Caranya agak rumit sedikit kerana anda perlu lakukan dua langkah penting iaitu kenalpasti widget terbabit yang mahu anda sorok, dan kemudiannya meletakkan kod media-screen untuk fungsi mobile. Jadi, saya akan cuba berikan langkah atau step yang mudah nak anda ikut.
Cara Untuk Hilangkan atau Sorok Widget Tertentu Untuk Blog Responsif
Ok. Pertama sekali, untuk kenalpasti widget apakah yang anda mahu sorok - anda perlu menggunakan Firebug untuk skodeng blog sendiri. Saya pernah ceritakan mengenai fungsi Firebug ini di dalam entri - Teknik Curi Design Blogspot.
Firebug sangat berguna kalau anda seorang blogger yang mahu buat customization sendiri dengan template blogspot yang ada. Saya sendiri telah menggunakan dengan penuh tekun aplikasi atau add-on Firefox ini selama 2 tahun untuk buat ubahsuaian daripada template-template blogspot percuma yang saya muat-turun untuk kegunaan blog-blog saya. (Anda boleh lihat sendiri blog ini yang telah bertukar wajah dalam masa sehari dengan hanya menggunakan template percuma yang sama).
Cara-Caranya
Menerusi Firebug tadi, anda lalukan cursor anda ke bahagian widget terutama di sidebar untuk ketahui class (nama dan jenis) widget terbabit. Seperti contoh di atas yang saya berikan, saya kenalpasti widget yang mahu saya sorok ialah RandomPosts.Kemudian salin kod CSS/HTML di bawah ini untuk diletakkan di dalam template HTML bahagian CSS blogspot anda. Save dan lihat hasilnya.
Cuba lihat contoh di bawah ini setelah saya letakkan kod di atas di dalam HTML blogspot saya.


Kebaikan Teknik dan Cara Menyorok Widget Blogspot Ini
Kebaikannya - ia akan buat loading blogspot anda dalam peranti mudah alih lebih laju, dan akan membuatkan pengunjung blog tidak rasa semak melihat blog anda yang nampak padat dan meleret penuh skrin.Oh ya, lupa nak bagitahu. Cara hilangkan widget tertentu ini hanya sah digunakan untuk blog-blog yang menggunakan template responsif sahaja dan bukan template standard yang disediakan oleh blogspot.com. Anda boleh cuba download secara percuma beberapa template responsif blogspot yang pernah saya kongsikan di dalam blog ini.
Antaranya:
Nak template yang lebih best dan keren, boleh Google sendiri nanti .. hoho .. :P
Selamat mencuba.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.