Langkau ke kandungan utama

5 Tips Berjaya Untuk Usahawan Dropship

Dalam banyak-banyak bisnes, bisnes dropship adalah antara bisnes yang mempunyai risiko yang agak rendah. Kenapa? Sebab anda tidak perlu modal besar, tidak perlu simpan stok, tidak perlu urus penghantaran serta kos pengiklanan yang murah. Namun, bukan semua usahawan dropship itu berjaya. Untuk itu, saya kongsikan sedikit tips berjaya untuk usahawan dropship yang saya dapat menerusi penelitian dan juga pengalaman sebelum ini.

Ada beberapa perkara sebelum saya kongsikan tips untuk berjaya di dalam bisnes dropship ini. Pertama ialah kesungguhan dan iltizam. Bisnes dropship bukan bisnes main-main. Ia merupakan real bisnes yang melibatkan perhubungan anda dengan pembekal dan juga pelanggan. Keduanya, anda perlu ada produk yang bagus, dari segi kualiti dan permintaannya dalam pasaran. Ini bagusnya dropship, anda boleh jana keuntungan dari produk yang memang dah laris.

Ketiganya ialah .... apabila sebut pasal real bisnes, anda perlukan ilmu yang mantap untuk berjaya. Tanpa ilmu .. anda mungkin akan gagal dalam bisnes ini walaupun produk anda tu adalah produk yang paling best semesta alam. Got it?

5 Tips Berjaya Untuk Usahawan Dropship

Tips berjaya untuk usahawan dropship
Orait, sekarang bagaimana untuk berjaya sebagai seorang usahawan dropship ini? Mari lihat beberapa tips di bawah, dan cuba bandingkan dengan apa yang telah anda lakukan selama berada di dalam bisnes yang boleh menjana keuntungan berlipat-kali ganda ini?

Senarai Pembekal

Ini merupakan part paling penting bagi memastikan anda dapat memberikan servis jual beli yang efisien dan terbaik. Pernah baca pasal luahan pembeli di Lazada yang pernah saya tulis tak? Lihat bagaimana ramai pelanggan yang kecewa hanya kerana Lazada tidak berjaya melunaskan janji - barang lambat sampai seperti dijanjikan, stok tidak ada dan barang yang dijual tidak sama dengan apa yang diterima. Puncanya ialah pembekal barangan itu terhad. Itu sebab Lazada sekarang membuka pintunya untuk peniaga dan syarikat lain untuk menjual di platformnya. Setidaknya, ia akan berikan pilihan kepada bakal pembeli dan pelanggan.

Itulah antara sebab bisnes dropship saya sebelum ini menemui kegagalan. Puncanya ialah satu-satunya pembekal bisnes dropship saya tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan. Pelanggan kecewa, lalu tidak lagi meneruskan urusniaga dengan saya. Rugi? Tidak juga .. cuma sedih melihat bisnes tersebut tidak dapat diteruskan.

Maka, penting sekali seorang usahawan dropship memiliki sumber senarai pembekal yang mantap. Kena pastikan kualiti produk itu sama, dengan syarat harga yang diberikan pembekal masih mampu untuk menjana keuntungan buat anda.

Memilih Pembekal

Anda ada 100 senarai pembekal untuk produk yang anda jual menerusi dropship - tetapi daripada 100 itu, akan ada hanya 10-20 sahaja yang boleh anda harapkan. Percayalah, ia berlaku kepada saya sebelum ini. Anda mungkin tidak tahu, ada pembekal yang menjadi pembekal daripada pembekal yang mendapatkan produk terus dari kilang. Ini bermakna mereka bukan tahap top level jadi pembekal, mereka sebenarnya bergantung dengan pembekal lain untuk membekalkan produk kepada usahawan dropship seperti anda.

Ini satu masalah ... jika kilang tak dapat tunaikan permintaan, pembekal A akan bermasalah, dan seterusnya pembekal B yang dapatkan produk daripada pembekal A pula bermasalah .. dan langsung kepada anda. Tingkatan masalah ini akan mengambil masa, dan masa itu adalah lubuk keuntungan untuk usahawan dropship. Gagal dalam soal masa, maka akan gagallah bisnes dropship tersebut.
Tips Berjaya Untuk Usahawan Dropship
Anda perlu memilih pembekal yang boleh dipercayai, dan boleh diharapkan. Paling penting anda perlu mendapatkan pembekal yang mendapatkan produk terus dari kilang. Lagi.. lagi bagus ialah anda sendiri mendapatkan produk tersebut dari kilang. Harga yang bakal anda dapat tentulah berkali ganda lebih murah, dan anda boleh buat keuntungan dengan margin yang tinggi!

Tips Pilih Pembekal Untuk Berjaya Sebagai Usahawan Dropship

Beberapa tips untuk pilih pembekal - lihat samada pembekal kenakan kos penghantaran, lihat respon kepada setiap pertanyaan anda kepada pembekal terbabit, uji pengetahuan pembekal tentang produk yang dijual, bandingkan kualiti produk antara pembekal.

Platform Menjual

Ada usahawan yang fikir, jika menjual menerusi pelbagai platform, maka boleh dapat jualan yang banyak. Ini semua mitos, melainkan anda merupakan usahawan yang sudah ada ramai staff, dan setiap staff itu uruskan platform menjual yang berlainan. Jangan tamak.

Saya nasihatkan anda untuk menjual menerusi satu platform yang benar-benar boleh memberikan jualan tinggi. Bina kredibiliti anda sebagai usahawan menerusi platform tersebut. Bila anda sudah dipercayai, maka sangat mudah untuk anda menjual produk anda. Kutip testimoni daripada setiap pelanggan yang telah membeli daripada anda menerusi platfrom tersebut, dan naikkan ranking anda sebagai penjual. Cara inilah yang dilakukan oleh Lazada, Zalora dan banyak lagi laman web e-commerce untuk mendapatkan jualan yang mudah.

Carilah satu platform yang boleh memberikan seribu satu kelebihan untuk bisnes dropship anda, contohnya seperti platform Shopify. Dalam Shopify, anda boleh ada sistem shopping-cart, sistem autoresponder, sistem data pembeli, boleh digunakan untuk telefon mudah alih, boleh pantau urusniaga dengan mudah dan macam-macam lagi. Mengapa cari yang lain? Shopify kan ada? Boleh daftar kursus online untuk bisnes dropship dalam Shopify di sini - Kursus Online Shopievo
Platform e-commerce Shopify untuk bisnes dropship pasaran antarabangsa
Bukan saya tidak galakkan anda menjual menerusi Facebook, Instagram dan sebagainya; tetapi alangkah bagus jika ada platform yang boleh menyediakan kedai online anda dengan segala keperluan lengkap? Takkan asyik nak tengok PM dan WhatsApp kan? Sistem automatik dah ada, baik gunakan dengan sebaiknya. Masa yang sebelum ini diperuntukkan untuk jawab PM dan WhatsApp bakal pelanggan yang belum tentu membeli, boleh digunakan untuk pengiklanan dan mendalami teknik pemasaran online. Seperti saya katakan di awal tadi, masa itu adalah lubuk keuntungan untuk usahawan dropship.

Teknik Promosi, Pemasaran dan Pengiklanan

Anda sudah ada produk bagus yang anda dapat dari pembekal terbaik, kemudian ... anda ada platform jualan yang dah canggih .. tapi masalahnya sekarang ialah cara nak perkenalkan bisnes dan produk anda. Apa guna ada produk bagus, sistem jualan terbaik tetapi tak ada sapa pun tahu tentangnya. Maka, pentinglah anda melakukan promosi dan pengiklanan.

Salah satu tempat yang bagus untuk mengiklan ialah menerusi Facebook Ads (FBAds). Kenapa? Sebab ia bersifat personal. Nama pun laman sosial ... jadi, ia merupakan lubuk bakal pelanggan dan bakal pembeli produk dropship anda. Anda boleh gunakan data dalam laman sosial yang bersifat personal ini untuk target iklan kepada mereka.

Ada kata kos pengiklanan menerusi FBAds mahal. Ya memang betul. Tapi bagaimana pula ada usahawan online lain gunakan teknik sama dengan kos yang murah? Jadi anda perlu ilmu pemasaran ini supaya dapat perkenalkan produk dan bisnes anda. Cuba lihat bukti di bawah .. 
Cara dapatkan kos iklan murah di Facebook
Uhh .. ini ilmu premium. Saya sendiri pun tak tahu cara nak cerita. Saya pernah gunakan FBAds untuk promosi page saya ... sekadar nak praktikkan ilmu yang telah saya belajar. Alhamdulillah, ada kesan positif yang saya dapat dengan kos bawah RM25. Teknik promosi ini anda perlu belajar dengan betul. Kalau tak ia akan makan kos yang mungkin akan merugikan anda.

Nak belajar cara ditunjukkan di atas? Boleh rujuk sini - Kursus Untuk Dropship USD

Luaskan Pasaran

Jangan takut untuk luaskan pasaran anda. Daripada anda jual produk dalam pasaran tempatan, apakata anda luaskan pasaran ke peringkat antarabangsa? Dari 1000 bakal pelanggan berpotensi .. mengapa tidak mendapatkan 100,000 bakal pelanggan?

Anda harus yakin dengan produk yang anda jual. Anda perlu mengambil inisiatif untuk kembangkan bisnes. Ia juga salah satu cara untuk bersaing dengan usahawan lain. Usahawan lain dah 'pegang' pasaran Malaysia, mengapa tidak anda pegang pula pasaran antarabangsa. Usahawan lain untung dalam MYR, anda untung dalam USD atau Yen, atau Canadian Dollar ... ikut suka mana lebih untung... tak ke best? Mereka jual 100 untuk untung MYR100 .. anda jual 10 untuk untung USD100 <-- tak best lagi ke?

Orait. Rasanya 5 tips ini sudah cukup bagus untuk anda tahu cara nak berjaya dalam bisnes dropship ini. Semua tips ini saya kongsikan setelah menelaah apa yang terkandung di dalam kursus online Shopievo secara kasar .. nak detail, anda kena daftar kursus ini.

Daftar sini - Kursus Shopievo dan lihat testimonial seperti ini di laman tersebut. Di bawah ini hanya salah satu..... Kursus ini akan ajar dan tunjukkan dalam bentuk video semua perkara yang saya sebutkan di atas tadi. Nak berjaya atau tidak?
Tips Berjaya Untuk Usahawan Dropship
Moga ada manfaatnya untuk anda. Bertindak untuk berubah, bertindak untuk capai kejayaan. Anda diberikan pilihan, maka buatlah pilihan. Sertai group khas yang disediakan untuk bantu usahawan dropship seperti anda menerusi kursus online Shopievo ni.

Daftar kursus ini sebelum ianya ditutup. Daftar menerusi pautan di bawah ini:

[+] Daftar sekarang - Kursus Shopievo

Semoga berjaya.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. boleh try beli ni..macam bagus je kursus ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli skrang ada tawaran diskaun 20% untuk kursus Shopievo

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…