Langkau ke kandungan utama

5 Pedoman Buat Si Ayah Mendidik Anak

5 Pedoman Buat Si Ayah Mendidik Anak. Dalam soal mendidik anak-anak, ianya bukan tugas isteri atau ibu semata-mata. Ia merupakan tugas bersama. Ayah juga perlu ambil bahagian secara aktif dalam memberikan pendidikan tidak formal kepada anak. Sering yang kita nampak, peranan ayah ini muncul bila tiba bab menghukum, ibarat macam hakim di dalam rumah.

Walaupun ketua keluarga itu adalah suami atau ayah, ini bukan bermakna ayah itu raja. Merasa diri seperti seorang raja sampai semua tugas hanya dibuat di hujung lidah - yakni hanya reti memberi arahan itu dan ini. Si ayah perlu ubah sikap, perlu lebih proaktif dalam memastikan keluarga pimpinannya menjadi keluarga yang harmoni, beradab dan memenuhi tuntutan agama dan budaya.

5 Tips dan Pedoman Untuk Si Ayah Mendidik Anak-Anak

Tips dan panduan untuk seorang Ayah mendidik anak-anak
Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh seorang ayah? Adakah hanya menjadi imam ketika sholat berjamaah? Adakah sebagai seorang penjatuh hukuman ketika anak-anak melakukan kesalahan? Ia lebih dari itu.

Di sini saya berikan 5 Tips dan Pedoman Untuk Si Ayah Mendidik Anak-Anak

1. Sentiasa Berkomunikasi

Komunikasi dengan si anak sebenarnya bermula sejak dalam kandungan lagi. Berbicaralah dengan anak anda ketika masih lagi berada di dalam rahim isteri anda. Anda boleh bercerita, boleh membacakan ayat suci Al-Quran, boleh bertanya khabar dan bergurau senda. Tindakan ini didapati boleh mempertajamkan kebolehan anak anda nanti.
[Panduan] Nak Anak Pandai Membaca di Awal Usia?
Bila dah lahir, dah cukup sifat segala, ajaklah anak anda berbual atau bertutur, mereka pasti akan mendengar walaupun sedikit. Menurut sebuah study dalam Journal of Applied Developmental Psychology, ayah memiliki impak yang lebih besar terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan anak-anak pada usia 3 tahun dibandingkan yang dilakukan si ibu. Gunakan kata-kata yang bersemangat , walaupun anak anda tidak begitu memahami. Berikan mereka pujian atas pencapaian yang mereka lakukan, walaupun ia sekecil meletakkan barang ke tempatnya.

2. Jangan biarkan anak anda buat perangai (emosi anak meledak)

Menurut Hal Edward Runkel, seorang pakar terapi keluarga dan penulis buku 'Scream Free Parenting', jika anda hanya membiarkan kelakuan emosi anak anda, anda sebenarnya telah mendorong anak berperilaku yang lebih buruk. Sebaliknya, ketika anak anda berteriak atau menangis, tenangkanlah dan berikan perhatian sepenuhnya. Perhatian anda ini tidak akan membuatnya keliru dan anak merasa selamat, mendapat kasih-sayang dan perhatian ayahnya.

Jangan pula bila anak anda menangis, anda marah anak anda lagi dan lagi. Mereka menangis dengan sebab, jadi pujuk dan comfortkan anak anda. Dengan ini, mereka tahu mereka ada tempat untuk mengadu dan menumpang kesedihan - selain dari ibu mereka.

3. Cabar Mereka

Mencabar di sini bukan ajar anak anda untuk menjadi seorang agresif tetapi ianya proses untuk anak belajar cara mendapatkan sesuatu dengan sedikit usaha. Anak yang berusia empat tahun mula bersaing dengan orang tua mereka dengan mengajaknya seperti bergurau, berlari, bergelut atau bergumpal di sofa, kerana hal-hal seperti itu disukai anak-anak. Biarkan mereka banyak menang, dan kemudian perlahan-lahan berikan tekanan sehingga mereka harus berusaha lebih keras untuk mendapat kemenangan mereka. "Ini cara bagi anak-anak untuk mengembangkan kekuatan dan membiarkan mereka menguji otot mereka," kata Justin Richardson, MD, yang mengajar psikiatri di Universiti Columbia. Mereka akan lebih yakin pada diri sendiri, dan dapat mengurangkan kelakuan kasar.
[Baca] Cabaran Didik Anak Perempuan
Dalam proses ini, anda boleh cuba incorporate dengan perkara yang mereka minat. Macam anak saya, Zikri, dia sukakan perlawanan Raksasa dengan Ultraman, masukkan elemen ini semasa bergelut, pasti ia akan lebih menyeronokkan dan pada masa yang sama, anda sedang mendidiknya dan mengajarnya untuk berusaha 'menang', selain menguatkan kekuatan otot-ototnya.

4. Ajarkan mereka untuk berfikir dan galakan membuat keputusan sendiri

Ketika anak-anak anda masih kecil, bawa mereka ke kedai peralatan (hardware) umpamanya. Biarkan mereka melihat anda melakukan sesuatu pekerjaann atau menjelajahi kelengkapan peralatan yang ada di rumah contohnya, serta berikan peluang untuk mencuba sesuatu seperti membetulkan lampu yang rosak.

Buat anak perempuan, anda bawalah dia ke pasar, mengetahui tentang jenis sayuran, jenis buah-buahan, ikan dan sebagainya. Bila pulang, berikan kesempatan untuk mereka pegang, sentuh dan bermain seketika. Dan selepas itu, minta mereka pilih mana yang mereka sukai, untuk dijadikan makanan. Jika anda ada set permainan masak-memasak ...berikan sedikit buah atau sayuran untuk mereka bermain masak-masak.

5. Ajarkan harapan yang realiti

Anda perlu ajar anak anda untuk mencapai sesuatu. Mengikut apa yang anak anda boleh lakukan, cuba setkan target dan berikan harapan anda kepada mereka. Ceritakan apa yang boleh dicapai jika mendapat kejayaan atau pencapaian tersebut. Contohnya, anda boleh beritahu anak anda, jika belajar dengan baik, dapat nombor satu dalam kelas, boleh dapat hadiah - dan nyatakan harapan anda kenapa mereka perlu mencapainya - supaya nanti mereka boleh pergi ke tempat2 menarik bila dewasa kelak dengan kita.
[Baca] Tips Didik Anak Mengikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W Part 1
[Baca] Tips Didik Anak Mengikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W Part 2
Mungkin anda tidak inginkan anak yang ajaib, tetapi masyarakat yang kompetitif menunjukkan sebaliknya. Kita mesti menerapkan konsep bahawa apa yang perlu dicapai, dan bagaimana usaha keras diperlukan untuk mencapai impian dan harapan tersebut. Jika kita memberikan harapan yang tidak pasti, ini akan menyebabkan anak-anak mengalami kesulitan dalam fokus, kata Andrew C. Ramsey MD, seorang profesor psikiatri di Universiti Columbia. Pastikan anak anda tahu harapan anda.

Artikel ini telah diolah berdasarkan artikel dalam Majalah Men's Health


Semoga dapat dimanfaatkan sebaiknya.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. haa betul tuh!

    amalkan ye nanti hehe

    BalasPadam
  2. good info...

    sentiasa nakkan yang terbaik utk anak2 Mas!

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,

    http://ceriteduniasaye.blogspot.com/2011/04/kisah-aliyah-asraf-tercetuskah-perang.html

    *berkongsi entri, tidak memihak kpd sesiapa, tetapi mungkin boleh dijadikan panduan agaknya..sekadar berkongsi..:))))

    BalasPadam
  4. yup..boleh dijadikan panduan..

    sape xnak anaknya mjadi seseorang yg good dlm apa2 pun..

    BalasPadam
  5. Tips yang berguna untuk saya. Terima kasih kerana berkongsi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …