Shopify - Cara Efisen Menjual Produk Dropship ke Pasaran Antarabangsa

Pernahkah anda terfikir untuk menjual produk fizikal dropship anda ke luar negara? Tahukah anda bahawa anda boleh mendapat keuntungan berlipat kali ganda dengan hanya menukarkan tag harga produk anda dari RM30 menjadi USD30? Jika anda mempunyai impian untuk menjana pendapatan dalam USD, maka seharusnya anda baca entri ini ... kerana saya akan tunjukkan satu panduan untuk anda menjual produk dropship anda ke pasaran antarabangsa, dan mengubah pendapatan anda dari MYR menjadi USD!

Sebelum ini, ramai usahawan online di Malaysia menggunakan platform Ebay, Lelong, Amazon, Lazada, Alibaba dan sebagainya untuk menjual produk dropship ke pasaran luar. Tetapi sekarang, sudah ada platform yang lebih baik dan lebih efisien dinamakan Shopify. Mungkin ada di antara anda yang sudah biasa dengan Shopify ini. Dan mungkin ada di antara anda, terutama sekali newbie yang tidak tahu langsung mengenai kewujudan platform Shopify ini.

Shopify - Cara Efisien Menjual Produk Dropship ke Pasaran Antarabangsa

Shopify adalah merupakan platfrom e-commerce yang semakin popular sekarang. Ini adalah disebabkan ianya dicipta untuk lebih fokus dan mesra pengguna. Malah, ia mudah buat mereka yang pertama kali mahu membangunkan sebuah laman e-commerce sendiri. Shopify tidak memerlukan kemahiran programming yang tinggi.

Mengapa Shopify lebih baik? Tentu ramai yang nak tahu apa kelebihan platform e-commerce ini berbanding yang lain seperti Ebay, Amazaon, Lazada, Alibaba, Lelong dan lain-lain. Jadi, saya akan terangkan secara ringkas bersandarkan kepada pengetahuan am yang saya peroleh.

Kelebihan Menjual Dropship Menerusi Shopify

Shopify Mudah dan Jimat Masa

Andai sebelum ini anda terbiasa dengan sistem yang memerlukan masa untuk berhadapan dengan bakal pembeli, maka menerusi Shopify ia berjalan secara auto. Anda tidak perlu lagi deal menukarkan prospek kepada pelanggan dengan SMS atau WhatsApp malah semua maklumat, penerangan dan juga review produk telah tersedia dalam Shopify.

Anda jimat masa untuk balas SMS, WhatsApp serta PM menerusi Facebook. Malah, anda tidak lagi berhadapan dengan kekecewaan bila yang SMS, WhatsApp dan PM tidak berbalas dan senyap begitu sahaja.

Tidak Stress Untuk Urus Stok

Ada di kalangan peniaga online Dropship yang kurang cekap untuk menguruskan stok. Apabila stok terlalu banyak dan memenuhi inventori, maka mula pening kepala dan rasa stress. Menerusi Shopify, anda boleh kurangkan stress ini kerana sistem yang akan uruskan inventori stok produk. Tidak ada lagi masalah kekurangan stok, tiada masalah produk tersalah hantar dan sebagainya.

Menerusi sistem yang ada dalam Shopify, anda boleh tetapkan jumlah stok yang masuk dan keluar dengan lebih efisien. Sistem akan merekodkan segalanya buat anda. Dah tak perlu pening kepala, tak perlu terlalu stress bagi mengurus stok produk dropship yang anda usahakan.

Kurangkan Kos Tenaga Kerja

Ada usahawan yang seronok mendapat tempahan produk yang sangat banyak, tetapi kurang seronok apabila bermasalah untuk menguruskan tempahan yang ada. Jadi, terpaksa menggaji staff atau kakitangan tambahan untuk bantu. Kos tenaga kerja menjadi tinggi semata untuk melipat-gandakan jualan produk.

Menerusi Shopify, kos ini dapat dikurangkan. Malah, anda hampir tidak memerlukan staff yang ramai kerana sistem e-commerce yang ada akan menguruskannya untuk anda.

Pasaran Lebih Luas

Anda bukan sahaja dapat menggunakan sistem ini untuk pasaran tempatan, malah anda boleh perluaskan hingga ke luar negara. Menerusi Shopify, impian anda untuk memasarkan produk dropship anda ke pasaran antarabangsa dipermudahkan.

