5 Petua seorang house husband seperti saya menjadi seorang blogger yang dikenali. Adakah anda seperti saya? Duduk di rumah, bekerja di depan hadapan komputer, buat duit dengan blog dan menjana income seharian secara online? Tentu ada yang mahu tahu, bagaimana saya seorang house husband yang ada komitmen pada tanggungjawab di rumah boleh menjadi seorang blogger yang dikenali?

Dalam artikel ini, saya akan berikan beberapa petua yang telah saya simpulkan daripada maklum-balas rakan-rakan blogger yang telah mengenali saya, antaranya Mat Gebu pemilik blog masakan terkenal di Malaysia - www.tiffinbiru.com; dan ramai lagi rakan blogger termasuklah blogger cantik yang telah lama saya kenal iaitu Mas Saari - pemilik blog www.massaari.com.
5 Petua House Husband Menjadi Blogger Dikenali

5 Petua House Husband Menjadi Blogger Dikenali

Sebenarmya saya banyak belajar daripada rakan blogger yang telah berjaya, antaranya ialah Dr Fatin Liyana, Ben Ashaari dan juga RedMummy. Malah, saya telah kongsikan beberapa panduan serta tips menjadi seorang blogger dikenali daripada mereka.

Artikel Lain Berkaitan Cara Untuk Menjadi Blogger Dikenali

Antara artikel yang telah saya terbitkan mengenai panduan untuk menjadi blogger dikenali dan berjaya termasuklah:

Lima Petua Menjadi Blogger Dikenali

Dan semua artikel tersebut ada 5 perkara berikut yang boleh dijadikan petua yang sangat mujarab untuk menjadikan anda blogger yang dikenali. Dengan tips di atas, dan petua di bawah ini, in Sha Allah, perjalanan anda sebagai seorang blogger di Malaysia akan mudah, malah anda akan mendapat perhatian yang diinginkan, asalkan anda tidak lupa diri dan juga tujuan asal anda membuat blog sendiri.

Dikenali Menerusi Bloglist

Pada awal saya mula nak menapak di dunia blog Malaysia, saya telah cuba menempatkan blog saya berada di bloglist blogger lain. Antara cara paling mudah ialah dengan menyertai segmen-segmen yang ada kaitan dengan bloglist. Ketika itu, ramai blogger yang buat segmen untuk memberi peluang disenaraikan dalam bloglist, jadi saya antara blogger terawal yang sertai.

Cara kedua ialah dengan menampilkan keunikan blog anda. Bila blog anda ada isi kandungan yang lain dari yang lain, selalunya akan menarik perhatian blogger lain untuk masukkan blog anda secara sukarela di dalam senarai blog pilihan mereka. Itulah yang membuatkan saya dikenali oleh blogger Che Mat, pemilik blog Dapur Tanpa Sempadan, ketika itu blog saya lebih dikenali sebagai Bangku Kosong.

Dikenali Menerusi Blogwalking

Blogwalking ialah antara yang perlu dilakukan jika mahu dikenali dalam dunia blog. Paling penting ialah anda blogwalking menerusi senarai blog anda sendiri, kekerapan anda blogwalking berserta dengan meninggalkan komen serta ulasan akan membolehkan kehadiran anda dikenali. Ketika ini, pastikan anda menggunakan gambar profil yang menyerlahkan diri anda. Dan sebelum anda blogwalking, update blog anda dahulu dengan beberapa entri terbaru.

Dengan kerajinan anda blogwalking ini, percayalah akan ada blogger yang sedar kehadiran anda dan akan membalas kunjungan ke blog anda tersebut.

Dikenali Menerusi Laman Sosial

Sejak media sosial Facebook menjadi satu trend, saya telah mengambil peluang tersebut untuk menyerlahkan diri sebagai seorang blogger. Malah, ada rakan blogger dari negara jiran, Thailand, yang mengenali saya menerusi Google Plus, yang akhirnya membawa saya ke event pertama di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia. Blogger yang saya maksudkan ialah Joe Karlisa Latisya, pemilik blog satunsiam.blogspot.com.

Saya perkenalkan diri sebagai seorang blogger di media sosial, dan dengan mengggunakan (#) hashtag tertentu saya gambarkan diri saya. Saya bawa (#) hashtag itu di Facebook, Twitter dan juga Instagram.

Dikenali Disebabkan oleh Teknik SEO

Blog saya bukanlah blog yang popular dari segi jumlah pengikut (follower). Jadi, disebabkan itu, saya segan nak tunjuk berapa jumlah pengikut blog saya. Biarlah saya dikenali menerusi konten blog saya. Jadi, kerana itulah saya gunakan teknik SEO untuk menyerlahkan kandungan blog saya. Banyak blogger yang mengenali diri saya sebagai Sifu Blogger kerana mudahnya entri blog saya berada di enjin carian Google.
5 Petua House Husband Menjadi Blogger Dikenali

Saya 'menjual' kandungan blog saya untuk dikenali. Lebih banyak artikel blog keluar di Google, maka semakin mudahlah mereka ingat mengenai HasrulHassan.com.

Menerusi Perjumpaan Dengan Blogger

Salah satu petua yang bersifat tradisional, tetapi inilah antara cara saya semakin dikenali. Pertemuan dengan rakan blogger lain memberikan impak yang luar biasa. Dan ia juga memperlihatkan sisi diri kita yang tidak boleh dipaparkan menerusi media online.

Untuk menjadi seorang blogger dikenali, anda perlulah ada rasa menghormati blogger lain, tidak kiralah blogger itu lebih baharu daripada anda, lebih muda daripada anda, atau yang sudah ada nama. Jangan sesekali menyombong diri. Jika terjumpa rakan blogger yang lain, jadilah orang pertama yang menegur dan perkenalkan diri.
5 Petua House Husband Menjadi Blogger Dikenali

Percayalah, kemesraan akan terjalin dan in Sha Allah, persepsi yang baik ini akan lebih memudahkan anda untuk dikenali di dalam dunia blog Malaysia. Ia juga salah satu cara untuk anda berkomunikasi dan mempunyai hubungan lebih baik dengan network yang mempunyai hobi yang sama - iaitu menulis blog.

Namun, sebagai seorang House Husband, pastilah petua terakhir ini menjadi satu kekangan. Tetapi, ia tidak sesekali menghalang saya untuk beraktiviti bersama rakan blogger yang lain. Jika ada kesempatan, dan tiada halangan dari segi masa dan tempat, in Sha Allah, saya akan ambil peluang keemasan ini untuk mengenali blogger lain secara lebih dekat, walaupun saya tidak pun mereka kenal!

Bagaimana korang mengenali siapa Hasrul Hassan?1. Dari Googling ..... keyword apa?2. Dari blog orang lain .... blog...
Posted by Hasrul Hassan on Monday, 17 August 2015

Begitulah adanya. Semoga ia dapat dimanfaatkan sebaiknya, in Sha Allah.

Oh ya, saya antara blogger yang hanya dikenali di dunia internet, tetapi hakikatnya di dunia realiti, orang tak kenal pun saya, sebab saya bertukar menjadi Izzue Islam... hahahaa...


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement