Langkau ke kandungan utama

Resepi Kerang Rebus Pilihan Sekeluarga

Resepi Kerang Rebus Pilihan Sekeluarga. Apabila nak cepat dan mudah menyediakan menu tengahari, saya akan lihat menu-menu masakan atau resepi yang tidak menggunakan banyak bahan, dan tidak menggunakan minyak. Dan antara pilihan utama nak sediakan menu makan tengahari yang simple, mudah, sempoi dan cepat ialah dengan menyediakan Kerang Rebus.

Resepi Kerang Rebus saya simple je. Kalau saya masak Kerang Rebus yang merupakan antara pilihan dan kegemaran anak-anak saya, saya akan rebus kerang sampai betul-betul masak. Anak-anak saya tidak berapa suka kalau kerang yang saya rebus masih lagi berlendir atau lembik.

Pertama sekali untuk menyediakan resepi Kerang Rebus pilihan sekeluarga ini, kerang yang dibeli mestilah dibasuh dengan sebersih-bersihnya. Kerang di Parit Buntar agak mudah diperoleh, dan harga yang dijual di pasar boleh dikatakan murah. Saya beli kerang yang bersaiz sederhana dari Pasar Parit Buntar dengan harga RM4.00 sekilogram... amacam? Murah tak? Kalau saiz kecil, dalam RM2:50 sekilogram.

Resepi Kerang Rebus Pilihan Sekeluarga

Resepi Kerang Rebus Pilihan Sekeluarga

Bahan-Bahan

  1. Kerang sekilogram
  2. 1 labu Bawang Besar
  3. 2 ulas Bawang Putih
  4. Seinci Halia tua
  5. Cili Kering
  6. Sebatang serai diketuk

Cara Menyediakan Kerang Rebus Pilihan Sekeluarga

Cara membuatnya amatlah mudah, anak dara sunti umur 13 tahun pun boleh masak Kerang Rebus....hoho. Setelah kerang dibasuh dan dibersihkan, anda perlulah tos kerang tersebut.

Isi periuk dengan suku air, dan masukkan kerang ke dalam periuk. Biarkan ia mendidih. Apabila air dalam periuk yang berisi kerang sudah mendidih, masukkan Bawang Besar yang telah dipotong kasar, bawang putih dan juga hirisan Halia. Masukkan juga beberapa biji Cili Kering dan sebatang Serai yang telah diketuk.

Kacau kerang dalam periuk setiap 2-3 minit supaya semua kerang masak sempurna.

Jika anda suka kerang yang kenyal, rebus kerang dengan agak lama sebelum memasukkan bahan-bahan lain. Kalau suka kerang yang lembut-lembut sikit, dengan ada air jus bila kopek kerang, maka bolehlah rebus dalam masa 15-20 minit sahaja.

[Baca] Kerang Rebus Istimewa Warung Man Udang Lipan

Sedap dimakan bersama cicah potongan cili api/cabai burung dengan kicap serta air asam jawa. Boleh juga dicicah bersama budu bilis yang ditambah air limau. Siap. Mudah kan?
Resepi Kerang Rebus Pilihan Sekeluarga
Perghh sedapppp tu. Terliur dibuatnya ... hehehe.

Oh ya, lupa nak beritahu. Di Parit Buntar, menu hidangan Kerang Rebus memang popular malah menjadi antara snek kegemaran setiap kali datang bulan Ramadhan. Ia jadi satu fenomena setiap tahun, dimana puluhan gerai menyediakan menu yang sama iaitu Kerang Rebus cicah dengan kuah kacang.

Hebatnya penangan Kerang Rebus ketika Ramadhan ini, sehingga Parit Buntar dikenali dan diberikan paparan dalam akhbar utama serta rancangan Majalah Tiga.



Komen

  1. sedapnya kerang rebus...mana dapat besar2 macam ni...kat pasar sekarang kecik halus je...

    BalasPadam
  2. ramai orang cakap kerang rebus ni 'nikmat' sangat.syirah pun xtahu apa yg nikmatnya sbb mmg xblh nak telan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Jualan Big Baby Fair - Diskaun 80% Pelbagai Jenama Terkemuka

Jualan Big Baby Fair - Diskaun sehingga 80% pelbagai jenama terkemuka. Wow .. tawaran cukup menarik yang sememangnya mendapat perhatian saya. Dengan penantian kelahiran baby baru, saya anggap kempen jualan Big Baby Fair ini bagai 'pucuk dicita ulam mendatang'.

Saya juga pasti, para ibu bapa yang mempunyai anak kecil akan tertarik dengan pelbagai tawaran menarik dan diskaun yang diberikan oleh Lazada - salah satu gedung beli-belah online yang popular dan terbesar di rantau ini.
Big Baby Fair oleh Lazada Malaysia - Peluang Jimat Banyak Untuk Produk Bayi Sebagai seorang bapa yang setuju dengan gaya hidup yang mementingkan penjimatan dan perbelanjaan secara berhemah, saya sangat mengalu-alukan kempen ini. Anda bagaimana? Takkan tak teruja kot?

Dengan peningkatan kos sara hidup, anda sewajarnya merancang dengan lebih baik dalam membuat sebarang pembelian. Saya dapat lihat matlamat ini cuba dijayakan oleh Lazada menerusi kempen ini. Ia satu kempen menarik dari Lazada khas buat ibu b…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Tukar Password Streamyx dan TM WiFi Secara Online

Cara tukar password Streamyx dan Wifi secara online. Saya sebenarnya dah lama nak kongsikan mengenai tatacara untuk tukar kata laluan (password) streamyx serta TM Wifi secara online. Sebelum ini, saya tercari juga tutorial mengenai cara nak gantikan password lama servis internet Streamyx ini, tapi susah nak jumpa. Jadi, untuk memudahkan saya di kemudian hari, maka saya sediakan panduan ringkas ini. In Sha Allah, ia mungkin berguna untuk panduan rakan-rakan pengunjung dan pembaca budiman yang lain.

Mengapa perlu tukar? Selalunya saya akan tukar password Streamyx dan TM Wifi apabila saya merasakan ada seseorang sudah tahu kata laluan yang saya gunakan untuk akses internet menerusi akaun Streamyx, sama juga dengan TM Wifi. Ia juga adalah langkah saya untuk had capaian internet untuk anak-anak saya apabila nampak lambang TM Wifi yang disediakan di sesetengah lokasi. Al maklumlah, anak-anak sekarang dah pandai guna gajet sendiri. Bila tahu ada lokasi akses TM Wifi, mulalah mereka berdampin…