Ramai yang risau soal kastam, soal kos penghantaran, kos cukai dan lain-lain lagi sehingga takut untuk menjual produk ke pasaran antarabangsa. Malah, ramai yang tidak tahu cara untuk mendapatkan pelanggan dari luar negara. Dengan sistem e-commerce, apa yang perlu usahawan dropship lakukan adalah menyediakan maklumat dalam bahasa Inggeris sahaja.
Tahukah anda, 3 orang jejaka jual produk dropship menggunakan sistem ini berjaya buat jualan sehingga RM 413,000 ke pasaran antarabangsa tanpa simpan stok pun. Malah, lebih menarik, mereka tidak keluarkan sesen kos pun untuk beli produk dropship dari supplier! Baca kisah mereka di sini - Kehebatan 3 Jejaka Buat Untung Jual Produk Drophship ke Luar Negara

Tingkatkan Kredibiliti dan Kepercayaan

Anda ada kelas tersendiri apabila melakukan bisnes online menjual produk dropship menggunakan sistem ini. Tiada lagi nak guna SMS, WhatsApp atau PM .. PM tepi di laman sosial. Anda nampak profesional dengan sistem yang kemas, jitu, efisien dan berkeyakinan. Ia akan meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan. Dan mana tahu, hanya dengan sistem Shopify ini, akan memudahkan pelanggan sedia ada memberitahu kawan-kawan mereka yang lain.... nah promosi dan pengiklanan percuma yang lebih dipercayai hanya kerana sistem e-commerce ini.

Kadang, ada usahawan lain yang jual produk yang sama ... tetapi masih gunakan sistem yang lambat dan kurang efisien; memberikan kelebihan kepada anda untuk ambil perhatian pelanggan mereka untuk beralih kepada kedai online anda.

Shopify Mesra SEO

Ini sesuatu yang menarik untuk saya beritahu anda. Sistem e-commerce yang ada di dalam Shopify ini adalah mesra SEO. Ini bermakna, anda boleh mendapat pelanggan baru hanya menerusi pencarian maklumat menerusi enjin carian seperti Google. Hanya pelanggan yang benar-benar mahukan produk tersebut sahaja yang akan melihat kepada Shopify milik anda.
[Klik] Kursus Shopify - Shopify Evolution (Shopievo)

Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan yang ada dalam sistem e-commerce Shopify ini. Menerusi sistem inilah yang membuatkan 3 jejaka dari Malaysia berjaya memasarkan produk dropship mereka sehingga mendapat keuntungan menakjubkan dalam masa 2 bulan.

Saya bukan usahawan online dropship, tetapi saya tidak menidakkan fakta bahawa saya pernah menjual produk secara dropship. Jadi letih lesu dalam menguruskan jualan dropship sedikit sebanyak ada di dalam pengalaman singkat saya.

Shopify telah dibuktikan dapat membantu usahawan dropship Malaysia menembusi pasaran antarabangsa dengan cara yang lebih baik, lebih efisien dan lebih fokus. Mengapa menggunakan sistem lama sedangkan sudah ada teknologi baru yang menyenangkan cara. Apatah lagi ia bantu melipat-gandakan keuntungan.

Berminat nak dapatkan Shopify, mengetahui langkah demi langkah untuk jana pendapatan dan keuntungan dropship dalam USD? Maka, anda boleh klik pada pautan di bawah ini untuk maklumat yang terperinci:
[Klik] Kursus Shopify - Shopify Evolution (Shopievo)
Dan di bawah ini adalah bukti yang telah dikongsikan kepada saya oleh seseorang yang telah mengikuti Shopievo dan menggunakan sistem e-commerce Shopify. Ini mungkin jualan milik anda.
Update, lihat lagi bukti daripada seorang usahawan dropship yang berjaya buat duit USD setelah diperkenalkan dengan kursus online Shopievo. Hanya ikut sahaja panduan dalam bentuk video, langkah-langkah semua ditunjukkan ...  dan hasilnya ...
Jadi, apa tunggu lagi, peluang untuk sertai kursus ini terhad sebelum akses ditutup. Harga telahpun naik beberapa hari lalu, dan dijangka akan naik lagi sebelum tutup untuk akses. Nak tunggu harga pendaftaran makin naik?
[Klik] Kursus Shopify - Shopify Evolution (Shopievo)

2 comments.. read them below or add one

Trendslink Blog Trendslink Blog March 22, 2016
Wahh. Tak sangka pulak shopify boleh buat dropship. Kalau macam tu pelanggan kena jugak bayar shipping fee yang agak mahal. ke ada cara lain nak buat dropshipping oversea.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan March 22, 2016
Mungkin kursus Shopievo boleh bantu selesaikan masalah tu. :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.