ampun maaf dan dihalalkan makan minum dan meminta saya untuk datang hospital dalam masa dua jam. Sebelum ini (dari pengalaman lahirkan anak-anak lain) isteri akan berada selama beberapa jam di labor room sebelum ke delivery room.

Jam 10:45 malam - saya menerima panggilan telefon daripada doktor yang bertugas. Beliau mengatakan bahawa isteri saya perlu dibedah kerana pemeriksaan mendapati bahawa pihak hospital gagal mengesan denyut jantung bayi.

"Denyut jantung baby lemah ... selepas pemeriksaan lanjut, bukaan cuma 6cm sahaja .. maka hospital ambil keputusan untuk operate isteri encik" beritahu doktor dalam telefon.

"Bayi macamana?" tanya saya mahu kepastian.

"Baby ada ... cuma kami tak dapat nak kesan denyut jantung .. kena operate untuk keluarkan baby" kata doktor.

"Isteri saya maklum?" tanya saya. Dan doktor mengatakan bahawa isteri saya telah diberitahu mengenai perkara ini.

Selesai sahaja perbualan di telefon, saya terus bersiap untuk ke hospital yang jauhnya memakan masa selama sejam untuk tiba.

Saya tiba di Hospital Taiping lebih kurang jam 11:30 malam. Keadaan memang sunyi. Tempat letak kereta di kawasan wad bersalin juga tiada masalah jika dibandingkan pada waktu siang hari. Ada tiga lelaki lain di kawasan ruang menunggu wad bersalin yang saya percaya adalah suami kepada pasangan masing-masing yang menunggu masa melahirkan anak.

Apabila tiba, saya terus ke kaunter tempat jururawat bertugas.

"Assalammualaikum .. saya Hasrul, suami kepada Haslinda .. bagaimana dengan isteri saya?" tanya saya.

"Wa'alaikumsalam, tadi doktor ada telefon encik kan? masih lagi di dewan bedah encik .. tak keluar lagi.. " jawab jururawat dengan senyuman.

"Encik duduk dulu, nanti kalau dah selesai .. kami akan beritahu .. encik tunggu ye.." tambah jururawat itu lagi.

Jam 12:15 masih menunggu dengan sabar. Setiap pergerakkan jururawat saya perhati sambil saya habiskan masa dengan membaca buku mengenai sejarah kepahlawanan Salahudin Al-Ayub di ruang menunggu. Baca kosong - walaupun menarik pembacaan saya mengenai sejarah Islam ini, banyak fakta tak kekal dalam ingatan .. gelisah saya menunggu perkhabaran mengenai isteri tercinta.

Jam 12:30 ..

"Waris kepada Haslinda .. sila ke kaunter .." kedengaran suara dari pembesar suara.

Saya terus menuju ke kaunter, dan diberitahu ..

"Baby dah selamat dilahirkan, encik masuk untuk azankan baby ye .." kata jururawat bertugas.

Dalam hati saya. Alhamdulillah.

Saya nampak court baby ditolak. Ada bayi comel ditemani oleh seorang jururawat.

"Encik waris kepada Haslinda?" tanya jururawat.
"Ya, saya .." jawab saya ringkas.

"Untuk pengesahan .. saya mahu encik nyatakan nama penuh isteri encik ... "

Saya jawab dengan yakin.

"Encik tahu nombor kad pengenalan isteri? Boleh beritahu tak .. " sekali lagi pengesahan dilakukan.

Eerr.... ntah macamana .. saya boleh tergagap dan hampir terlupa nombor kad pengenalan isteri. Mungkin teruja, mungkin risau kerana status isteri saya belum diketahui.

"Ok encik .. ini baby encik ... kecik je. Meh tengok baby apa ... " sambil bukakan 'pampers' bayi comel di depan saya.

Ya, anak lelaki.

"Bagaimana isteri saya?" tanya saya.
"Isteri encik ok, tengah prep dalam bilik bedah .. nanti dia keluar." jawab jururawat.

Fuh. Alhamdulillah. Lega sungguh.

Saya tengok wajah anak saya .. Hasif 'baru'. Seiras macam wajah anak sulong saya ketika lahir ... macam Amri.

"Saya dah siap ngadapkan ke kiblat. Sekarang encik azankan baby ye .. " kata jururawat tu.

Uhh terus ketar. Perlu ke saya angkat Hasif 'baru; ni untuk diazankan? Saya tak yakin. Saya azankan sahaja dengan Hasif 'baru' berada di dalam court baby. Uhh tak kedengaran suara saya .. macam hilang... serius kali ini gugup semacam. 7 tahun tak ada baby ... semua pengalaman lampau tak terkeluar kali ni.

Saya azankan dan qamatkan, saling ganti di telinga kanan dan kiri Hasif 'baru'.

Saya pandang wajah jururawat.

"Dah?" terkeluar pertanyaan dari mulut jururawat tersebut, seolah macam terkejut, mungkin kerana dia tak dengar saya mengazankan baby Hasif 'baru'.

Selesai. Saya keluar dengan hati gembira, rasa syukur. Saya terus maklumkan pada keluarga terdekat menerusi WhatsApp group. Jam di tangan menunjukkan pukul 12:41 pagi.

Saya menunggu lagi. Kali ini untuk isteri.

Lebih kurang 20 minit selepas itu, saya dipanggil lagi.

"Isteri encik dah selesai. Kami nak bawa masuk bilik wad .. encik tunggu di bahagian sana ye untuk jumpa isteri.." kata jururawat yang menyorong 'katil' isteri saya. Isteri saya tersenyum dan nampak ok. Alhamdulillah.

Saya melihat proses isteri dipindahkan oleh beberapa orang jururawat bertugas. Masing-masing berhati-hati kerana keadaan isteri saya yang masih lemah, dan baru keluar dari bilik pembedahan.

Selesai sahaja dipindahkan di atas katil bilik, jururawat berikan saya masa terhad untuk lihat keadaan isteri.

Isteri saya tanya .. "dah jumpa baby?"
"Dah" jawab saya. "Dah azankan tadi .. sihat .." tambah saya lagi.

"Alhamdulillah semua selamat, esok abang datang ... nak apa-apa nanti beritahu ye ..." kata saya.

"Ok encik, tak boleh lama-lama, kami akan uruskan isteri encik ye ... jangan risau." tegur jururawat.

Selepas lihat isteri saya dalam keadaan memuaskan, saya pun pulang ke Nibong Tebal.

Krukkk kurkkk ..  erkk perut saya berbunyi kelaparan.

Dalam perjalanan, saya singgah makan di Rehat dan Rawat Gunung Semanggol. Memang saya perlu rehat sebentar kerana mata pun tak berapa nak nampak jalan. Alhamdulillah, lepas makan lauk kari ayam dengan ikan masin jam 2 pagi, saya teruskan perjalanan.

Hampir jam 2:30 pagi saya tiba di rumah dan lihat anak-anak dan ipar tertidur di ruang tamu bergelimpangan .. hahaha .. mungkin menanti saya pulang dengan perkhabaran.

Lihat anak-anak; saya ambil keputusan untuk pontengkan Zikri dan Maira. Saya mahu mereka ikut saya ke hospital untuk lihat adik mereka yang baru keluar ke dunia.

Hasif 'baru' sudah lahir. Sekarang .. nak cari nama lengkap.

Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan rakan yang mendoakan keselamatan isteri dan Hasif 'baru'. In Sha Allah, anak ini akan jadi penyeri baru dalam keluarga dan dididik sebaiknya. Tak terbalas semua ucapan tahniah dan doa yang diberikan.

Buat anda yang teringin nak lihat gambar baby Hasif 'baru' ni, tunggu tempoh 40 hari dari sekarang ye. In Sha Allah, saya akan tunjukkan nanti. Follow saya di instagram dan juga Facebook.

Alhamdulillah. Isteri telah selamat lahirkan bayi lelaki 2.58kg pada 27hb Mac menerusi operation. Terima kasih atas doa semua.
Posted by Hasrul Hassan on Monday, 27 March 2017


Doa Untuk Bayi Baru Lahir

Dari Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah S.A.W memohonkan perlindungan untuk Hasan dan Husain, (baginda membaca):

أُعِيْذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّة

"Aku memohon perlindungan dengan kalimat Allah yang sempurna untuk kalian berdua, dari gangguan setan dan binatang berbisa, dan dari pandangan mata (ain) yang membuat sakit." (HR. Bukhari dan Abu Daud).

COMMENTS

BLOGGER: 7
Loading...
Rahsia Lulus Temuduga Kerja
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,122,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,363,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,298,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,53,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,621,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,577,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,9,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,33,Kekeluargaan,87,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,83,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,297,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,355,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,60,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,492,Semesti,2,SENI,3,Shopping,114,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,176,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,98,Tips Blogging,314,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,52,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,125,Video Best,37,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,107,Work From Home,13,
ltr
item
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™: Hasif 'Baru' Sudah Lahir - Terpaksa C-Section
Hasif 'Baru' Sudah Lahir - Terpaksa C-Section
https://4.bp.blogspot.com/-WnLksIiJGR4/WNqTABbtRaI/AAAAAAAAdWU/uwqFGF0NYdEZ8ZNMWTA0BST9gmHDKC6ZACLcB/s1600/hasif-baru.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-WnLksIiJGR4/WNqTABbtRaI/AAAAAAAAdWU/uwqFGF0NYdEZ8ZNMWTA0BST9gmHDKC6ZACLcB/s72-c/hasif-baru.jpg
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2017/03/hasif-baru-sudah-lahir.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2017/03/hasif-baru-sudah-lahir.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy