Komisen pertama menerusi SurveyTask. Alhamdulillah, akhirnya saya terima komisen pertama menerusi SurveyTask.com. Jumlah points di beberapa laman web kaji selidik pun sudah semakin bertambah, tunggu masa untuk pindah income yang ada ke PayPal.

Dalam bab mencari duit online ini, apa yang penting ialah kerajinan. Kalau tak rajin, memang susah sikit. Dapat memang dapat, tapi itulah ... ada beza orang yang buat kerja pantas, dengan orang yang buat kerja slow motion. Tindakan itu yang membezakannya.
Komisen pertama online paid survey

Komisen Pertama Menerusi SurveyTask

Komisen pertama dari SurveyTask tak banyak mana, apa yang dapat adalah sebahagian daripada komisen yang telah dijana. Untuk pertama kali ini, SurveyTask telah memasukkan komisen sebanyak RM143.00 ke dalam akaun PayPal saya.
Komisen Pertama Menerusi SurveyTask
Sedikit kecewa sebenarnya, sebab ada fee dikenakan untuk penerimaan ini. Tak tahu kenapa. Tapi redha je sebab saya bukan keluar duit pun. Hanya login dan daftar SurveyTask, dan kemudian promosi.

Jana Income Online Jawab Survey

Kalau yang berminat nak jana income sampingan menjawab survey, bolehlah daftar di SurveyTask. Kali terakhir saya daftar, ianya masih lagi percuma. Dan lepas tu, bolehlah kongsikan pengalaman tersebut dengan kawan-kawan yang lain.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan berikut - SurveyTask.com

Jawab survey online yang ada tak susah mana, dalam masa kurang 10 minit anda boleh jawab soalan-soalan survey tu, dan terima ganjaran yang disediakan.

Cuma jangan ralit dok jawab kumpul points, ganjaran dan mungkin cash USD yang disediakan, sampai lupa benda lain yang perlu dilaksanakan. Nak cari duit online tak ada hal, tapi kenalah tengok kerja lain juga .. hoho...


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement