Cara Mudah Nak Tahu Trending Keyword Google Search

Saya nak bagi satu tools berguna untuk para blogger Malaysia mendapat trafik menerusi enjin carian. Tapi teknik ini akan jadi sangat menjadi-jadi hasilkan trafik jika blog anda mempunyai template blogspot yang telah dikemaskini dengan baik untuk tujuan SEO (Search Engine Optimization). Saya mahu kongsikan cara mudah nak tahu keyword trending di Google Search.

Keyword atau kata kunci adalah faktor yang tersangat penting untuk blogger yang mahukan trafik menerusi enjin carian. Jika blog anda tidak ramai pengikut seperti saya, maka teknik ini boleh digunakan untuk mendapat trafik yang banyak. Anda hanya publish sekali, dan in Sha Allah, blog anda akan dapat trafik berterusan berkali-kali.

Tips Ketahui Trending Keyword Google Search

Cara Mudah Nak Tahu Trending Keyword Google Search
Salah satu cara nak dapatkan trafik lebat, hebat dan tertumpu ialah mengaplikasikan trending keyword terkini yang sedang hangat di Google Search. Salah satu cara untuk mudahkan anda tahu trending keyword atau kata kunci popular di enjin carian Google ialah dengan meletakkan widget Google Trends di blogspot anda.

Atau...

Anda boleh sahaja pergi ke laman web Google Trends dan boleh semak kata kunci paling popular di situ. Di laman web Google Trends, anda boleh ketahui kata kunci paling popular untuk hari ini, minggu ini dan bulan ini ... terpulang mana satu yang anda mahu manipulasikan untuk trafik blog.

Namun, awas .. anda kena pastikan entri dan konten blog anda berkualiti, dan blog anda punyai autoriti yang bagus untuk menceritakannya. Apa itu autoriti blog? Nak tahu, anda boleh cari sendiri menerusi kotak carian yang telah saya sediakan di blog ini. Saya dah pernah tulis dan ada tips berkaitan yang saya sertakan. Maka, rajin-rajinlah guna kotak carian tu yer .. bukan hiasan ehh .. ada banyak guna kotak carian tu.

Oh ya, tadi saya katakan cara mudah nak tahu trending keyword Google Search, dan salah satunya menggunakan widget. Jadi, saya nak kongsikan kod HTML widget yang saya maksudkan tersebut.

Hasilnya akan nampak seperti di bawah ini:

Hot Google Search - Trending

Anda boleh letakkan samada di sidebar blog atau di bahagian page blogspot anda, mana satu yang mudah untuk anda rujuk mengetahui kata kunci popular di Google. Gunakan pengetahuan ini untuk hasilkan entri blog yang bagus, dan salah satu cara untuk anda naikkan trafik blog berkualiti.

Elakkan guna penyimpangan keyword yang kadangkala boleh beri kesan buruk kepada blog anda.

Semoga bermanfaat.

{ 42 comments.. read them below or add one }

sYiRa LoKMaN sYiRa LoKMaN October 23, 2014
thanks sifu ! terbaikkk !
abdfatah abdfatah October 23, 2014
menarik nih... bleh guna keyword trending untuk tarik trafik...
Zie Fauzi Zie Fauzi October 23, 2014
dulu selalu guna kaedah ni bila tak ada idea nak tulis....
Permatabiru Permatabiru October 23, 2014
wahh tq share..info berguna..sy copy..:)
Khir Khalid Khir Khalid October 23, 2014
Mmg sgt bermanfaat ni. T kasih berkongsi HH.
Engku Muzahadin Engku Muzahadin October 23, 2014
Info yang amat berguna, thanks sifu ;)
Yumida Huda Yumida Huda October 23, 2014
blh buat entry berpandukan keyword hot ni. tq sharing
Hero Borneo Hero Borneo October 23, 2014
kalau dah tak de idea memang guna cara ini..tengok keadaan juga
Famili Ceria Famili Ceria October 23, 2014
penyimpangan keyword yang macam mana tu?
blogger lelaki blogger lelaki October 23, 2014
bagus tips ni bro..boleh guna bila kering idea nak tulis
JAWATAN KOSONG TERKINI JAWATAN KOSONG TERKINI October 23, 2014
Satu perkongsian ilmu yang sangat berguna buat sy...Terima kasih tuan admin..
Mummy Putri Mummy Putri October 23, 2014
tq share.. sy dh buat dh bos.. yeah kene bt entry pakai keyword happy deepavali la ni.. hihi... http://sihatgojes.blogspot.com/
sensasi2020 sensasi2020 October 23, 2014
Terima kasih...bro... satu perkongsian yang baik untuk blogger.
Jazz Lover Jazz Lover October 23, 2014
Nice sharing. Kejap lagi saya tempek kat blog.
reezluv reezluv October 23, 2014
bese guna ni untuk research je..:D
sabree hussin sabree hussin October 23, 2014
I want to touch a dog trending tu hhe
Aku Penghibur Aku Penghibur October 23, 2014
oooo macam tu rupanya... terima kasih ilmunya sifu HH
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 23, 2014
Terima kasih syira .. moga boleh dijadikan panduan tu untuk bisnes .. hehehe
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 23, 2014
Ohh ye ke . haha .. nampak benar saya ketinggalan keretapi .. hoho
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 23, 2014
Sila sila copy .. jangan risau .. saya ok je .. :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 23, 2014
Yeap, satu panduan berguna untuk blogger Malaysia nak dapatkan trafik ke blog .. :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 23, 2014
Penyimpangan keyword ni bermaksud anda gunakan kata kunci yang tidak terus ke entri. Contoh, dalam entri tersebut ada letak keyword - blogger paling cun, tetapi entri tersebut tajuk 3 blogger paling berpengaruh. Dapat dua keyword .. blogger cun .. blogger berpengaruh.

Ramai yang suka keyword cam lucah skit .. cam .. errr err gambar bogel XXX tapi entri tu tak ada pun gambar tu, cuma diceritakan sahaja dengan keyword tu ada di dalam entri.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 23, 2014
Uikss .. biar betul .. hahaha
Cik Siti Cik Siti October 23, 2014
thanks for sharing...nak cuba la.. ^^
Cahaya Vitamin Cahaya Vitamin October 23, 2014
thanks HH :) sgt2 mmbantu
JAWATAN KOSONG TERKINI JAWATAN KOSONG TERKINI October 24, 2014
Pernah letak entri hot trends google di blog lama...dan memang ada trafik setiap hari ke blog kita walau dah tak update lama pun...
nor hidayah mohd nor nor hidayah mohd nor October 24, 2014
Iday pon selalu check keyword trending, kadang2 check dekat yahoo. dulu pernah ikut trending, memang naik traffic, tapi bila dah jarang2 ada masa ni, terabai pulak. kena start balik ni. hehehe terima kasih share :)
aRz MoHa aRz MoHa October 30, 2014
terima kasih bro HH tips yang berguna
KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com December 24, 2014
senang jer.. tekan kat google.. nnt kuar keyword cadangan..hehehh - kedaionlinemy.com
anajingga anajingga April 23, 2015
terima kasih HH..:) akan cuba aplikasinya .
Tutorial Komputer Tutorial Komputer April 30, 2015
makasih untuk infonya, kunjungi juga blog saya ya, agus-sn.blogspot.com

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.