Gelagat Anak Main Bowling Pakai Baju Raya

Minggu akhir Syawal baru-baru ni, saya dan isteri telah diundang untuk meriahkan majlis hari raya Persatuan Kakitangan Islam Hospital Parit Buntar. Uniknya majlis ni bukan majlis makan-makan yang selalu dibuat orang, tetapi lebih kepada majlis hari keluarga dengan perkenalkan riadah untuk pengisian. Kali ini, pihak AJK memilih untuk buat Pertandingan Main Bowling, dengan syarat perlu pakai baju raya.

Hoho ... bukan benda pelik. Dah lama orang buat, cuma saya dan isteri je pertama kali merasa. Ia lebih kepada cara untuk beramah-mesra sesama keluarga kakitangan Hospital Parit Buntar.... dalam semangat dan suasana hari raya.

Gelagat Anak Main Bowling Pakai Baju Raya

Gelagat Anak Main Bowling Pakai Baju Raya
Paling seronok ialah anak-anak. Ia satu pengalaman baru buat mereka. Main bowling pakai baju raya? Huhuu.. meriah kot. Kalau lelaki memang tak nampak pelik sangat sebab boleh pakai baju melayu .. kalau pelik pun, mungkin sebab pakai baju raya jubah atau kurta .. huhu. Pompuan ... main bowling pakai dress, pakai baju kurung ... haaa yang tu memang luar biasa sikit.

Anak-anak saya join main bowling pakai baju raya ni. Saya tak main .. sebab saya dah tersangat pro ... haha .. kang main semua kalah .. kah kah kah. Isteri saya join, tapi kemudiannya diganti oleh anak saya.
Gelagat Anak Main Bowling Pakai Baju Raya
Seronok tengok gelagat anak-anak main bowling pakai baju raya ni. Lagi-lagi anak saya yang bongsu ... main pakai dress ... kiut je tengok dia angkat bola bowling yang berat pastu cuba lontar untuk jatuhkan pin. Slow and steady je bola bowling tu bergolek .. mula nampak macam ada harapan nak strike .. pastu .. eh ehh .. senget terus masuk longkang.

[Baca] 10 Idea Hari Keluarga Jadi Meriah

Anak-anak saya memang suka main bowling. Jadi bila dapat kesempatan macam ni, saya serah je mereka untuk berseronok. Saya jadi pemerhati je. Boleh tengok kesungguhan mereka untuk bermain dengan baik, untuk jatuhkan semua pin bowling. Nampak mereka ada semangat nak bersaing dan perbaiki kelemahan.

Boleh Jadi Aktiviti Menarik Untuk Hari Keluarga

Kalau anda nak kelainan dan keunikan untuk buat hari keluarga .. bolehlah cuba pendekatan macam ni. Mungkin bermain bowling dengan pakaian tradisi ke, pakai kain pelekat ke ... sambil riadah, sambil seronok ... adalah macam-macam emosi sikit .. baru meriah.

Saya kongsikan beberapa gambar ni ... untuk tatapan anda ... huhu...nampak comel je kan? tak tahulah pandangan anda .. tapi saya ... cam best je .. bila tunjuk gambar-gambar ni kat anak-anak .. pasti derang akan tersenyum dan ingat keseronokkan yang dah mereka rasai.
Gelagat Anak Main Bowling Pakai Baju Raya
Gelagat Anak Main Bowling Pakai Baju Raya
Gelagat Anak Main Bowling Pakai Baju Raya
Gelagat Anak Main Bowling Pakai Baju Raya
Gelagat Anak Main Bowling Pakai Baju Raya
Gelagat Anak Main Bowling Pakai Baju Raya

1 comment... add one now

Jie Susanos Jie Susanos August 05, 2016
haha..nampak pelik jer..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.