Langkau ke kandungan utama

Menanti Kelahiran Si Puteri Kesayangan - Akhir

Salam.
Entri ini adalah sambungan dari Episod 2 ... dan Episod 1

Agak lama juga saya nak mendapatkan nama Haseena Humaira yang bermaksud Si Pipi Merah Yang Lemah Lembut .... :) rasanyalah .... lupa dah maksud dia .. tapi Humaira memang memberi maksud pipi merah, ia nama timangan untuk Aisyah a.s (isteri RAsulullah) ketika kecil.


Kelahiran Haseena Humaira memang memeritkan buat isteri saya. Mana tidaknya, dibandingkan dengan yang lain, menunggu kelahiran puteri ini mengambil masa sedikit, keluar masuk wad lebih banyak dari 2 orang putera saya. Terganggu juga kerja seharian, tetapi ini adalah perkara biasa .... jika anda adalah seorang ibu mahupun bapa.

Di saat kelahiran Haseena Humaira, saya didatangkan dengan dugaan, anak saya dua orang tu demam ... lalu penjagaan untuk mereka perlu lebih rapi dari biasa, kena beri makan ubat ikut waktu, makan dan minum kena pastikan .... tak boleh nak mengharapkan wife saya sebab dia dah pun berada di wad bersalin hospital Taiping.

Anak saya yang kedua, memang liat nak makan ubat ... dan biasalah anak kecil .. bila dah demam .. malam2 meraung mencari maknya ... apa boleh buat, terpaksa bersabar dan buat apa yang saya mampu. Bayangkan di tengah malam, pagi buta jam 2-3 pagi meraung-raung nak jumpa mak dia ... jerit2 terpekik2 ... kalau orang nak mengata ... leh cakap saya mendera.

Bila masa tiba, isteri saya mengejutkan saya dengan kesukaran dan kesakitan yang amat, yang lain dengan sebelumnya. Jam menunjukkan dah tengah malam, isteri saya telefon mengatakan dia dah sedia dimasukkan ke bilik bersalin (labour room), penantian selama 3 hari rasanya akan tamat tak lama lagi ....

Ketika itu saya masih di rumah, dengan anak-anak, jam 3 pagi saya dikejutkan dengan panggilan telefon, isteri saya dah selamat - awalnya jangkakan akan lahir awal suboh. Jadi, cepat2 saya angkut semua naik kereta ke hospital, nak jumpa isteri dan meniqamatkan anak perempuan saya.



Sampai, saya pun minta izin untuk jumpa isteri ... tetapi tak diberi sebab wife saya perlu diberikan rawatan susulan sebab masa melahirkan berlaku kompilasi komplikasi. Debar memang debar tetapi nurse tu kata tak apa-apa, ia hanya satu prosedur biasa. 

Saya pangku baby girl saya .. di satu sudut saya qamatkan si comel yang baru menjenguk dunia. Alhamdulillah .... saya dah punyai seorang anak dara. 

Anda boleh baca mengenai detik kelahiran baby girl saya di sini: Awek Nama Haseena Humaira

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Teringin juga nak anak perempuan.. tp blm ada rezeki.. :)

    BalasPadam
  2. komplikasi kot.. bukan kompilasi.

    hu hu hu... rakan2 saya ada yang 4 orang berderet anak lelaki. masih lagi menunggu untuk si tuan puteri. syukur kamu dah ada zuriat lelaki dan perempuan

    BalasPadam
  3. Tahniah bro hasrul!!!!!!! Kem slm kt akak dan selamat berpantang. Nama baby girl sgt cantik!!!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…