Strawberry Ice Cream Cameron Highlands

Strawberry Ice Cream Cameron Highlands. Siapa yang pergi ke Cameron Highlands, kalau tak merasa kesegaran ais krim buah Strawberry segar memang rugilah. Saya dan famili, kalau dapat peluang ke Cameron Highlands, memang akan melayan ais krim Strawberry ini.

Ada dua jenis ais krim Strawberry yang patut anda rasa. Yang pertama ialah aiskrim Malaysia perisa Strawberry segar, dan keduanya ialah aiskrim berperisa samada vanilla, coklat atau strawberry yang ditambah buah Strawberry segar.

Strawberry Ice Cream Cameron Highlands

Strawberry Ice Cream Cameron Highlands
Jika saya dan isteri berjaya tempah penginapan di Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands, memang kami akan mempelawa samada adik beradik, sanak saudara atau teman-teman terapat untuk bersama menghabiskan cuti weekend getaways di Cameron Hinghland.

Healthy Farm Strawberry

Setiap kali ke Cameron, setiap kali itulah kami akan bawa 'tetamu' ini untuk merasa kesedapan dan kesegaran aiskrim ini. Dan antara tempat paling syok ialah untuk layan aiskrim istimewa ini ialah di Healthy Strawberry Farm yang terletak betul-betul di hadapan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highlands ini.
Strawberry Ice Cream Cameron Highlands
Tak perlu nak naik kenderaan, jalan kaki je dari RPP ni .. tak sampai pun 5 minit.

Buah Strawberry di Healthy Strawberry Farm memang segar-segar. Selesai dipetik, boleh minta ia ditambah pada aiskrim. Kalau nak yang lagi rare dan lebih istimewa, kena rasa aiskrim Malaysia perisa Strawberry ... perghhh memang terasa kemanisan ditambah rasa masam.

Dan setiap kali nak turun dari Cameron Highlands, memang akan borong aiskrim Malaysia perisa buah Strawberry segar ni. Siap simpan dalam ice box yang dah siap dengan ice pack, dan selalunya tak sampai pun dua hari dalam peti ais di rumah ... aiskrim ni dah habis dimakan.
Strawberry Ice Cream Cameron Highlands
Strawberry Ice Cream Cameron Highlands
Heh .. macam pelik je kan... gi ke tempat sejuk tapi makan aiskrim ... haha.. tapi itulah antara tarikan makanan best yang ada di Cameron Highlands. Walaupun ada dijual di tempat lain, dan aiskrim Malaysia perisa Strawberry boleh dibuat sendiri, tapi feel makan di tempat peranginan seperti Cameron Highlands membuatkan ia istimewa.

Kalau ke Cameron Highlands, cubalah cari Healthy Strawberry Farm ini. Strawberry boleh petik sendiri, dan ada banyak pokok bunga segar yang cantik-cantik dijual di sini. Antara tempat yang digemari pelancong dari Singapore dan juga Arab.