13 Januari 2017

Raja Adsense Revive (2017) - Panduan Terbaik Jana Income USD Dengan Blog

Raja Adsense. Uhh dah lama saya tak sebut mengenai panduan ni. Antara panduan yang pernah saya baca semasa awal-awal mahu jana income dengan blog. Kali ini, sudah terbit versi terkini, dinamakan Raja Adsense Revive... aha, mana-mana blogger yang nak jana income USD dengan blog, saya syor dapatkan panduan ini.

Sebenarnya, saya dah lama tunggu kemunculan panduan ini untuk versi update. Lama juga tu, dekat lebih 8 tahun kot. Ketika itu saya tak kenal pun penulis panduan (ebook) ini iaitu saudara Mohd Shamsuriyadi ... ehemm .. tapi sekarang dah kenal, malah dah pernah berjumpa pun beberapa kali... hoho.. siapa blogger yang pergi ke SBB2016, pasti kenal siapa beliau .. :)

Raja Adsense Revive - Panduan Terbaik Untuk Menjana Income USD Dengan Blog

Raja Adsense Revive - Panduan Terbaik Untuk Menjana Income USD Dengan Blog
Mengapa saya tertunggu-tunggu versi update Raja Adsense? Sebabnya ia adalah antara panduan terbaik untuk menjana pendapatan dalam USD menerusi Google Adsense. Malah, ia antara panduan yang dicari-cari oleh ramai blogger Malaysia kerana mudahnya ia untuk berikan income kepada blogger.

Mudah?

Ya sangat mudah. Dengan adanya akaun Adsense, seorang blogger boleh letakkan kod iklan Adsense di mana-masa sahaja blog atau laman web miliknya. Blogger tersebut akan dapat menjana income menerusi setiap klik Adsense, dan juga setiap kali iklan itu dipaparkan.

Raja Adsense Revive - sebuah ebook panduan Google Adsense yang patut dimiliki, bukan setakat oleh blogger, tetapi juga pada sesiapa juga yang nak merasai betapa bestnya dapat pendapatan dalam USD dengan cara termudah!!

Siapa Mamat Nama Shamsuriyadi?

Hoho ... penulis panduan ini bukan calang orang ye. Nama Mohd Shamsuriyadi bukan nama kecil, malah dia pernah menulis sebuah buku berkaitan Adsense yang diterbitkan oleh PTS Publication.
Siapa Shamsuriyadi - Penulis Panduan Adsense

Saya boleh katakan beliau serba tahulah mengenai Adsense ni. Begitu juga dengan Adwords yang merupakan cabang dari Google Adsense.

Ehh jap ,.. ada ke yang tak tahu mengenai Google Adsense ni?

Aiyakkk .. ok .. saya beritahu secara ringkas ye.

Serba Ringkas Mengenai Google Adsense

Ia sebenarnya merupakan program buat duit di internet yang diuruskan oleh enjin carian terbesar di dunia ni. Siapa tak kenal Google kan? Dah nama pun Google Adsense... haha. Ia merupakan salah satu produk utama yang membantu Google mencapai apa yang mereka ada sekarang.

Anda boleh nampak iklan Adsense di mana-mana sahaja di internet. Di akhbar online seperti BH Online, Utusan Online, Kosmo Online, CNN, BBC malah di dalam email anda pun boleh nampak iklan Adsense ini. Satu dunia online menggunakan Adsense ini untuk dapatkan pendapatan ..
[Baca] 13 Jenis Blog atau Laman Web Tidak Dibenarkan Mohon Adsense
Jika anda ada blog, ada laman web, ada akaun YouTube, ada aplikasi yang diletakkan di Google Play ... anda boleh mohon dapatkan akaun Adsense ini dengan PERCUMA. Daftar sahaja, dapatkan pengesahan dan kelulusan daripada mereka .. anda sudah boleh mula buat duit dalam USD secara online.

Senyum Lebar Bila Tiba 21hb

In Sha Allah, setiap 21hb apabila akaun Adsense anda cecah nilai USD100, anda akan terima wang anda terus ke akaun bank. Jika anda gunakan akaun Maybank, ia ambil tempoh selama 2 hari untuk nampak duit tu. Sebelum tu, anda akan diberikan notifikasi pembayaran Adsense.
Income Adsense
Saya antara ramai blogger Malaysia yang seringkali tersenyum riang apabila tiba tarikh 21hb setiap bulan .. hehehehe.... mana taknya, income dalam USD... masuk ke akaun dah pastilah berganda-ganda sebab dalam MYR. Nak-nak lagi bila nilai tukaran wang antara USD ke MYR adalah tinggi ..fuhhh ...masyukkk ...

Tak mahu ke dapat duit dalam USD dengan letak iklan Adsense ni?

4 Cara Mohon Akaun Adsense Walaupun Sebelum Ini Gagal?

Anda tahu tak, bahawa ada empat (4) cara untuk memohon akaun Adsense? Kalau anda dapatkan panduan Raja Adsense Revive, saudara Sham akan tunjukkan empat cara ini ... hatta sebelum ini anda pernah memohon tetapi gagal!! Yang bestnya ialah, akaun Adsense yang bakal anda peroleh adalah akaun penuh (full) Adsense...bukan seperti dalam blogspot tu .. yang bukan full account tetapi hosted-account...

Amacam? Ada rasa nak dapatkan panduan ni tak?


Harga Panduan Raja Adsense Revive

Harga panduan ini adalah asalnya RM100, tetapi sudah dikurangkan menjadi RM80. Mengapa dikurangkan? Sebab saudara Sham mahu lebih ramai blogger di Malaysia ambil peluang ini untuk jana income best dengan Adsense. Ia juga boleh menjadi sandaran untuk income sampingan tanpa had, tanpa perlu anda susah payah, tanpa perlu keluar bekerja .. tak perlu promote pun ...

Jadi, nak tak?

Boleh terus tempah dan dapatkan segera Raja Adsense Revive ini. Ia adalah versi 2017 dan merupakan panduan pertama Adsense di dalam Bahasa Melayu.
[klik] Saya Mahu Tempah Raja Adsense Revive (2017)

Tawaran Jimat

Ehh sekejap .. saya lupa satu benda yang pasti buat anda akan rasa lebih best ... hehehe.....

Saya nak berikan anda peluang untuk miliki panduan ini dengan RM20 lebih murah ... aha .. anda hanya perlu bayar RM80 sahaja untuk dapatkan panduan ini.

Caranya ....

1 - Pergi ke laman jualan - https://buy.onpay.my/order/form/revive/85
2 - Lengkapkan butiran pembelian anda, pastika harga ditulis RM80, harga asal adalah RM100.

Aha .. jimat RM20 untuk satu panduan yang akan bantu anda jana pendapatan beratus-ratus USD sebulan dengan blog. Satu pelaburan ilmu yang pada saya sangat kecil untuk anda. RM80 je ... dan lepas tu boleh dapat modal anda balik dalam masa sebulan - selepas aplikasikan segala cara yang diberikan dalam Panduan Raja Adsense Revive ini.

Cepat claim harga jimat ni .. ia terhad.
[klik] Saya Mahu Tempah Raja Adsense Revive (2017) Harga Jimat
Errr ... tak tahu isi kandungan panduan ni? Orait .. okey .. saya sedar rasa risau anda. Saya berikan secara ringkas je ye ... ia ada 10 modul.

Panduan ini akan berikan anda pengetahuan dan ilmu Adsense berikut:
  1. Pengenalan untuk Modul Panduan Raja Adsense ini. Ia adalah untuk persediaan mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran dalam menulis blog bagi program Google Adsense ini. Ramai yang gagal bertahan disebabkan pelbagai isu. Ia akan dikupas di dalam modul ini.
  2. Pemilihan Niche atau Topik
  3. Pembangunan Blog
  4. Penulisan Artikel
  5. Search Engine Optimization
  6. Teknik Pemasaran Pantas
  7. Mendapatkan Akaun Google Adsense
  8. Blog Monetization
  9. Akaun Adsense Hosted
  10. Isu Penting dan Tips
Ok dah .. penat saya terangkan dan bebel dari awal .. jadi, apa tunggu lagi, cepat claim harga diskaun yang diberikan. Terus sahaja klik pautan di bawah' .. dan jangan lupa buat bayaran dan sertakan butiran di ruangan disediakan. 
[klik] Saya Mahu Tempah Raja Adsense Revive (2017) Harga Jimat
Jangan kata saya tak kaborrrr .... udah ramai tanya sejak tahun 2015 lagi .. nah .. skrang panduan ni dah diperbaharui, diperkemaskan malah ditambah dengan isi lebih gempak.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

13 Komen Raja Adsense Revive (2017) - Panduan Terbaik Jana Income USD Dengan Blog

kalau sifu kata bagus.. recommended to buy!

kena cuba...sy dpt email dri tuan ebook ni..promosi hrga murah..pasti saya beli.

Elok beli, lagipun rakan blogger gak, pernah ke SBB2016 :)

sape yang nak buat blog dengan adsense rasanya wajib beli ni

kalau dah rekemen ni mesti bagus

Fuhh teringin juga ada akaun adsense ni huhuhu

Besar jugak potensi income boleh dapat dari Google Adsense ni :D

Perkara pertama dulu cari masa noob buat blog tahun 2007

Nampak dah beli semalam.. so any komen?


EmoticonEmoticon