Negative thinking dalam berbisnes. Ada rakan online influencer yang telah kongsikan satu pendapat yang agak kontra dengan apa yang saya fahami sebelum ini. Bagus untuk difikirkan bersama terutama untuk mereka yang ada bisnes. Bukan apa, sejak dua menjak ni .. macam-macam cerita pasal usahawan Malaysia. Banyak video viral sana sini, masuk akhbar .. masuk berita. Fuh .. memang panas.

Negative thinking bagus untuk bisnes! Itu adalah pendapat yang telah diluahkan oleh seorang online influencer bernama Brado Kapak yang penuh misteri. Kenal siapa beliau? Kalau anda seorang pembaca blog dan pencari maklumat mengenai isu-isu yang kontroversi, mungkin biasa dengan nama Brado Kapak ni.

Negative Thinking Bagus Dalam Berbisnes

Negative Thinking Bagus Dalam Berbisnes
Berikut adalah hasil perkongsian oleh Brado Kapak di Facebook, mari sama baca.
====
Di dalam konteks orang berniaga, kita tidak semestinya kena sentiasa berperasangka baik dengan semua orang. Kita akan menjadi bodoh sekiranya terus-terusan berpositive thinking sepanjang masa.

Adakalanya negative thinking harus digunapakai di dalam berbisnes. Negative thinking ini lah yang akan menyelamatkan kita daripada terjerumus ke lembah penipuan, ujub, takbur dan bodoh sombong. Lihat sahaja positive thinking para peserta skim-skim cepat kaya yang biasanya membunuh diri mereka sendiri. Lihat sahaja positive thinking orang yang terlalu cepat percaya dengan cerita-cerita hype tidak berbukti, mereka akan selesa di zon khayalan sendiri.

Begitu juga dengan orang yang sudah berjaya atau sedang menempa kejayaan.

Tanpa negative thinking, mereka terlalu selesa sehingga mereka lupa dunia bisnes sebenarnya kejam, zalim, dan seram lagi menakutkan. Realitinya, mereka sedang mencalarbalarkan dan melukakan diri mereka sendiri.
Bagaimana negative thinking boleh menyelamatkan kita disaat kita sedang menempa nama naik di persada bisnes?

Sentiasa berwaspada dengan sesiapa sahaja yang datang menawarkan projek-projek baharu dan menyelidik asal muasal setiap pekerja, investor, partnership dan client kita. Tidak mudah terpengaruh dengan cakap-cakap orang tentang indahnya sesebuah pilihan bisnes yang bakal kita lakukan.

Begitu juga dalam mengurus hal-hal di pejabat. Adakalanya kita harus berwaspada dengan orang-orang yang datang dan pergi. Adakalanya kita harus berwaspada dengan setiap yang bersama dengan kita. Bukan bermakna hilang kepercayaan, tetapi menyelidik adakah ada tanda-tanda orang berlaku hasad, dengki dan sihir terhadap kita?

Di dalam kehidupan serba moden ini, ilmu-ilmu silam masih tidak dilupakan. Ada yang menggunakan untuk tujuan kebaikan dan ada yang menyalahgunakannya. Tatkala kita menolak sesuatu tawaran daripada sesiapa atau mengambil enteng dengan seseorang, mungkin ketika itu bermula satu titik perubahan yang bakal menjatuhkan kita. Kita tidak tahu tahap ilmu setiap orang yang kita temui dalam hidup kita.

Dengan bernegative thinking, akan menyelamatkan kita disaat-saat genting. Negative thinking di sini bermaksud tanggapan-tanggapan negatif yang kita lontarkan terhadap sesuatu isu dengan professional. Kita akan bijak mengatur strategi baharu dan mengelak dengan orang-orang yang berlaku khianat, hasad, dan jahat.

Semoga dengan senantiasa berwaspada kita akan diselamatkan daripada terjatuh ke dalam lembah kebinasaan yang berulang.

Kongsikan nasihat bisnes yang saya nukilkan ini agar kita semua dijauhkan dari orang yang berlaku khianat, hasad dan jahat.

Semoga kita di rahmati di dalam setiap perbuatan kita.

- bk
4 April 2016.

====

Jadi, apa pandangan anda tentang topik negative thinking bagus untuk bisnes ini? Betulkah apa yang dikatakan oleh Brado Kapak dalam post status di Facebooknya ini?

Mahu ikuti pandangan lain yang agak kontra, boleh follow Brado Kapak di sini - FB Brado Kapak


4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ada baiknya juga.,..buat kita fikir kesan yang mungkin berlaku dan lebih berhati-hati terhadap skim,produk atau peluang perniagaan yang kadangkala "too good to be true" =)

    ReplyDelete
  2. Ye betul, penting juga kita Negative thinking, sebab biasanya dalam bisnes akan datang yang baik dan yang buruk.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement