Langkau ke kandungan utama
Ramadan 2017 Promo

Cara Nak Tahu Adsense Full Account atau Hosted?

Saya bukan Pakar Adsense. Tapi, adalah sedikit pengetahuan mengenainya. Mungkin kerana banyak perkongsian berkaitan Tips Adsense telah menyebabkan ramai yang hantar mesej di FB dan juga email bertanyakan mengenai masalah akaun Google Adsense yang mereka ada.

Sekarang ni dah susah nak cari ebook yang power untuk belajar mengenai Adsense. Apatah lagi setelah laman web Ashadee.com ditutup operasi. Kalau tak memang ia menjadi lubuk ilmu untuk seorang Internet Marketer dan House Husband yang cari duit online macam saya.

Cara Nak Tahu Adsense Full Account atau Hosted?

Cara Nak Tahu Adsense Full Account atau Hosted?
Mari berbalik kepada persoalan, bagaimana nak tahu samada akaun Adsense yang telah diluluskan itu adalah sebuah akaun Adsense yang berjenis Full Account atau hanya sekadar Hosted Adsense?

Ramai yang tanya mengenai perkara ini, malah ramai blogger yang keliru mengenainya. Ada yang beritahu saya bahawa mereka dah diluluskan permohonan untuk Google Adsense, tapi bila letak kod Adsense di dalam blog, tak keluar pula iklan Adsense. Jadi, mereka jadi tak tentu arah .... hoho...

Bagi blogger yang fikir mereka sudah memiliki sebuah akaun Adsense, sila periksa kembali 'taraf' akaun Adsense anda.

Apa yang perlu anda lakukan ialah cuba login ke laman web Adsense - http://www.adsense.com. Anda perlu login menggunakan email dan password yang serupa semasa mendaftarkan blog anda untuk Adsense ini. Dah masuk ke bahagian dashboard, cuba lihat penjuru atas ... ada tak nampak seperti di bawah ini:
Cara Nak Tahu Adsense Full Account atau Hosted?
Kalau ada tertulis - 'Hosted Account' ini bermakna anda masih lagi belum sempurna memiliki sebuah akaun Google Adsense yang sah. Anda akan juga dapati apabila nak gunakan kod Adsense serupa di blog lain, anda akan diberikan paparan di bawah ini... istilah 'Hosted Account' bermakna, pemilikan akaun Adsense anda, atau kod HTML iklan Adsense anda hanya sah digunakan untuk blog yang anda daftarkan menerusi dashboard Blogger.com sahaja.

Akaun Hosted-Account Adsense memang sukar nak paparkan iklan, ambil sedikit masa iklan nak keluar, mungkin sampai 2-3 bulan.

Jika tak ada apa-apa .. seperti ditunjukkan di bawah ini, maka ... anda boleh gunakan kod HTML Adsense yang ada ... untuk digunakan merata tempat di dalam blog sedia-ada (yang didaftarkan) atau di mana-mana blog yang anda ada, termasuklah dalam blog yang bukan 100% milik anda sepenuhnya .. hehehe...
Cara Nak Tahu Adsense Full Account atau Hosted?
Ok. Sekarang .. bagaimana nak memiliki akaun penuh Google Adsense ini?

Akaun Hosted Account Adsense boleh diperoleh dengan mudah dengan mendaftarkan secara percuma menerusi Blogger.com atau YouTube.com

Seandainya anda telah memohon Adsense menerusi dashboard Blogger.com atau terus menerusi laman web Adsense, dan tertera 'Hosted Account'; langkah seterusnya ialah untuk memohon mendapatkan akaun penuh Adsense.

Cara Nak Tahu Adsense Full Account atau Hosted?
Pertama sekali, daftarkan blogspot anda dengan mendapatkan nama domain sendiri. Cara ini adalah yang paling berkesan untuk mendapatkan akaun penuh Adsense. Mana nak dapat dan beli nama domain sendiri? Anda boleh baca di post saya ini - Cara Nak Dapat Nama Domain untuk Blogspot Sendiri

Apa yang perlu dibuat ialah kena pastikan anda mempunyai blog yang mempunyai konten yang kaya dengan pelbagai kata kunci yang boleh mendatangkan trafik dari Google, terutama kata kunci bernilai tinggi. Kemudian, pergi ke bahagian Account Setting (dalam dashboard Adsense.com), lihat pada bahagian Access and Authorization. Klik edit dan masukkan URL blog yang baru.

Ok. Pihak Adsense akan review permintaan anda ini. Jika diluluskan, anda boleh guna kod Adsense di blog yang didaftarkan tadi, dan seandainya kena reject, ia tidak akan beri kesan pada blog yang sebelum ini, in Sha Allah.

[Baca] Use my hosted AdSense account to show ads on my own site

Nanti, saya nak kongsikan pula tentang bagaimana nak dapatkan kelulusan Google Adsense untuk blog yang baru berusia dua-tiga bulan (dengan nama domain sendiri).

Pastikan anda follow saya di Google Plus, dan Like FB Page HasrulHassan.com untuk info terkini.


Komen Pembaca ...

  1. info yg sgt berguna..Nasib baiklah fida punya dah settle

    BalasPadam
  2. saya punya akaun hosted..duit baru ada usd1.04..ishh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ambil masa lama gak rasanya baru boleh hasil, kan? Content kena banyak baru trafik mari... ya lah saya cakap taujer... tapi sendiri punya blog trafik pun ciput juga.

      Padam
    2. ejoy masih lagi hosted? tp iklan da keluar. tggu dpt usd10 kot. nnt en gugel anta surat.

      Padam
  3. Ya... info yang ada manyak baik punya. Saya dulu pun puas juga nunggu untuk dapat full AS akaun ni. Seperti yang dikatakan oleh Sifu HH... perlu ada sendiri punya website dan taruk code yang dapat dari hosted akaun tu. Bila contentnya cukup... saya dapat full selepas melepasi 10 artikel yang saya buat dalam blog ini: - taruk dalam web site ini http://tulisjerwangmari.co/tulisjerwangmari.com/ menggunakan wordpress. Tapi saya dah ada lebih dari 50 artikel dalam blogspot (http://emjay-freedom.blogspot.my/)... dan yang peliknya blogspot punya lebih banyak income dari yang wordpress tu. So... ingat nak kill jer lah wordpress punya tu. Dah lah tiap bulan kena bayar.. USD pulak tu. Yinkam yilex (ada pun sikit bebeno).. oh pening gak. SO... adakah baik maintai 1 blog saja... lagi pun dah dapat fill akaun? TK.

    BalasPadam
  4. still hosted account..kena tunggu sebulan dua lagi la ni

    BalasPadam
  5. kalau kita ada iklan dr google adsense ni ada effect ke pd akaun nuffnang kite ya tuan sebab semenjak saya letak iklan google adsense ni saya tak dapat BE dari nuffnang. tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setahu saya .. ia tak beri kesan sgt, lagipun Nuffnang memang benarkan letak Adsense, tak mudarat pun untuk dia

      Padam
  6. salam tuan,, say pun masih hosted akaun.. tapi kalau still hosted akaun ni, earnings yg kita dapat tu boleh keluar ke tak// ke kena full account baru boleh.. tq tuan info bermanffaat.. untuk orang yg kurang ilmu macam saya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Buat Duit Dengan Lynk.my? Jana Income Tanpa Modal

Wow .. Gaji MYR 3,164 Sebagai Tukang Cuci di Singapore !!

Kesempatan Belajar Forex Trading Online