Bagaimana Mahu Menjadi Blogger Dikenali Ramai?

Bagaimana mahu menjadi seorang blogger yang dikenali ramai? - Pertama sekali kena diajukan soalan pada diri sendiri, adakah anda mahu menjadi blogger sedemikian? Dikenali ramai sampai jalan di dalam kedai 1Malaysia, ada yang menegur anda sebagai seorang seorang blogger? Jika itu yang anda mahukan, maka perlu lihat beberapa kriteria penting yang akan saya ceritakan dalam blog post ini.

Jujur saya katakan kepada anda, tiada siapa pun yang kenal saya sebagai seorang blogger di tempat saya ini. Tak siapa kecuali isteri dan rakan kenalan yang rapat. Saya bukan blogger yang dikenali, apatah lagi popular. Saya cuma dikenali hanya dalam dunia blog .. itupun beberapa kerat je.

Bagaimana Mahu Menjadi Seorang Blogger Dikenali Ramai?

Mengapa saya tidak dikenali ramai? Apakah faktor yang menyebabkan blogger seperti saya ini kurang dikenali ... tak seperti blogger lain yang adanya lebih muda usia, dan kurang tahunnya berbanding jangkamasa saya yang telah sejak 2008 berblogging?

Malu. Saya seorang yang pemalu. Pertama kali saya hasilkan blog, wajah saya tak ada pun dalam blog. Yang saya gunakan ketika itu hanyalah gambar sebuah bangku kosong. Bila malu, dan suka menyorok-nyorok ni, maka sukarlah orang nak kenal, ye tak?

Pendiam. Saya juga seorang yang pendiam. Jarang nak beritahu orang sekeliling yang saya ada blog. Orang tanya barulah saya jawab. Saya jarang cerita pasal blog saya bila diluar. Saya juga tak ceritakan di laman sosial seperti Facebook atau komuniti online yang saya ada blog. Saya seorang pendiam, tak bercerita.

Tiada Kesungguhan Memajukan Diri. Buat blog sekadar nak orang baca, dah .. cukup. Tak mahu menapak selangkah lebih dari itu. Tak mahu jadikan blog sebagai sumber income. Tak mahu memajukan blog sebagai sebuah perniagaan, tak mahu menjadikan blog sebagai satu wadah untuk penyampaian ilmu berkesan. Tiada kesungguhan. Buat blog ... tulis entri... dan dah .... biar ia sendiri cari pembacanya. Effortless.

Tak Bersosial dan Suka Menyendiri. Bila ada event tertentu melibatkan blogger Malaysia, saya tak sertai. Saya sering katakan tidak pada mereka yang ajak. Ada sahaja alasan diberikan bagi mengelak dari bersosial. Memang jadi satu tabiat suka menyendiri dan duduk hujung minggu diam-diam di rumah. Tak aktif. Segalanya pasif... sampaikan perut jadi kedepan.

Networking Tiada. Buat blog ... dah .. malas nak blogwalking, tak ada tegur blogger lain. Tak komen entri blogger lain. Tak join segmen, tak join contest dan giveaway. Kalau ada pun, mana yang takat kenal sorang dua. Yang baharu .. yang tak berapa kenal ... malas. Networking tak ada.
Tetapi ...

Setelah saya sertai event pertama saya luar dari kepompong biasa, saya mula mengenali ramai blogger. Bermulanya dengan pelancaran VMY2014 atas jemputan Rail Tourism dan Rakan Media, saya kemudian beranikan diri jalinkan 'hubungan' dengan blogger yang baru dikenali di dunia nyata.

Dari situ, saya mula kurangkan rasa malu dan pendiam saya. Saya tegur dahulu sebelum orang lain menegur.

Kemudian, saya rebut peluang tersedia untuk hadir ke Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2014). Wow ... impaknya cukup hebat. Tanpa disangka daripada penyertaan event pertama dengan Sahabat Media di program Pakej Homestay Rail Tourism, makin ramai dari kalangan blogger yang kenali siapa saya.
Impaknya ... blog dikenali, dan jenama juga semakin kukuh. Dari SBB2014, nampak laluan rezeki dipermudahkan. Saya dapat tawaran macam-macam. Advertorial. Pengiklanan. Alhamdulillah ... ukhwah yang dijalinkan dengan baik membuatkan saya sebagai seorang blogger yang dikenali.

Jadi Blogger Dikenali Bukan Bererti Menjadi Blogger Popular

Dikenali tetapi bukan popular. Saya masih lagi menulis blog. Belum lagi jadi duta, belum lagi ditaja mana-mana syarikat. Belum lagi ada baju sendiri. Belum lagi ada majlis sendiri. Belum sampai tahap itu ....

