Alhamdulillah, tercapai hasrat dan impian 1 juta pageviews dalam masa sebulan. Ini juga memecahkan rekod blog ini untuk capai jumlah pageviews atau hits sebanyak 11 juta dalam masa sebulan. Info dan statistik ini saya peroleh menerusi stats dalaman blogger.com (blogspot).

Dulu, saya tak pernah pun terfikir untuk berjaya mencapai kejayaan seperti ini. Bukan mudah nak menarik pengunjung ke blog ini. Apatah lagi bila saingan setiap hari semakin mencabar untuk menerima trafik tinggi.

Tercapai Hasrat 1 Juta Pageviews Sebulan

Tercapai Hasrat 1 Juta Pageviews Sebulan
Segalanya ini mungkin atas sokongan rakan-rakan blogger tidak kira baru dan lama yang sering berkunjung dan memberikan trafik. Saya sememangnya tak dapat membalasnya, apatah lagi saya bukan jenis blogger kaya raya yang ada income berkepuk-kepuk .. hoho. Saya seperti anda juga, blogger yang cari makan menerusi trafik ke blog. Ada trafik, adalah income.

Ok. Tentu anda tertanya-tanya apakah tips yang boleh saya kongsikan untuk mendapat dan menerima trafik sejuta dalam masa sebulan? Saya pernah kongsikan mengenai kejayaan blog ini yang tercapai hasrat 10 juta pageviews pada 9 Mac 2015 lalu, tetapi tiada tips yang saya kongsikan untuk dapat trafik sebegitu. Kali ini, saya nak kongsi tips dan cara saya yang membolehkan blog ini tercapai hasrat 11 juta pageviews dalam masa sebulan.
Tips terima trafik 1 juta pageviews - hits sebulan

Trafik Naik Tapi Rank Alexa Teruk

Walaupun trafik blog ini berjaya capai kejayaan namun dari dari segi rank Alexa, ia jatuh merudum. Jika dulu bawah 300, kali ini dari segi kedudukan rank Alexa, sudah jauh berada di tangga ke 600. Dua kali ganda jatuh, disebabkan saingah daripada banyak blog dan laman web yang lebih hebat trafiknya seperti TheVocket.com dan Denaihati.com.

[Ads] Muat turun panduan buat duit untuk Hari Raya 2015 (Pakej All-in-One) terkini dan terlaris - Bisnes Baju Kurung + Bisnes Kain Ela + Bisnes Tudung + Bisnes Telekung + Bisnes Baju Melayu + Bisnes Aksesori Pakaian

Anda boleh cuba cara dan kaedah yang telah saya gunakan ini bagi meningkatkan trafik, namun saya nasihatkan juga, kaedah ini mungkin tidak sesuai untuk semua blog, apatah lagi jika blog itu mempunyai tema dan niche yang spesifik.

6 Tips dan Kaedah Dapat Trafik 1 Juta Sebulan

  1. Buat entri mengenai drama atau telemovie yang sedang hot. Contohnya drama Teman Lelaki Upahan atau telemovie Raya Ni Mesti Kahwin yang ada banyak permintaan.
  2. Buat entri yang trending di laman sosial seperti Twitter dan juga Facebook.
  3. Buat entri yang trending di Google. Anda boleh berpandukan entri Cara Mudah Nak Tahu Trending Keyword untuk tahu keyword trending di enjin carian Google bagi mendapat tempias trafik.
  4. Kongsikan entri di group Facebook yang mempunyai lebih daripada 100,000 ahli.
  5. Tag rakan-rakan yang ada fanpage lebih 5 ribu Likes di Facebook dan kongsikan entri yang boleh menarik minat mereka.
  6. Hari-hari kena tweet dan share entri anda - walaupun entri itu berusia lebih setahun - asalkan ianya relevan dengan keadaan dan situasi semasa, contohnya entri mengenai Harga Petrol Terkini Malaysia 2015, yang saya tweet dan share setiap hujung bulan bermula Januari 2015.

Dan semestinya anda perlu menjadi seorang blogger yang kuat berusaha dan rajin untuk mendapatkan jumlah hits dan pageviews yang diinginkan untuk blog anda. Tiada usaha maka tiadalah hasilnya.

Semoga entri ini bermanfaat untuk anda, dan harapnya tips berkaitan menambah trafik dan pageviews sejuta sebulan ini dapat membantu anda capai apa yang anda ingin capai dalam dunia blog Malaysia, in Sha Allah.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement