Cabaran Didik Anak Perempuan

Memang mencabar didik anak perempuan ni, apatah lagi jika anda seperti saya seorang House Husband sepenuh masa. Saya ada seorang anak perempuan, yang kecil sekali, umurnya tatkala entri ini ditulis dah berumur 4 tahun. Namanya bermaksud Si Cantik Berpipi Merah ... haaa carilah ....

Saya memang ngidam nak punyai seorang anak perempuan. Dan saya nyatakan hasrat murni saya tu pada isteri, dan alhamdulilah ..... pada tanggal 29 Januari 2010 .. di Hospital Taiping, Allah kurniakan bayi comel yang saya namakan ...... boleh baca Menanti Kelahiran Si Puteri Kesayangan.

Cabaran Didik Anak Perempuan

Cabaran Didik Anak Perempuan
Cabaran mendidik anak perempuan memang tak sama seperti mendidik anak lelaki. Anak perempuan ni kena layan dengan penuh lemah lembut. Dan sebagai bapa, saya perlu tunjukkan sisi lembut setiap kali berada di depannya.

Kepentingan Didikan Buat Anak Perempuan Dalam Islam

Disebabkan cabaran mendidik anak perempuan ini, Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda bahawa anak-anak perempuan perlu diberikan perhatian lebih kerana sifat mereka yang lemah lembut dan mudah terasa. Jiwa mereka yang halus ini sangat terdedah dengan pelbagai ancaman. Jika dididik dengan sempurna, in Sha Allah .... akan diberikan ganjaran hebat daripada Allah S.W.T.

Rasululullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah S.W.T akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka."

Seorang lelaki bertanya, "Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?"
Sabda baginda, "Juga untuk dua anak perempuan."
Seorang lelaki berkata, "atau untuk seorang wahai Rasulullah?"
Rasulullah s.a.w menjawab, "Juga untuk seorang." (H.R Ahmad dan Al-Hakim)

Itu bukan satu sahaja cerita Nabi Muhammad S.A.W mengenai kepentingan dan cabaran mendidik anak perempuan. Ada beberapa cerita lain yang turut menekankan berapa pentingnya ibu bapa berikan keutamaan pada anak perempuan.

Dari ‘Aisyah R.A, beliau berkata, yang bermaksud:"Ada seorang wanita yang datang menemuiku dengan membawa dua anak perempuannya. Dia meminta-minta kepadaku, namun aku tidak mempunyai apapun kecuali satu buah kurma. Lalu aku berikan sebuah kurma tersebut untuknya. Wanita itu menerima kurma tersebut dan membaginya menjadi dua untuk diberikan kepada kedua anaknya, sementara dia sendiri tidak ikut memakannya. Kemudian wanita itu bangkit dan keluar bersama anaknya. Setelah itu Nabi S.A.W datang dan aku ceritakan peristiwa tadi kepada baginda, maka Nabi S.A.W bersabda, "Barangsiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan, kemudia dia berbuat baik kepada mereka, maka anak-anak perempuan tersebut akan menjadi penghalang dari siksa api neraka" (H.R Muslim)

Didik Anak Perempuan Perlu Sabar

Saya akui, anak perempuan ada banyak perkara yang tidak mudah untuk seorang bapa nak handle. Waktu kecil mungkin tak berapa nampak kerenahnya, tetapi dari pengalaman rakan-rakan dan sahabat yang ada anak perempuan, memang perlu banyak bersabar dan perlu banyak berkompromi; apatah lagi jika ada anak-anak lelaki yang menjadi abang dan adik.
Cabaran Didik Anak Perempuan
Anak perempuan kena tekankan soal maruah, soal harga diri, soal keselamatan, soal bab-bab mengenai seorang perempuan, halal dan haram, dan paling penting bab-bab berkaitan perlakuan dan juga aurat.

Soal agama perlu lebih ditekankan dalam mendidik anak perempuan kerana mereka kelak akan tededah dengan banyak fitnah meskipun mereka itu telah terdidik dengan didikan agama yang tinggi. Nafsu seorang perempuan tidak sama dengan seorang lelaki. Emosi mereka rapuh.
Cabaran Didik Anak Perempuan
Cabaran Didik Anak Perempuan

Penting mendidik anak perempuan dengan kemampuan terbaik kerana mereka insan yang akan menzuriatkan umat. Dan dari merekalah akan lahir insan-insan hebat, seperti Sri Kandi Mulia Di Sisi Rasulullah S.A.W.

Pasti saya sangat impikan anak perempuan saya menjadi seperti anak-anak Rasulallah yang hebat seperti saya ceritakan di Puteri Puteri Rasulallah S.A.W

Video Cara Didik Anak Perempuan


Bagi ibu bapa yang ada anak perempuan, saya harap entri ini dapat memberikan satu makna buat anda, dan buat anak-anak perempuan, hargailah apa yang telah dilakukan oleh ibubapa, sesungguhnya ketegasan yang mereka berikan itu adalah untuk kebaikan dunia akhirat anda.


{ 11 comments.. read them below or add one }

nor nazliana nor nazliana September 11, 2014
sebaya anak sulung ana nie..tahun 2010..tp anak saya penghujung november 2010
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 11, 2014
:) Saya bajet anak saya lahir 29 februari ... :) hehehee
mama amir mama amir September 11, 2014
Alhamdulillah...dah besar ye dia...doakan saya juga memperoleh rezeki anak perempuan pula...^_^
PuteraOhtraBulan PuteraOhtraBulan September 11, 2014
Benar tuan.mendapat gigirl wajib ayahnya mendidik menjadi wanita solehah
TunSha Ayunie TunSha Ayunie September 11, 2014
muka iras abg Hasrul :)
semoga menjadi gadis yang solehah...
Mas Zull Mas Zull September 11, 2014
assalamualaikum hh...betul tu jaga anak perempuan ni mmg byk kerenahnya...perlu dijaga dr awal lagi supaya besar nanti jadi seorang anak yg solehah...begitulah mama rasa bila menjaga 3 orang anak perempuan mama...alhamdullilah sehingga sekarang mereka dpt mengikut apa jua kata2 n cara2 yg mama terapkan pada mereka...
nadia mansor nadia mansor September 12, 2014
sungguh. jaga anak pempuan umpama menjaga 10 ekor lembu..segalanya perlu dititik beratkan , segalanya perlu dididik , dari segi akhlak, adab..mia baru 10 bulan.. tapi kena bermula dari kecilla kan..melentur buluh biarlah dari rebungnya..ye dah.. nama dia mesti umaira kan kan? hihi
Arman Arman September 14, 2014
Anak aku tiga perempuan, sangat bermanfaat artikel ini. Mmg byk cabaran mendidik anak perempuan.
nasyrah sufyan nasyrah sufyan October 14, 2014
Info yang bagus. Saye juga ada seorang anak perempuan. As a first time parent, artikel macam ni memang sangat membantu. Memang mencabar ada anak perempuan. Dulu masa kita masih tinggal dengan mak ayah tak paham betapa susahnya menjaga anak perempuan, kini dah ada sendiri baru tau cabarannya.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 14, 2014
Terima kasih Arman, harapnya entri ini dapat bantu ibu bapa yang baru nak dapat anak perempuan ketahui hakikat betapa susahnya nak didik anak perempuan.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 14, 2014
Hmm saya pula .. bezanya tak pernah rasa ada adik beradik perempuan .. jadi bila dapat anak perempuan, ia sesuatu yang dianggap baru dalam keluarga. Apatah lagi bila saya ada dua beradk lelaki shj.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.