4 Tips Didik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W (1)

Saya ingin kongsikan sedikit tips bagaimana nak didik anak mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Tips ini merupakan satu daripada perkongsian ilmu yang saya dapat semasa menghadiri Konvensyen The Bidadari 2014, School of Sahabah pada 30-31 Ogos 2014.

Saya telah berkesempatan berada di dalam bengkel yang menampilkan speaker yang tidak asing lagi iaitu ketua editor majalah Solusi - Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Memang best. Jika anda mahu dapatkan buku-buku terbaik mengenai permasalahan masakini dan juga pendidikan anak-anak, ikuti penulisan beliau yang banyak di dalam majalah Solusi.
4 Tips Didik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W (1)
Pendidikan awal anak-anak sangat penting sekali. Ini adalah kerana sebagai ibu bapa, kitalah yang mencorakkan anak-anak ini untuk terus berada di dunia sebagai khalifah Allah S.W.T. Mereka seharusnya tahu bahawa wujudnya di dunia atas sebab kurnian Allah, Maha Pencipta. Anak-anak perlu dididik untuk sanjung dan kenal Allah S.W.T sebagai pentadbir alam.

4 Tips Didik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W (1)

Banyak perkara yang ingin saya kongsikan mengenai tips didik anak mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W ini, tetapi secara asasnya ada 4 tips berkaitan pendidikan anak-anak mengikut cara Rasulullah S.A.W ini.
4 Tips Didik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W (1)

Didikan Anak Dari 0-6 Tahun

Inilah masa emas dalam perkembangan dan pembesaran anak-anak kita. Mengikut kajian usia 5 tahun pertama adalah usia keemasan buat anak-anak. Ia merupakan masa gemilang untuk anak-anak mengetahui dan belajar mengenai pelbagai perkara asas - ruang intelektual, emosi, spiritual dan juga tingkah laku motor anak.

Para penyelidik menyimpulkan 50 peratus pembentukan kecerdasan individu berlaku ketika berusia 1-4 tahun. Anak-anak ketika ini sangat penting diberikan perhatian sepenuhnya. Jangan sesekali lepaskan tumbuhbesaran anak-anak ketika ini pada orang lain, apatah lagi kepada pengasuh yang kita tidak tahu selok belok perangai sebenar dan tingkahnya.

Jika terpaksa, seharusnya sebagai ibu bapa pilih keluarga atau pengasuh yang mempunyai latar belakang yang baik terutama dari segi latar belakang agama. Tidak perlu mereka ada ijazah, cukuplah memilih pengasuh yang menjaga sholat, aurat dan berkata lemah lembut.
Cara didik anak bawah usia 6 tahun

Tips Rasulullah Didik Anak Usia Bawah 6 Tahun

Usia anak ketika 0-6 tahun tidak seharusnya dimarahi apatah lagi memberikan hukuman seperti merotan atau mencubit, tetapi lebih kepada nasihat dan kata-kata positif. Pada masa ini, Rasulullah S.A.W menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak terbatas dan tidak membeza-bezakan.

Waktu usia ini, anak-anak perlu rasa dipunyai dan rasa dihargai. Kita perlu menjadi sebahagian dari dunia mereka. Ibu bapa perlu ada di saat mereka ketawa dan menangis. Ibu bapa perlu menjadi hero dan teladan yang baik. Ibu bapa perlu akrab dan menjadi teman sepermainan.

Ketika usia ini juga, ibu bapa mestilah berada pertama di depan mata mereka ketika celik dari tidur, dan menjadi orang terakhir dilihat di depan mata ketika mata mahu tidur. Belai, usap dan berikan kata-kata indah dan terbaik pada anak-anak ini ketika lena, walaupun hakikatnya mereka tidak faham apa yang anda perkatakan.

In Sha Allah, anak-anak akan menjadi dan membesar dengan segala kebaikan dan redha Allah Taala.

Hmm .. nampaknya dah tersangat panjang saya bercerita mengenai tips didik anak mengikut sunnah ini. Saya fikir .. saya akan sambung di bahagian kedua nanti, in Sha Allah. Teruskan membaca blog ini dan manfaatkan kebaikan yang ada.

{ 8 comments.. read them below or add one }

ishak hasimi ishak hasimi September 19, 2014
Bila saya baca entri bro ni,terasa juga saya nak khawin,dan ada anaka sendiri untuk di didik,tapi apakan daya belum ada jodoh ~bloggerbooom~
Bintang Sukan Bintang Sukan September 19, 2014
Alhamdulillah...perkongsian yang berguna
UmmiTiqah UmmiTiqah September 19, 2014
panduan yang sangat bermanfaat. terima kasih atas perkongsian
ain samadi ain samadi September 20, 2014
Alhamdulillah mendidik anak adalah satu kebahagiaan apatah lagi jika hasilnya semakin hari semakin membuahkan hasil
PuteraOhtraBulan PuteraOhtraBulan September 20, 2014
Satu ilmu kemahiran ibubapa yang baik.Anak2x kawan semua dibawah 6 tahun lagi.Tp tuan kadang2x kita terpaksa melakukan mcm rotan atau terpaksa marah.Walau apapun saya akan terangkan pada mereka terlebih dahulu apa yang telah mereka lakukan.:)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 20, 2014
Anak-anak yang boleh dirotan adalah anak-anak yang berumur lebih dari 6 tahun ... :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 20, 2014
Carilah jodoh. Nabi Adam pun pergi mencari Hawa bila diturunkan ke dunia.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.