Saya nak kongsikan satu fakta menarik yang mungkin ramai dah tahu, cuma lupa. Saya sendiri suam-suam ingat mengenai jeneral-jeneral hebat dalam sejarah Islam ini. Mengapa saya perlu dan mahu kongsikan kisah-kisah ini? Ini adalah untuk membuka mata semua bahawa satu masa dahulu, Islam cukup kuat dan dihormati.

Sungguh berbeza dengan apa yang berlaku sekarang.

Walaupun Islam itu boleh dikatakan majoriti penduduk dunia, namun seperti ada lompang yang membuatkan gagasan-gagasan atas nama Islam itu goyah dan tanpa taring yang tajam. Taring yang nampak ada, seolah tumpul dan tidak menggerunkan.
Apa yang berlaku dalam kelompok negara Islam ini? Mengapa ia tidak kuat seperti dahulu? Benarkah umat Islam di akhir zaman ini sudah berpecah belah, tiada kesepakatan sehingga menjadikannya ia lemah dan tidak bermaya?

Natijahnya. Lihatlah apa yang berlaku pada negara Palestin sejak berdekad lalu. Sebuah negara Islam yang dibuli setiap hari oleh negara-negara barat, dan pasti sekali dari negara yang tidak diiktiraf Malaysia iaitu Israel.

Oleh itu, saya terpanggil untuk kongsikan kepada anda semua 9 jeneral terulong dan paling hebat dalam sejarah Islam. Mungkin dari perkongsian ini, sedikit sebanyak anda tahu apakah yang menjadi kekuatan mereka satu masa dahulu.

9 Jeneral Perang Terhebat Sejarah Islam

Khalid Bin Walid Khalid ibn al-Walid (584 - 642)

Panglima perang terhebat dalam sejarah Islam, kalau bukan Khalid bin Walid. Seorang sahabat Rasullullah yang teguh berani, adalah seorang panglima perang pada masa pemerintahan Khulafa Ar Rasyidin yang termahsyur dan ditakuti di medan perang. Dia diberikan jolokan sebagai Saifullah Al-Maslul (pedang Allah yang terhunus) dan salah satu dari panglima-pangli­­ma perang penting yang tidak terkalah.

Abu Ubaidah bin al-Jarrah

Abu Ubaidah bin al-Jarrah adalah Muhajirin dari kaum Quraisy Mekah yang termasuk antara yang paling awal memeluk agama Islam. Ia ikut berhijrah ke Habasyah (saat ini Ethiopia) dan kemudian, beliau berhijrah ke Madinah. Ia mengikuti setiap pertempuran dalam membela Islam. Setelah wafatnya Nabi Muhammad S.A.W, beliau merupakan salah satu calon Khalifah bersama dengan Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Setelah terpilihnya Abu Bakar sebagai Khalifah, beliau dilantik untuk menjadi panglima perang memimpin pasukan Muslim untuk berperang melawan kerajaan Rom. Beliau meninggal disebabkan oleh wabak penyakit.

Sa'ad bin Abi Waqqas

Sa`ad bin Abī Waqqās merupakan salah seorang yang awal masuk Islam dan salah satu sahabat penting Muhammad. Kepahlawanan Sa'ad bin Abi Waqqas tertulis saat memimpin pasukan Islam melawan tentara Persia di Qadissyah. Peperangan ini merupakan salah satu peperangan terbesar umat Islam.

Tariq Bin Ziyad

Tariq bin Ziyad, dikenal dalam sejarah Sepanyol sebagai legenda dengan sebutan Taric el Tuerto (Taric yang memiliki satu mata), adalah seorang jeneral dari dinasti Umayyah yang memimpin penaklukan muslim atas wilayah Al-Andalus (Spanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar dan sekitarnya) pada tahun 711 M

Syurahbil bin Hasanah (583-639)

Adalah sahabat Muhammad saw. Dia merupakan salah satu komander terbaik dalam pasukan Rasyidin, bertugas di bawah Khalifah Rasyidin Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Dia merupakan salah satu komander lapangan utama selama penaklukan Muslim di Syria, bertugas sejak tahun 634 hingga kematiannya pada tahun 639 akibat wabak.

Abdullah bin Aamir

Abdullah bin Aamir adalah gabenor Busrha (647–656) dan merupakan jeneral tentera yang sangat berjaya pada masa pemerintahan Khalifah Rasyidin Othman bin Affan. Dia terkenal atas kehebatannya dalam pengurusan ketenteraan.

Amru Bin Ash

Pada awalnya beliau pernah mengambil bahagian dalam peperangan menentang Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslim namun masuk Islam bersama Khalid bin Walid. Enam bulan setelah memeluk Islam, beliau bersama Rasulullah SAW menakluk Mekah dalam peristiwa Fathul Mekkah. Ia adalah panglima perang yang bijak dalam mengatur strategi perang.Beliau adalah panglima perang yang menaklukan Baitul Maqdis dan Mesir dari cengkaman Romawi. Ia kemudian dilantik sebagai gabenor Mesir oleh Umar bin Khattab, tetapi kemudian dipecat oleh Khalifah Usman bin Affan. Selanjutnya Muawiyah bin Abu Sufyan melantik kembali beliau menjadi gabenor Mesir. Panglima Amru mengerahkan tentera agar menjujung Al Quran dihujung tombak, ia menggunakan cara ini dalam pertempuran dengan Ali bin Abi Thalib agar Ali bin Abi Thalib menghentikan serangan.

Muhammad Al-Fatih (Mehmed II )

 Sultan Mehmed II atau juga dikenal sebagai Muhammad Al-Fatih juga dikenal sebagai el-Fatih, "Sang Penakluk". Kejaya­­annya dalam menaklukkan Konstantinopel menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepimpinannya serta taktik; strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Ia merupakan anak didik Syekh Syamsuddin yang masih merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

Salahuddin Ayyubi ( Saladin ) Salahuddin Ayyubi atau Saladin atau Salah ad-Din (1138 - 4 Mac 1193)

Adalah seorang jeneral dan pejuang muslim Kurdi dari Tikrit (daerah utara Iraq sekarang). Ia mendirikan Dinasti Ayyubiyyah di Mesir, Syria, sebahagian Yaman, Iraq, Mekah Hijaz dan Diyar Bakr. Salahuddin terkenal di dunia Muslim dan Kristen karena kepemimpinan, kekuatan tentera, dan sifatnya yang satria dan pengampun pada saat ia berperang melawan tentara salib. Sultan Salahuddin Al Ayyubi juga adalah seorang ulama. Ia memberikan catatan dan berbagai macam penjelasan dalam kitab hadits Abu Dawud.

Kekuatan Islam Sebenar


Begitulah dia 9 jeneral terhebat dalam sejarah Islam. Kehebatan mereka ini bukan sahaja diakui dalam ketamadunan Islam itu sendiri, tetapi juga sarjana-sarjana barat.

Malah, ada di antara cerita dan kisah jeneral dan pahlawan agung ini disematkan di dalam filem-filem barat dan antarabangsa yang mengangumi kehebatan mereka - walaupun ada fakta-fakta yang tidak diketengahkan atas sebab komersil filem tersebut.

Semoga bermanfaat.

Sumber dan kredit: Sekadar Fikrah


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement