Petik cendawan segar di S Corner, Cameron Highlands. Selalunya kalau ke Cameron Highlands, kita akan petik strawberry segar, atau daun teh segar. Tapi, pernah tak anda ke Cameron Highlands, pergi petik cendawan (mushroom) segar? Saya fikir tentu ramai tak tahu akan kewujudan tempat ni, yang saya rasa satu-satu tempat di Cameron Highlands yang ada jual cendawan organik segar yang boleh dipetik.

Biasanya cendawan banyak dijual di Pasar Malam Brinchang. Malah, ada yang dijual dalam bentuk Cendawan Goreng. Saya baru tahu, rupa-rupanya terdapat satu tempat di Cameron Highlands yang mengusahakan cendawan organik segar, dan anda boleh beli dan petik sendiri cendawan organik yang dijual.

Petik Mushroom Segar S Corner Cameron Highlands

Petik Mushroom Segar S Corner Cameron Highlands
S Corner Central Market ialah merupakan antara destinasi di Cameron Highlands yang menyediakan jualan fresh mushroom terus dari ladang. Anda boleh pergi ke S Corner Central Market yang terletak hanya 2km dari Brinchang. Senang je nak tahu tempat ni, ia terletak betul-betul di selekoh menuju ke Kea Farm. Anda pasti tak terlepas akan tempat ni.
Petik Mushroom Segar S Corner Cameron Highlands

Menjadi Transit Untuk ke Kea Farm

Di sini juga terletaknya sebuah cafe - Mualaf Tea House yang ada hidangan pastri yang sedap. Bukan itu sahaja, S Corner Central Market ada juga menjual cenderamata, strawberry dan sayur-sayuran segar Cameron Highlands. Saya sering singgah sini sebagai transit untuk ke Kea Farm dari arah Brinchang. Sambil lepak di Mualaf Tea House, sambil tengok kenderaan berpusu-pusu naik ke Kea Farm yang sering sahaja sesak terutama di hujung minggu.

Pelbagai Jenis Cendawan Organik S Corner

Ok. Satu tarikan yang ada di S Corner ini ialah adanya 'ladang' cendawan atau mushroom. Ada pelbagai jenis cendawan diternak di sini. Ada macam-macam warna yang selama ini tak pernah saya tahu, tak pernah saya tengok. Dan baru saya tahu, ada pelbagai jenis cendawan yang boleh dimakan.
Petik Mushroom Segar S Corner Cameron Highlands
Petik Mushroom Segar S Corner Cameron Highlands
Petik Mushroom Segar S Corner Cameron Highlands
Petik Mushroom Segar S Corner Cameron Highlands
Cendawan dijual dengan harga berpatutan. Ada yang telah siap dibungkus, dan ada yang menunggu untuk anda memetiknya. Kalau ada cadangan nak buat steamboat sendiri, boleh beli pelbagai jenis cendawan yang ada. Ada cendawan tiram, ada jenis macam taugeh tu, ada yang cendawan merah ... dan macam-macam yang saya tak tahu namanya... haha...

Jika anda ke Cameron Highlands, bolehlah singgah di S Corner dan terus pergi ke hujung bangunan .. di situlah terletaknya 'ladang' cendawan yang saya maksudkan.
Petik Mushroom Segar S Corner Cameron Highlands
Petik Mushroom Segar S Corner Cameron Highlands
Petik Mushroom Segar S Corner Cameron Highlands


Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement