Bijak Temuduga

4 Tips Didik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W (2)

Tips Didik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W, Tips didik anak remaja mengikut Islam

Sebelum ini, saya dah kongsikan bahagian pertama penting tips didik anak mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W yang libatkan umur anak bawah 6 tahun. Bawah umur anak 6 tahun libatkan tahun keemasan didik anak iaitu 5 tahun pertama yang perlu diberikan perhatian tidak berbelah bahagi dengan kasih sayang dan kelembutan.

Kali ini, saya ingin kongsikan tips didik anak mengikut acuan yang telah Nabi Muhammad S.A.W ajar dan tunjuk kepada kita, khas untuk anak-anak yang sedang membesar dalam umur antara 7 hingga 21 tahun.

4 Tips Didik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W (2)

Secara umumnya pendidikan anak-anak ada 4 peringkat utama:
  1. Anak bawah umur 6 tahun.
  2. Anak antara umur 7 - 14 tahun.
  3. Anak antara umur 15 hingga 21 tahun.
  4. Anak umur lebih 21 tahun.
Umur bawah 6 tahun, adalah umur di mana anak dibentuk dengan cara diri kita sebagai ibu bapa menjadi ikon dan model untuk mereka. Tatkala umur sedemikian, apa yang kita tunjuk pada anak akan jadi ikutan. Jika kita sering marah, maka nanti anak bila besar juga akan mudah jadi pemarah. Jika kita tunjuk kita sering buang sampah merata, maka nanti anak juga akan ikut perbuatan kita tanpa rasa sesal bersalah.
Tips didik anak peringkat umur remaja belasan tahun ikut sunnah Nabi

Tips Didik Anak Umur 7 Hingga 14 Tahun

Peringkat umur seterusnya ialah umur 7 hingga 14 tahun. Umur anak pada waktu ini ialah umur di mana tingkah-laku serta emosi mula berkembang dengan daya sendiri.

Nabi Muhammad S.A.W telah menggariskan panduan bahawa tahap umur sebegini, anak-anak perlu dididik dengan nilai disiplin dan rasa tanggungjawab. Ini adalah kerana anak-anak sudah mula boleh membuat penilaian dan keputusan. Anak-anak tidak lagi sekadar lihat apa yang kita buat, tetapi akan melakukan perkara yang dirasakan oleh mereka betul, walhal ia adalah salah pada pendapat kita.

Dalam hadis riwayat Abu Daud, yang bermaksud:

"Perintahkanlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan)."(H.R Abu Daud)



Pukul itu pula bukanlah bertujuan untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menimbulkan sedikit rasa gerun dalam diri mereka. Ia juga bertujuan untuk menyemai rasa tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah.

Semasa saya hadiri program School of Sahabah The Bidadari 2014, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi ada beritahu - "Sediakan rumah dengan 2 rotan, satu untuk anak dan satu untuk isteri. Jika tak ada rotan, sediakan tongkat, dan letak di tempat yang semua isi rumah boleh nampak dan lihat, terbaik letak di ruang tamu".

Saya juga pernah lihat rakan saya seorang wartawan Utusan, meletakkan dua rotan di ruang tamu rumahnya, satu rotan kecil, satu rotan besar. Dan alhamdulillah, keluarga ini adalah keluarga contoh muslim yang terbaik dalam kalangan kenalan dan rakan sekolah saya pernah saya kenali.

Namun, rotan dan memukul dalam Islam ada batasnya. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah S.W.T mencipta sendiri muka Nabi Adam.

Cara didik ini penting supaya anak-anak tahu perkara apakah yang paling penting dalam hidup - agama dan perintah Allah S.W.T.

Tips Didik Anak Umur Belasan Tahun

Fasa ketiga dalam tips didikan anak mengikut sunnah Rasulullah S.A.W ialah peringkat umur remaja dan meningkat dewasa. Fasa ini, anak-anak suka menunjukkan rasa dan sikap, di jiwa ada sikap memberontak dan merupakan tahap di mana-mana anak-anak ingin mencuba sesuatu.
Cara didik anak belasan tahun

Pada peringkat ini, ibu bapa kena jadi kawan dan bersahabat dengan anak-anak. Dekati mereka dengan lebih banyak berborak dan berbicara soal kehidupan. Ceritakan apa yang pernah anda lalui dalam hidup.

Fasa ini juga adalah fasa di mana anak perempuan mula mengenal tentang haid. Jadi para ibu bapa kena bantu supaya anak-anak gadis pada ketika ini tidak keliru dan berikan sokongan untuk faham apa yang berlaku pada diri mereka sebagai seorang wanita.

Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama di hadapan adik-beradik yang lain, tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.

Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah mencari keseronokan memandangkan semua kebahagiaan dan keseronokan ada di rumah bersama keluarga.

Ingatlah cara didik anak perlu betul, jangan sampai mereka buang anda kerana kesilapan anda sewaktu mereka mahu kenali dunia! Ikuti video di bawah ini supaya kita semua tahu pentingnya didik anak ikut cara Nabi Muhammad S.A.W.

Cara Didik Anak Mengikut Rasulullah S.A.W



Alhamdulillah, semoga entri ini boleh dimanfaatkan oleh para ibu bapa, sepertimana saya telah dapat ilmunya semasa hadir ke Konvensyen The Bidadari 2014 tempoh hari.

Kongsikan dengan rakan anda yang ada anak-anak sedang membesar, sedikit sebanyak ilmu yang ada dapat bercambah dengan baik, dan memperbetulkan institusi kekeluargaan di Malaysia yang semakin hari semakin parah dengan pelbagai gelaja yang tidak elok.


COMMENTS

BLOGGER: 6
Loading...
Nama

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,42,Advertorial,112,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,7,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,3,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,360,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,7,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,24,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,275,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,18,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,46,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,49,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,64,Holiday Tips,2,Homestay,1,Hotel,10,House Husband,632,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,583,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,10,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,30,Kekeluargaan,62,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,76,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,47,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,57,Lifestyle,240,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,13,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,303,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,12,Pendapat,34,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,46,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,23,petua kehidupan,7,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,49,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,474,Semesti,2,SENI,3,Shopping,101,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,11,Tempat Menarik,167,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,87,Tips Blogging,308,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,50,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,33,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,100,Work From Home,13,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM BLOGZINE: 4 Tips Didik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W (2)
4 Tips Didik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W (2)
Tips Didik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W, Tips didik anak remaja mengikut Islam
http://2.bp.blogspot.com/-VhcAEOVHkSE/VCDw5xwzELI/AAAAAAAA6wc/mKP7PVeGhM8/s1600/cara-didik-anak-ikut-sunnah-nabi.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-VhcAEOVHkSE/VCDw5xwzELI/AAAAAAAA6wc/mKP7PVeGhM8/s72-c/cara-didik-anak-ikut-sunnah-nabi.jpg
HASRULHASSAN.COM BLOGZINE
http://www.hasrulhassan.com/2014/09/4-tips-didik-anak-mengikut-sunnah_23.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2014/09/4-tips-didik-anak-mengikut-sunnah_23.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy