Kenapa blogger Malaysia perlukan sebuah akaun Paypal? Paypal adalah merupakan salah satu cara untuk anda terima dan hantar wang secara online dari dan ke seluruh dunia. Ia sebuah perkhidmatan percuma yang disediakan kepada semua. Hanya sedikit caj dikenakan untuk urusan-urusan tertentu seperti pengeluaran wang terus ke akaun bank.

Saya sudah memiliki akaun Paypal sama lama dengan saya mempunyai blog peribadi. Malah, kalau ikutkan saya telah mempunyai akaun Paypal ini sejak sebelum adanya blogspot lagi. Memang dah tua akaun Paypal saya. Macam-macam transaksi telah saya lakukan menerusi akaun Paypal saya.

Kenapa Blogger Perlu Ada Akaun Paypal?

Kenapa Blogger Perlu Ada Akaun Paypal?
Antara transaksi yang telah saya lakukan di Paypal ialah:
  • Beli barang online dari laman web online store antarabangsa
  • Bayar untuk online shopping samada menggunakan 'tunai' mahupun kad kredit.
  • Beli ebook exclusive daripada pakar pemasaran online antarabangsa
  • Hadiri kursus online mengendali blog
  • Terima bonus wang daripada sumber antarabangsa
  • Terima dana (derma) daripada pengunjung blog (USD1 setiap klik).
  • Keluarkan wang dari Paypal ke akaun Maybank
  • Masukkan dana wang dari kad debit/kredit ke Paypal
  • Terima wang daripada pengiklan antarabangsa
  • Keluarkan invois untuk pengiklan
  • Dapatkan invois
  • Terima komisen affiliate jual produk antarabangsa
[Baca] Cara Buka Akaun Paypal Percuma

Namun, antara banyak-banyak transaksi tersebut, paling best adalah transaksi yang membolehkan saya buat duit online dari semua sumber. Dan semuanya dibayar menggunakan matawang USD. Bayangkan jika saya telah terima USD sejak sebelum matawang Ringgit turun nilai berbanding USD, bukankah berbaloi? 1USD yang saya terima pada tahun 2010 tak sama nilainya dengan 1USD di tahun 2015 berbanding ringgit. Nampak tak?

[Baca] Bagaimana Blogshop atau Kedai Online Terima Bayaran Kad Kredit Menerusi Paypal

Jadi, buat blogger Malaysia, anda perlu ada sebuah akaun personal Paypal. Jangan risau, pendaftaran adalah percuma. Jika anda mahu kembangkan kerjaya blogger anda, ataupun bisnes anda ... pastikan anda sudah memiliki sebuah akaun Paypal sendiri. Serius, ianya berbaloi untuk masa sekarang dan masa akan datang.

Trend dunia tanpa sempadan, jangan sampai anda ketinggalan.

p.s: Dengan adanya Paypal, anda boleh kemukakan charge servis penulisan artikel atau pengiklanan dalam USD. Ia lebih berbaloi, terutama untuk syarikat pengiklanan luar negara.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement