Kerang Rebus Pak Mat Parit Buntar Memang Lejen

Warung kerang rebus Pak Mat memang lejen di Parit Buntar. Saya sejak dari bujang dah makan kerang rebus Pak Mat yang ketika itu beroperasi bersebelahan dengan Hospital Daerah Parit Buntar. Ketika itu, orang bujang memang suka melayan kerang rebus di warung Pak Mat ... ada 'bunga-bunga' cantik yang mengambil order dan hidangkan menu .. huhu...

Saya dah berkahwin lebih 10 tahun, dan warung Pak Mat menjual kerang rebus setiap kali Ramadan masih lagi wujud. Cuma bezanya ialah lokasi. Jika dulu, warung Pak Mat menjual kerang rebus cicah kuah kacang bersebelahan dengan Hospital Parit Buntar, tapi kini sudah berpindah ke satu lokasi di Pekan Lama Parit Buntar. Kalau orang lama Parit Buntar, lokasi Warung Pak Mat sekrang dikenali sebagai Pasar Lama.

Kerang Rebus Pak Mat Parit Buntar Memang Lejen

Kerang Rebus Pak Mat Parit Buntar Memang Lejen
Dulu, saya melayan Kerang Rebus Pak Mat RM1.00 sepinggan, dengan disusuli Laksa Utara dengan harga yang sama - siap ada telur rebus .. perghh memang best sungguh. Tapi kini, Kerang Rebus Pak Mat dah naik harga ... tak boleh nak dapat harga lama, disebabkan peredaran masa dan perubahan zaman, harga sepinggan Kerang Rebus Pak Mat sudah naik jadi RM3.00 sepinggan.
Kerang Rebus Pak Mat Parit Buntar Memang Lejen
Baru-baru ini, warung lejen ini saya kunjungi bersama dua anak saya. Orang tak berapa ramai sebab pergi sebelum Isyak dan sebelum sholat Terawikh. Kalau pergi lepas Terawikh, memang susah nak dapatkan tempat duduk. Al maklumlah .. kan saya kata Warung Kerang Rebus Pak Mat - warung lejen!

Isteri dan anak sulong tak turut serta... sebab dah pernah pergi sebelum ini. Ketika itu, saya tak dapat merasa Kerang Rebus Pak Mat sebab sedang teruja nak mencuba satu lagi warung jual menu yang sama - Warung Kerang T Daud; yang letakkan berhampiran dengan Kampung Melaka.

10 Tahun Kekal Tetap Dengan Menu Yang Sama!

Warung Pak Mat dianggap lejen sebab dah beberapa kali masuk TV, masuk paper .. kalau nak tahu, boleh singgah dan baca segala macam tempelan dan keratan akhbar Pak Mat papar di kaunter bayaran warung. Uhh lejen la .. dari saya bujang dah ada anak tiga still lagi wujud dan jual benda yang sama setiap kali Ramadan!
Kerang Rebus Pak Mat Parit Buntar Memang Lejen
Kerang Rebus Pak Mat Parit Buntar Memang Lejen

Rasa Kerang Rebus Pak Mat masih sama, kuah kacang masih lagi antara paling best di antara banyak warung-warung jual Kerang Rebus di Parit Buntar setiap kali Ramadhan. Kali ini, Pak Mat sediakan menu sampingan Bihun Sup, Mee Rebus dan Laksa sebagai tambahan untuk mereka yang mungkin datang dengan famili tetapi alergik dengan kerang-kerangan.

Anak-anak Pak Mat yang dulunya kerja di warung, semuanya dah besar, dah berkeluarga dengan masing-masing sudah dirahmati Allah S.W.T dengan anak-anak. Warung Pak Mat selalu ada orang, sebab Pak Mat selalu buat open table makan-makan percuma di hari-hari tertentu. Itu pasal ramai yang lepak warung Pak Mat, tak kira bangsa dan agama .. warung Pak Mat antara warung paling lejen di Parit Buntar! Semua senang dengan Pak Mat ... :)

Warung Kerang Rebus Pak Mat memang lejen di Parit Buntar. Tak perlu promosi pun orang pasti akan tuju ke warung ini. Dan apabila menjelang hari-hari terakhir bulan Ramadhan, warung Pak Mat pasti senak dan sendat .. uhh ...

5 comments.. read them below or add one

Julia Johari Julia Johari July 13, 2015
Ya Allah best yeeeee Bro HH...aummmmm sedap tgk kerang rebus tuh fuhhhh
Ayumieka Ayumieka July 13, 2015
Sedapnya kerang rebus... dapat makan memang tak ingat orang. tapi lepas tu azab la hidung ngan telinga... GATAL
Lyssa Faizureen Lyssa Faizureen July 13, 2015
keraaanggg laagii ??
bertambah2 lah darah HH ! hahah ... dappp nyee
Syamsid Dhuha Syamsid Dhuha July 13, 2015
Haha alamak . first mmg kenal sangat tempat ni time balik kampung second . Tetibe rinduuuu perakkkk . Haha

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.