Tips Tukar Blog Peribadi Jadi Blog Niche. Salah satu cara untuk membolehkan blog jadi popular, dikenali dan dapat menjana pendapatan ialah dengan menjadikan blog yang dipunyai kita mempunyai niche tertentu. Ramai blogger yang mula wujudkan blog sebagai sebuah blog personal atau peribadi. Entri awal mesti akan ceritakan serba sedikit mengenai diri, keluarga, kerja dan juga apa kehidupan seharian. Semakin lama berblog, ramai blogger yang kian sedar bahawa mereka mahukan lebih daripada blog mereka. Jadi, bagaimana nak tukar sebuah blog peribadi menjadi sebuah blog yang ada niche tertentu?

Tips Tukar Sebuah Blog Peribadi Menjaadi Sebuah Blog Punyai Niche

Kalau diikutkan entri yang saya tulis kali ini mungkin juga dikatakan sebuah entri ulangan, tetapi mungkin buat sesetengah blogger terutama yang masih baru, ia satu ilmu baru buat mereka.
Tips Tukar Blog Peribadi Jadi Blog Niche - HasrulHassan.com

Pentingkah Blog Ada Niche?

Blog yang ada niche membolehkan anda sebagai seorang blogger mudah dikenali. Anda boleh menjadi blogger masakan, blogger resepi, blogger travel, blogger fotografi, blogger cikgu, blogger remaja, blogger makanan, blogger bundle, blogger pelancongan, blogger muzium dan macam-macam lagi. Yang penting ialah menjuruskan penulisan dominan anda ke arah itu.

Bagaimana seorang blogger yang awalnya tulis kisah peribadi (blog personal) mahu menukarkan blognya menjadi sebuah blog yang ada niche tertentu?

Rasa saya semua blogger setuju, apabila sebuah blog ada niche atau tema tertentu, mudahlah nak jaja blog kepada masyarakat, dan menarik golongan pembaca tertentu. Ini penting kalau mahu blog itu mendapat pembaca setia, dan seterusnya menjana income daripada blog. Blogger yang ada blog yang punyai niche tertentu akan membina kredibiliti sendiri selain menjadikan blog mereka punyai authority tertentu.

Tips dan Langkah Menjadikan Blog Ada Niche dan Dikenali

Untuk menukar haluan sebuah blog biasa ... blog peribadi mempunyai niche tertentu, pertama sekali ialah anda perlu mendominankan entri-entri yang anda fikir anda lebih banyak pengetahuan mengenainya. Cerita lebih mengenai sesuatu perkara yang anda tahu dan pakar mengenainya. Kadangkala, ia satu perkara biasa buat sesetengah orang tetapi agak luar biasa bagi sesetengah yang lain.

Contohnya, anda tahu mengenai kraftangan, seperti buat bakul, buat tikar atau buat tembikar. Anda boleh cerita dari A sampai Z mengenai perkara tersebut, tetapi dilakukan secara berperingkat dalam blog anda. Macam hari ini anda tulis mengenai jenis jenis bakul yang anda tahu, esok pula anda ceritakan bagaimana nak meleret bahan untuk dijadikan bahan utama buat bakul atau tikar.

Dalam seminggu pastikan 3 daripada 5 entri anda adalah mengenai apa yang anda tahu, dan anda label atau tag entri tersebut dengan kata kunci tertentu. Kemudian, anda letakkan entri-entri dominan ini dalam satu senarai di bahagian sidebar blog anda.

Dominankan Entri-Entri Tertentu

Setelah niche itu nampak kukuh, entri pun dah banyak ... maka anda perlu menjenamakan blog anda dengan perkara yang anda tahu. Buat tagline yang sesuai dengan blog yang kini sudah ada niche tertentu. Sebarkan tagline tersebut dan kalau boleh nama blog pun diubah sedikit supaya pengunjung tahu apa yang mereka boleh baca dengan kepercayaan 100 peratus.

Macamana? Entri dominan mengenai apa yang anda pakar dah banyak, tagline dah ada, nama blog pun dah ada bau-bau komersil, jadi .....

Seterusnya blogwalking secara terpilih ... iaitu mencari dan komen di blog-blog yang ada entri yang ada kaitan dengan niche blog anda. Sebarkan kepakaran dan pengetahuan anda mengenai apa yang anda tahu menerusi blog.

Kongsi entri-entri terpilih anda tadi di laman sembang, forum berkaitan, dan juga group Facebook yang punyai minat serupa dengan apa yang anda paparkan dalam blog. Katakan anda tulis blog yang banyak mengenai puisi yang anda tulis, boleh kongsi di group-group atau page Facebook dan Google+ yang berkongsi perkara serupa.

Ok. Rasanya inilah langkah-langkah yang perlu untuk anda menukar blog peribadi menjadi sebuah blog yang ada niche .. in Sha Allah akan dikenali ramai.

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

27 Komen

terbaik!! fyna cari tips yang macam nih. thanks abg HH.

Reply

assalamualaikum hh...mmg terbaik info ni...:)

Reply

saya pun rasanya nak bertukar niche kepada perkara yg saya tahu iaitu bahagian penulisan skrip dan drama drama hehe dan entry ni memberi INSPIRASI kpd saya.. tenkiuuu sifu hehehe

Reply

ilmu yang amat berguna. tq tuan

Reply

hah blog aku pun nak tukar sikit2...

Reply

Terima Kasih HH atas perkongsian

Reply

alhamdulilah..dapat lagi ilmu dari abg HH.. terima kasih :-)

Reply

Terbaik! terima kasih atas info berguna ini...cuba cari niche tapi agak susah!

Reply

mmg terbaik tip dari bro HH :)

Reply

Bagus tu ... sepatutnya mak dara leh sebarkan ilmu hebat tu pada orang lain .. baru meriah industri dengan skrip hebat.

Reply

In progress...In sya Allah...Thanks for the encouragement!

Reply

Thanks for the tips bro.. arena blog Malaysia nampak kurang dari segi blog niche lagi... niche saya perniagaan internet, boleh singgah kalau ada masa :)

Perniagaan Internet

Reply

Moga ruh arwah Syuhada dalam rahmat Allah selalu. Aamiin...

Reply

Terima kasih berkongsi ilmu. Hr ni baru jumpa n3 ni

Reply

Info yang sangat berguna utk saya..tq2
Sedang mencari arah tujuan..
:)

Reply

Info yg sangat berguna. Tq bro

Reply

Itulah duk fikir.. zam ni minat cerita ttg masakan, makanan, kisah sekolah, fotografi, kucing kt blog.. dh pilih dah niche blog cikgu dgn buat entri kisah sekolah, tp bila xfokus dan xada idea, kisah lain yg keluar

Reply

akan perbaiki lagi bro :) terima kasih utk entri ini :)

Reply

Good info. Thanks atas perkongsian HH.

Reply

Thanks. InsyaAllah akan dipraktikkan nanti..

Reply

tips yg ni sy setuju...mcm sy still student...rata2 sy akan kongsikan info pendidikan...tips ...ala2 blogger remaja camtu.

Reply

hebat post ni, entry lama tapi masih mendapat tempat dalam artikel terbaru. hehehe. terperanjat tengok tarikh komen yang 1st tu. hehehe

http://www.ceritaejoy.com/

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.