Banglo RPP Cameron Highlands

Banglo Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highlands. Saya belek punya belek artikel di dalam blog ini, rupanya saya tak pernah lagi kongsi gambar RPP Cameron Highlands yang selalu saya ceritakan jika bercuti ke Cameron Highlands.

Cameron Highlands, Pahang adalah antara destinasi pilihan holiday getaway kami sekeluarga. Setiap tahun, kami pasti akan ke Cameron Highlands, dan tempat penginapan kami di sana selalunya ialah RPP Cameron Highlands. Tempahan RPP Cameron Highlands selalunya dibuat awal, paling kurang 3 bulan awal sebelum tarikh. Setiap hujung bulan, samada saya atau isteri yang akan masuk ke laman web tempahan RPP ini untuk melihat kekosongan yang ada.

Banglo RPP Cameron Highlands

Banglo RPP Cameron Highlands
Memang susah nak tempah penginapan di RPP Cameron Highlands ini, termasuklah unit banglo yang ada 3 unit di RPP Cameron Highlands; selalu sahaja penuh. Tempahan hanya boleh dilakukan di laman web Sistem Bersepadu BPH. Pernah juga cuba untuk walk-in selepas jam 3 petang, tetapi setakat ini percubaan tersebut tidak pernah lagi berjaya.

Setia Menginap Sejak 2010

Kami dah pernah tempah RPP Cameron Highlands ini sejak tahun 2010 lagi, dari tempah sebuah bilik dorm, kemudian apartment sehinggalah dapat merasai menginap di ketiga-tiga unit banglo yang ada di RPP Cameron Highlands. Semua kadar sewa di Rumah Peranginan Persekutuan memang berbaloi. Jika anda seorang kakitangan kerajaan, agensi kerajaan, atau pesara boleh menempah penginapan di sini. Malah, saya pernah tegur seorang cikgu yang menempah bilik dorm untuk anak murid sekolahnya bagi lawatan sambil belajar di Cameron Highlands.
Banglo RPP Cameron Highlands
Banglo RPP Cameron Highlands
Banglo RPP Cameron Highlands

Info Ringkas RPP Cameron Highlands

Bilik memang cukup luas, bermula dari RM50 semalam untuk unit bilik biasa hinggalah ke RM150 untuk sebuah banglo 3 bilik. Kalau dorm (asrama) yang boleh muat 30 orang, hanya bayar RM200 sahaja. Murah kan? Boleh lihat senarai kadar sewa RPP BPH di entri ini - Kadar Penginapan Rumah Peranginan (RPP) BPH

Banglo RPP Cameron Highlands ada 3 unit. Setiap satunya dilengkapi dengan dapur lengkap, dua ruang tamu, 3 bilik tidur dengan semuanya ada samada 1 katil besar atau 2 katil single atau 1 katil besar dan 1 single. Ada kemudahan TV satelit Astro, ada beranda, ada 4 bilik air dan hampir semua kelengkapan untuk keselesaan sebuah keluarga. Kemudahan WiFi percuma juga disediakan di semua kawasan.

Saya dan isteri pernah bawa 5 keluarga menginap bersama di RPP Cameron Highlands ini. Kadangkala kami bawa adik beradik, kadangkala sedara mara, kadang tu offer pada kawan-kawan SEMESTI, dan kami pernah ajak rakan-rakan sekolah rendah isteri saya dari Sabak Bernam untuk bercuti bersama.

Foto Terkini Banglo RPP Cameron Highlands

Di bawah ini adalah foto terkini yang saya ambil ketika menginap di sini akhir tahun 2014. Ada banyak lagi gambar RPP tapi saya tak tahu mana saya simpan, termasuklah buat sambutan hari jadi dengan hari keluarga.
Banglo RPP Cameron Highlands
Banglo RPP Cameron Highlands
Banglo RPP Cameron Highlands
Walaupun saya kata banglo ini luas dan selesa, tapi tak boleh nak lawan dengan Banglo RPP Bukit Fraser yang lebih luas dan lebih mewah. Kami dah 2 kali menempah di RPP Bukit Fraser untuk Hari Keluarga.

Lokasi Strategik

Lokasi banglo RPP Cameron Highlands ini best, ia berada di atas bukit. Jadi, tempat ni memang sejuk. Depan RPP ada Healthy Strawberry Farm yang anda boleh rasa aiskrim strawberry segar yang best. Ia juga tidak jauh dengan pekan Brinchang dan juga Tanah Rata - kiranya tengah-tengah antara kedua-dua pekan ini. Jadi, tak ada masalah nak dapatkan bekalan mentah kalau nak masak di banglo RPP.
Banglo RPP Cameron Highlands
Banglo RPP Cameron Highlands
Dari apa yang saya lihat, penginapan di RPP dari tahun ke tahun ada perubahan. Perubahan tu dari segi pengurusan, dan juga perabut yang ada di RPP. Nyata pihak BPH yang menguruskan Rumah Peranginan Persekutuan menjaga aset ini dengan baik. Alhamdulillah.

Dukacita Dengan Pegawai Gred U48 Ke Atas

Tetapi agak mendukacitakan apabila ada segelintir yang menyewa di sini tidak begitu prihatin sehingga menyebabkan beberapa peralatan hilang dan rosak. Paling mendukacitakan itu ialah ia melibatkan penghuni dengan taraf gred U48 - pegawai-pegawai besar.. sehingga menyebabkan pihak pengurusan perlu 'strict' dalam beberapa perkara.

Teguran ikhlas untuk mana-mana pegawai gred tinggi yang menginap atau bercadang menginap di RPP Cameron Highlands, tolong jaga kebersihan, serta kemudahan yang ada di RPP. Ia merupakan kemudahan yang dikhaskan untuk anda, jadi hargailah dan bersyukurlah bahawa ianya telah dikhaskan untuk anda.

In Sha Allah, jika umur kami panjang, dan ada kesempatan untuk tempah penginapan di RPP Cameron Highlands, mungkin saya akan ajak rakan-rakan blogger pembaca blog ini untuk sama merasai keselesaan di RPP Cameron Highlands. Ramai yang dah kami bawa ke sini, dan semuanya kagum!