Menjadi blogger dikenali tidak sama dengan menjadi blogger yang popular. Impaknya berlainan. Itulah sebabnya awal-awal lagi saya bertanyakan kepada anda ....

Moga penulisan ini memberikan sedikit pencerahan kepada anda sebagai blogger. Bukan apa, ada blogger yang bertanya .. apa seronoknya menjadi blogger dikenali .. apa gunanya untuk blog?




{ 51 comments.. read them below or add one }

Tetamu Istimewa Tetamu Istimewa April 10, 2014
Boleh saya katakan, apabila saya masuk ke kebanyakan blog blog Tuan diletakkan dalam blog SIFU. Memang hebatlah tu.
ain samadi ain samadi April 10, 2014
Memang malu susah nak dielakkan..bangga dengan HH di SBB hari tu Kerala sudi tegur dulu. tahniah atas peningkatan
Atikah Sismoon Atikah Sismoon April 10, 2014
Encik hasrul, ini yang saya cari selama ni. Tapi tak tau macam mana nak susun ayat untuk di sampaikan kpd umum. Tapi kan mcm saya blog saya, saya lbh selesa untuk bercerita tth peribadi semata. Tapi dgn cara umum. Tidak ada yg menyentuh hal dalaman. Tapi ramai ke yang bole terima blogger yg more to personal blog? Saya rasa diri saya lbh ke arah tu. N mcm mne utk saya blja buat income dgn blog?
Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid April 10, 2014
betul tu abang HH, jadi blogger yang dikenali bukan bermaksud blogger retiss... atau popular... ^_^
Atikah Sismoon Atikah Sismoon April 10, 2014
Yg part Contest, GA, Segmen tu agak sentap la. Sbb saya buat, blm ad yg submit...sadisssss sob sob sob
Aisyah Ambris Aisyah Ambris April 10, 2014
nice entry... banyak membantu new blogger mcm sy.. thnx! ada masa dtg blog saya..dan komen lah jika ada kesilapan.. tq http://aisyahambris.blogspot.com
Hanafi Abdullah Hanafi Abdullah April 10, 2014
sifat malu-malu akan lenyap juga kemudianya..
Lizzie Yasmin Lizzie Yasmin April 10, 2014
Dah lama tak melawat blog orang sekampung, Tak lama lagi glam lar abg Hasrul. Moga berjaya bang. Sebab nampak kesungguhan abang as blogger.
Huny eda Huny eda April 10, 2014
ada sidat malu rupanya erk..hihi...memanglah first buat blog tu pun saya malau2 ..entah ada yang baca atau tidak entry kita.. ahaha
Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim April 10, 2014
Tahniah Oh..Selamat maju jaya.
aRz MoHa aRz MoHa April 10, 2014
hmmm....masih jauh nak menjadi blogger yang dikenali...:)
Wafa Cw Wafa Cw April 10, 2014
kena tunggu peluang macam SPB2014 hari tu baru boleh jumpa rakan-rakan blogger lain dan dikenali... tapi macam saudara HH tak apalah... content blog sangat berkualiti berbanding dgn blog kita yang merapu dan yiok sendiri hahahaha... ada ke orang nak kenal ngan kita... :)
zaidalifah zaidalifah April 10, 2014
sy teringgin nak join event tapi tak pernah ada jemputan... sedih hi hi hi
nur farahain nur farahain April 10, 2014
Minat dengan perkongsian entri ini.. Malu tuh boleh dipupuk jadi peramah. Insyallah , banyak jugak yang ain pelajari dari blog HH nie. Semoga ilmu itu diberkati..
Budak Kampung Budak Kampung April 10, 2014
nk keluar dri kepompong tapi ada ' penutup' yang xboleh buka lagi untuk bebas.tapi... saya suka menyebok dkt blog org lain =)
Nurul Atiqah Ahmed Nurul Atiqah Ahmed April 10, 2014
pendiam kah???
heeeeeeeeeeeeee.....

abang hasrul memang terbaik!
salute otai ! :)
zarulfarhana zarulfarhana April 10, 2014
terbaik lah....walaupon awal2 malu tapi akhirnya dikenali ramai... :)
cik laili cik laili April 10, 2014
Seorang blogger biasanya hanya dikenali dalam kalangan blogger :)
onlajer onlajer April 10, 2014
sekarang ni makin sibuk pula saya , nak blogwaling setakat singah satu dua je la
Hafiz Hafizol Hafiz Hafizol April 11, 2014
Haritu selalu jugak lepak dgn blogger. tp skrg tidak lagi. dulu lepas update entri, selalu jugak ajak org suruh baca. sekrg x lagi.. HEHEHE


kena berubah nie
Khir Khalid Khir Khalid April 11, 2014
Wahh.. gambar saya dgn HH pulak tu hehee.. segan pulak saya gambar dgn sifu blogspot ni...
Pada saya menjadi blogger yg dikenali ada pentingnya... bukanlah atas dasar utk popular tetapi utk dipercayai. Kdg kala pengalaman atau pandangan yg kita kongsikan mungkin boleh membantu pengkajian kumpulan2 atau institusi tertentu utk kebaikan. Dgn dikenali saya bertanggungjawab atas semua perkara yg saya tuliskan di blog saya. Jika seseorang itu ada kemuskilan, atau apa yg saya tulis mungkin bercanggah dgn teori sedia ada yg mereka kaji, boleh terus cari saya utk penjelasan atau bukti. Saya akan sentiasa bertanggungjawab terhadap apa yg saya tulis.
Sebabnya, bila saya terbaca ttg matlamat berblogging dari HH, secara ikhlas ia membuka minda saya terhadap dunia blog. Saya terpanggil utk berkongsi pengalaman sbg aktivis sosial utk kebaikan bukan dari sudut teori sbb saya mmg jenis org yg suka turun padang. In shaa Allah, saya serius terhadap perkara tersebut. Nak lagi "feel" saya suka ceritakan secara personal terhadap sesuatu perkara umum berkaitan kerjaya saya berdasarkan pengalaman & fakta agar boleh digunapakai utk pengkajian.
Bukan nak popular atau glamor, tetapi cukuplah dikenali dikalangan org2 yg memerlukan info yg bersesuaian dlm pengkajian sosial tanahair... selebihnya saya gunakan kesempatan utk berkawan & berkenal2an dgn berBW selagi diizinkan berblogging. Dgn kepercayaan tersebut boleh membantu mengukuhkan kerjaya saya juga.. in shaa Allah..
Apa pun, saya ttp bersyukur dpt mengenali HH... salute dgn cerita HH ni. T kasih diatas silaturrahim... t kasih atas gmbar tu juga HH ... :D
Bro Framestone Bro Framestone April 11, 2014
Gua cuba try menglow profilekan diri masa event tempoh hari sebab nk jaga anak gua.. Time wife jaga baru gua terover sikit...

Eh awat ada pic gua dekat dalam blog ini.. Nak kena saman ke? Gua dah paternkan muka gua, kalau nak guna kena kredit link dekat gua he...23x
Khairil Mazri Khairil Mazri April 11, 2014
assalamualaikum.

sebenarnya sangat susah dan sukar untuk menjadi blogger popular dan dikenali seluruh Malaysia. Sesuatu yang yeop sukar nak rungkai adalah bagaimana hendak menjadi popular dan orang akan sebut-sebut nama kita.

Yeop bagi contoh kepada Acik Mohd Izahar Sabtu, bayangkan dia datang ke mana-mana mesti orang akan tegur dia dan memuji beliau dengan hasil penulisan beliau.

yeop memang nak jadi mereka sebenarnya, cuma yeop terpinggir di hutan-hutan belantara, lagipun yeop rasa belum masanya untuk menjadi popular. insya-Allah yeop wajib membaiki penulisan dan kriteria yang dibuat untuk menjadi terkenal seperti Acik.

sekian, wassalam.
Kak Tie Kak Tie April 11, 2014
alamak HH..akak pun pemalu gak,tapi ramai anak2 jiran dah mula erasan bila akak ping entry dlm FB...bila akak lalu..mesti diorang jerit2..akak balik pintu!!...hahha...malu gak beb...lalani...ramai bekas rakan2 sekerja dulu yang tahu
KiD KiD April 11, 2014
betul tu, antara yang perlu diperbetulkan oleh mereka yang nak dikenali.. ada juga yang taknak dikenali.. rileks je sudah. tapi masyuuukk! :)
reezluv reezluv April 11, 2014
hahaa..bila mau turun Ipoh weh..ahaha
abangensem abangensem April 11, 2014
Gua janji. Gua akan kurangkan ke'malu'an Bro bila di khalayak ramai nanti.
Azlan Strider Azlan Strider April 11, 2014
Tuan memang tak pernah lokek memberi ilmu baik secara teknikal atau pun secara general...bagi saya itu juga merupakan salah satu mengapa blog tuan dikenali ramai oleh blogger baik yang baru mahupun yang lama...

Regards,
-Strider-
UpProfits UpProfits April 11, 2014
Malu dan pendiam memang dah jadi sifat kebanyakan kita especially yg suka low profile. Lebih suka orang kenali blog daripada orang kenali pemiliknya. hehe
Eshamz Halim Eshamz Halim April 11, 2014
Entri dan perkongsian yang berguna bro. Masa mula2 saya buat blog dulu hanya untuk cerita tentang kisah diri sendiri dan lepas tu saya buat part time photographer, so di blog lah saya banyak berkongsi tentang aktiviti photography saya tapi skrg dah kurang dapat job wedding so saya hanya bercerita pasal outdoor aktiviti dan kisah travel saya dan wife. Saya sebenarnya bercita-cita nak jadi Travel Blogger dan ingin ronda2 1 dunia... mana tau mana travel company yg nak suh saya review atau bercerita tentang pakej2 dorang... leh dapat sponser gi travel...ekekekeke... InshaaAllah akan saya usaha bersungguh-sungguh.. :D
yang baik Ishak yang baik Ishak April 11, 2014
belum berkesempatan untuk mengikuti mana-mana acara bersama blogger walaupun impian itu ada ... huhuhu
Vee Sandi Vee Sandi April 11, 2014
alkisahnya , dulu pemalu yer . nomw dah naughty . klu dpt , semua blogger HH nak usik kat FB tuh ... alhamdulillah , wpun tak popular , tak dikenali umum , penulisan kat blog pun biasa2 jer , ada juga yg sudi offer job ...
Sukma Haron Sukma Haron April 11, 2014
Haha...ayat tak tahannn
Sukma Haron Sukma Haron April 11, 2014
Nice tip...dari seorang yg pasif go to aktif...nichie blog HH ramai yg tertarik...
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad April 12, 2014
Ya betul... Inilah SIFU saya dalam berblogging. Saya tak malu promote beliau ke merata yg saya pergi even dlm fb saya sendiri dan kwn2 yg mahu belajar tentang blog. Syukur saya kenal SIFU Hasrul Hassan. Beliau banyak mendidik saya dalam banyak perkara. Beliau memang SIFU yang layak dipanggil SIFU.
Ikhlas dari hat
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad April 12, 2014
Rajin2 jenguk fb Denaihati Ilhamku dan blogwalking ^__^
Maaf sifu... sekadar cadangan
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad April 12, 2014
Semangat Yeop. Syabas atas semangat waja Yeop ni
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad April 12, 2014
Tu dia haih.... banyak komen.... Maaf SIFU saya mencelah di celah2 komen blogger lain. Sesungguhnya tidak mudah menjadi hebat dan dikenali ramai.... Tahniah sifu.
Terima kasih sudi bertegur sapa dgn saya masa SBB2014 hari tu ^__^
Ammar Ammar April 13, 2014
Kadang-kadang takut jugak nak menonjol sangat jadi blogger ni nanti bila berjaya ramai yang tak puas hati. Teringat dulu otai SEO saya. Hasilkan duit ratus2 sehari tapi senyap je. Orang tak tahu pun. Itu lebih best dari orang tahu nanti ramai yang dengki dan tak puas hati.
Akeyla Azmi Akeyla Azmi April 14, 2014
Betul ish best lah post niiiiiii :D heheheheeh.
Lain tuuu maksud popular and dikenali kan? :D hihi.
hazman fadzil hazman fadzil April 15, 2014
Interaksi dalam sesuatu komuniti memang membantu untuk seseorang blogger untuk lebih dikenali
Luna Ed Luna Ed May 06, 2014
Nice sharing untuk buka minda blogger2 yang baru nak aktif.. Jemput singgah juga ke blog saya http://vitaminseribusatukhasiat.blogspot.com/ TQ. :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 06, 2014
panjang bebenor ni .. udah macam entri dalam blog la pulak .. hehehee apa pun terima kasih kerana support selama ini, saya appreciate.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 06, 2014
Paten camner tu? Tang mana? Tang dahi ke? hehehe
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 06, 2014
Hendak seribu daya Yeop .. usaha mau lebih la ... nanti kejayaannya lebih manis.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 06, 2014
Ramai je blogger gitu ... hari2 buat duit dengan blog, masa tidur pun leh buat duit lagi ..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 06, 2014
:) in Sha Allah, jika tahu bawa diri dalam duni blog Malaysia, boleh je bina rangkaian sendiri.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 06, 2014
Haa betul tu Akeyla .. kena faham betul2 .. ala ini semua permainan bahasa, blogger mesti pandai bermain dengan bahasa, baru leh tarik perhatian pengunjung dan pembaca.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 06, 2014
Betul. Kena beranikan diri jika mahu dapatkan perubahan positif. Kalau takut nak lompat pagar berduri, bagaimana nak sampai ke seberang padang .. ye tak?
puteraduyong puteraduyong June 23, 2014
ini memang nasihat terbaik dari seorang otai yang 'pemalu' ... ;)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.