Di lemma wanita, jadi cantik susah, terlebih cantik susah; kalau tak cantik ... erkk .. adeh. Kasihan pada golongan wanita ni. Dugaan fitnah pada mereka tak pernah terputus, ada sahaja yang tidak kena. Bila saya baca kisah-kisah wanita ni, terfikir .. susah betul menjadi wanita. Seperti satu kisah ni, yang saya petik dari keratan akhbar - wanita disaman kerana kelihatan cantik di hari perkahwinan.

Dilemma wanita seluruh dunia. Ada yang tak berapa nak cantik, cari jalan nak jadi cantik. Bila dah cantik, ada yang kena kutuk, ada yang kena fitnah, ada yang hidupnya jadi tak tentu hala. Bila tak cantik pun sama juga, dikata orang sana sini. Lagi-lagi dikaitkan dengan isu lain seperti 'bila nak kahwin' dan macam-macam.

Dah la dalam dilemma, lepas tu jadi mangsa penipuan pula. Benda ni bukan perkara baru, dari dahulu lagi dah berlaku. Zaman tanpa IT, tanpa internet juga berlaku perkara seperti ini, cuma dulu tak berapa nak nampak, tapi hari ini dengan dunia tanpa sempadan, kisah peribadi pun boleh jadi kisah satu dunia ...

Dilemma Wanita, Disaman Kerana Kelihatan Cantik

Dilemma Wanita, Disaman Kerana Kelihatan Cantik
Nah, wanita Algeria ini kena saman disebabkan dia kelihatan cantik di hari perkahwinan. Hebatnya kuasa mekap sampaikan dapat mengubah wajah seseorang. Paling best, statement lelaki tersebut ...

"He said he was deceived by her as she used to fill up her face with make-up before their marriage"

Tak boleh blah ... leh takut lak tengok wajah isteri di pagi hari. Alahai alahai.

Mekap. Cantik sekejap je. Zaman sekarang, dah macam-macam produk boleh jadikan wajah jadi cantik. Ada produk yang boleh hilangkan kesan parut, ada produk yang minum je hari-hari boleh dapat kulit cantik, jeragat hilang.

Dalam keratan akhbar tu, nyata lelaki lebih suka pada wanita yang mempunyai kecantikan natural, dan bukan disebabkan mekap sehingga menghilangkan 'bayangan' wajah sebenar. Jik mahu kelihatan cantik natural, maka wanita disarankan gunakan produk yang boleh membentuk dan memberikan kecantikan wajah secara semulajadi.

Boleh baca mengenai 4 tips kecantikan wajah yang pernah saya tulis.

Kesimpulannya ...
  1. Wanita perlu cantik, tetapi bukan kecantikan yang fake!
  2. Wanita nak cantik, perlu cantik secara semulajadi
  3. Wanita yang mahukan wajah yang jelita, kena amalkan 4 tips kecantikan wajah.
  4. Wanita yang mahu berkahwin, kena sahkan dulu pasangan untuk menerima wajah yang ada.
  5. Wanita yang dah kahwin kena selalu mekap untuk suami, supaya suami tahu transformasi wajah anda dan dia tidaklah terkejut ketakutan macam kes lelaki Algeria di atas ...


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement