20 Mei 2014

Pengasas Produk Ephyra Berhijrah

Pengasas produk Ephyra Puan Amiza Amiruddin kini sudah berhijrah. Alhamdulillah. Satu perubahan yang sangat disukai ramai. Puan Amiza Amirudin adalah pemilik bisnes berkembang maju Oceanlife, dengan produk Ephyra menjadi produk tunjang utama yang telah memberikan satu fenomena tersendiri dalam dunia produk kesihatan.

Pengasas Produk Ephyra Kini Bertudung

Puan Amiza kini sudah bertudung.

Sebenarnya niat pengasas Ephyra ini sudah lama bertaut di hati beliau.

Saya perasan bahawa Puan Amiza sudah mula berjinak-jinak mengenai tudung menutupi rambut sejak awal Mei 2014. Ramai yang memuji kecantikan yang makin terserlah pada wajah dan diri pemilik Oceanlife ini apabila beliau berkongsikan gambar memakai tudung di Instagram dan di Facebook peribadinya.
Foto cun Amiza Pengasas Oceanlife2u
Foto Pengasas Ephyra Bertudung
Foto Pengasas Ephyra Bertudung
Mungkin kerana berkat doa ramai terutama dari stokis, pengedar dan pengguna Ephyra itu sendiri yang akhirnya membuatkan Puan Amiza bertekad untuk terus bertudung. Satu perubahan positif yang ramai orang suka, dan sebagai seorang Muslim.

Hidayah Allah S.W.T boleh datang dalam berbagai bentuk. Ia takkan datang jika kita sendiri tidak mencarinya. Saya pasti, Puan Amiza juga mencari keredhaanNYA.
Foto Pengasas Ephyra Bertudung
Saya pertama kali bertemu dengan Puan Amiza Amiruddin, pengasas Oceanlife dan produk Ephyra semasa pertemuan blogger-blogger Malaysia dan nusantara di #SBB2014 (Sepetang Bersama Blogger 2014). Malah, saya telah diberikan peluang untuk menjadi pengedar menerusi program dropship yang ditawarkan oleh beliau sendiri.

Erkkk tapi... buat masa ini, saya masih lagi belum mahu menjual produk Epyhra lagi ehh .. tak mahu kejar sana sini, nanti kalau ada ... saya akan beritahu .. hehehe... apapun, terima kasih Puan Amiza kerana berikan peluang tersebut kepada saya.

Pengasas produk Ephyra bertudung, berhijrah ke satu yang lebih baik - Tahniah saya ucapkan. Dan semoga akan lebih ramai wanita bekerjaya mengikut langkah ini walaupun nanti akan ada yang berbisik sinis.

In Sha Allah, semoga diberikan kekuatan untuk terus berhijab dengan lebih sempurna.

Doakan yang terbaik.


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

23 Komen Pengasas Produk Ephyra Berhijrah

Alhamdulillah tahniah pada Puan Amiza :). Semoga penghijrahan ini mendapat keberkatan Allah insyaAllah. Semoga istiqomah Puan Amiza :))

alhmdullah atas semua kehendak sendiri..amin dgn khbar berita yg baik..semoga ada ramai yg akan ikut jejaknya..apa2 kerana allah swt

alhamdulillah.......rezki yg melimpah ruah semakin mendekatkan dirinya kepada Penciptanya......tahniah

Alhamdulllah... cantikkan kak amiza ni bertudung :)

Alhamdulillah..hati telah terbuka untuk berhijab

puan Amiza nampak lebih cantik bila bertudung!
waaa.. bila laa nak dapat consume ephyra nihh..

Mari kita sama-sama doakan yang terbaik buat Puan Amiza ...

Kan .. moga Allah akan menjaga beliau dengan kecantikan peribadi .. in Sha Allah.

:) dah join ke hari tu kan banyak giveaway?

Mari dokong dan sokong. In Sha Allah, akan dipermudahkan lagi rezeki yang baik lagi murah.

Alhamdulillah... moge istiqomah

My recent post : Header Buat Blogger Hanya Dihatiku

Alhamdulillah...bagus la kalau macam tu...nampak lebih manis dan cantik bila berhijab...:D

Alhamdulillah..cantik pn amiza..

Alhamdulillah dan tahniah buat beliau. semakin mengancam lah...heee.

Hi all!
Berminat nak mencuba Ephyra?

Beli Ephyra dengan HARGA PROMO (Muraaaahhh sangatt!!) beli banyak lagi MURAH!!

Seriously, grab this GREAT deal! Confirm tak menyesal!

Yours truly,
Izza (Pengedar Sah Ephyra)
0192198619
izza_grrl@hotmail.com

Ahamdulilah..semoga dirahmati.

syukur alhamdulillah...

assalamualaikum hh...alhamdullilah mmg terbaik..:)

Ramai usahawan wanita sudah berhijrah, termasuklah juga dengan selebriti terkenal cantik lawa.

Tak sangka saya jejak blog HH dari puan Amiza yang cute tu.


EmoticonEmoticon