Fatin Liyana Privatekan dan Padamkan Entri Blog Lama

Fatin Liyana sudah matang, sudah berubah, sudah berhijrah menjadi blogger yang semakin baik. Fatin Liyana baru-baru ini dikhabarkan telah privatekan blognya buat sementara waktu. Dan di waktu itu, blogger cantik manis ini telah dengan nekad memadam beberapa entri lama blognya, selain memberikan nafas baru penampilan blog yang lebih matang.

Setelah sekian lama berada di dalam dunia blog Malaysia, Fatin Liyana telah adaptasi perubahan suasana dalam dunia blog Malaysia. Dia tahu, dia bukan lagi Fatin Liyana seperti dulu; perlu perubahan dilakukan, apatah lagi dia kini sudah semakin dewasa dan pembaca blognya juga sudah semakin arif lagi bijaksana.
Fatin Liyana Privatekan dan Padamkan Entri Blog Lama
Fatin Liyana bakal menjadi doktor cun dan cantik di Malaysia. Perhatian yang diberikan kepada blogger ini bukan sedikit, malah setiap hari akan ada orang yang bercerita mengenai dirinya. Maka, sangat penting sekali Fatin Liyana memikirkan kembali apa yang telah ditulis di dalam blognya.

Fatin Liyana Privatekan dan Padamkan Entri Blog Lama

Fatin Liyana telah privatekan blog seketika untuk bolehkan dia padam entri-entri lama yang dirasakan tidak dapat dimanfaatkan masyarakat terutama pembaca blognya.

Saya berikan respek kepada blogger yang pernah menjadi carian utama Google ini. Dia bukan sahaja blogger yang dikenali di Malaysia, malah di nusantara. Malah, saya boleh katakan nama Fatin Liyana juga dikenali seluruh dunia apabila muncul dan dinobatkan sebanyak dua kali di dalam Google. Bukan mudah tu ...glamor habis ooo.

Blog Fatin Liyana sehingga kini telah mencapai lebih daripada 32 juta hits, dan pembaca blognya adalah dari pelbagai lapisan.

Dek kerana populariti gadis blogger ini, ada yang telah memanipulasi sehingga memberikan impak buruk terhadap dirinya di dalam dunia blog dan dunia online.

Saya difahamkan, Fatin Liyana telah bersihkan entri-entri; dari mempunyai hampir 500 entri yang telah diterbitkan, kini sudah dipadam menjadi dan tinggal 180 entri (setakat blog post ini ditulis). Kebanyakkan entri yang telah dipadamkan adalah melibatkan entri-entri melibatkan gambar-gambar.

I grew up with this blog. Mula menulis ketika berumur 19 tahun. Zaman zaman jiwa kacau, hati memberontak dan masih keliru mencari identiti diri. Sekejap nak jadi Ayumi Hamasaki, sekejap nak jadi Miranda Kerr. Malu betul miahaha. Amatlah mengarut isi kandungan blog aku yang dulu-dulu ya, tiada isi langsung. Asyik selfie je walaupun takde front camera. I am so ashamed of my previous self. Aku tahu, kita semua pernah merasai zaman-zaman mengarut tu dulu. Bezanya aku ada blog, aku tunjuk kat semua orang. * Nangis * - Fatin Liyana

Fatin Liyana mengambil langkah untuk lebih melihat blog sebagai sebuah blog yang boleh dimanfaatkan orang lain, dan bukan sekadar blog seronok-seronok suka-suka yang ada masanya tanpa sedar menghumbankan diri dalam situasi tidak menyenangkan sehingga boleh dimanipulasi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Setiap blogger ada hak atas kandungan blognya. Berhak untuk terbitkan, berhak untuk privasikan, berhak untuk padam mana-mana entri yang difikirkan tidak sesuai.
Fatin Liyana Privatekan dan Padamkan Entri Blog Lama
Blogger manis dengan senyuman ini telah ambil langkah untuk menulis sesuatu yang lebih matang dan dapat memberikan sesuatu kepada pembaca blognya.

Langkah yang dibuat oleh Fatin Liyana ini adalah persediaan dirinya untuk melangkah ke alam pekerjaan yang pastinya memberikan cabaran hidup berbeza kelak. Apatah lagi sebagai seorang doktor perubatan.

Tahniah kepada Fatin Liyana yang telah menamatkan pembelajaran menjadi seorang doktor, dan tahniah kepada Fatin Liyana kerana berani untuk berubah dan melakukan perubahan. Tak ramai blogger yang sudah ada nama dan popular yang sanggup melakukan sebegini.

Less selfie, more informative blog post.

Dont be afraid to change. You may lose something good but you may gain something better. - Fatin Liyana

Dan buat diri saya, yang mungkin pernah terlanjur mengambil kesempatan atas nama besar dunia blog Malaysia ini, saya mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Semoga kita semua dapat sesuatu daripada perkongsian ini, in Sha Allah.

Kredit Gambar: FB Fatin Liyana Asri

p.s: Dah lama Fatin Liyana tak singgah baca blog saya ni, dulu ada jugaklah dia komen ... huhuhu .. :P



{ 31 comments.. read them below or add one }

nor nazliana nor nazliana August 18, 2014
comelnyer fatin nie...elok jgk dia wt macam tu kan...demi kebaikan dirinya..
Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal August 18, 2014
Assalammualaikum... bro HH,

Insaallah fatin liyana sentiasa memberikan yang terbaik untuk pembaca2 blog nyer..

mselim3
permatabiru permatabiru August 18, 2014
sy juga salah seorang peminat FL..hehe
nurul harnani nurul harnani August 18, 2014
hi.. boleh jadikan role model. nanie pun banyakkan cerita tentang kehidupan, keluarga dan fakta. da jarang nak letak gambar selfie mcm dulu. hahah

keep it up :)
Zamani Abe Zamani Abe August 18, 2014
mcm mn lah yg dimaksudkan nk jadi ayumi hamasaki tu.. hehe
yang baik Ishak yang baik Ishak August 18, 2014
semoga lebih banyak pengetahuan dapat dikongsikan dengan pengikut dan peminatnya yang semakin dewasa bersama blognya... walaupun akak ini sebenarnya lebih dahulu dewasa dari dia huhuhu...
Bahrain Bahrain August 18, 2014
Tak boleh tengok lama sangat FL ni sebab hati cair sangat tengok dia. hahahaha
Bunda a.k.a KN Bunda a.k.a KN August 18, 2014
Bunda pernah baca blog FL..lama dah...
Baguslah kalau FL sudah belajar dari kekurangan blog nye yang terlebih popular dulu tu...
Orang muda dan lawa pulak tu...memang adalah yang ambil kesempatan...hati2.. dengan gambar2 ..selfie2 bagai..
Syabas buat FL...lepas ni guna populariti yang sedia ada untuk berkarya lebih matang seiring dengan kematangan usia dan kematangan blog itu sendiri....
Ini juga boleh memberi iktibar untuk blogger2 yang muda yang sedia ada dan yang bakal....
Mas Zull Mas Zull August 18, 2014
assalamualaikum hh...mungkin satu perubahan yg baik utk fatin...mudah2an fatin liyana akan lebih berjaya lg...:)
TunSha Ayunie TunSha Ayunie August 18, 2014
wahhh !! role model untuk sha jugak ni....
ainun m ainun m August 18, 2014
bagus tindakan beliau. satu contoh baik buat blogger
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 18, 2014
Adakah ini tanda-tanda Fatin Liyana akan berkahwin?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 18, 2014
Doakan yang terbaik buat blogger ini.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 18, 2014
biasalah ... dulu kira blogger remaja, sifat remaja memang begitu .. dah dewasa makin matang, fikir pun dah lain, jadi haruslah Fatin Liyana berbuat demikian .. ye t ak?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 18, 2014
Perubahan dan cara yang patut dicontohi ramai blogger remaja dan yang nak jadi seperti Fatin Liyana ni
Denaihati Denaihati August 18, 2014
tahniah buat beliau, contoh yang cemerlanglah, nampaknya banyak yang dah dipadam.
timm bill timm bill August 18, 2014
timm pun sentiasa mmbaca entry hakak paten ni hah..sgt2 bg semangt owh..skng dh brubah pun cek still suka!
titan titan August 18, 2014
ehh.dah private ker?? boleh je aku masuk. macam biasa. hoho..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 18, 2014
Hari tu ... dia ada private kejap .... :P skang ni memang la dah boleh masuk ... lagi2 dia bagi peluang cam bro utk intai .. hehheehe :P
ieta mat sa'ad ieta mat sa'ad August 18, 2014
wajar dicontohi tak wajar dikeji. itu blog dia, suka hati dia lah kan...
BM BM August 18, 2014
Dah tua baru jadi blogger, xder lah nak menonjol sangat tapi kalau masa remaja dulu dah jadi blogger mungkin sama jer kot... :)
Usia dan pengalaman mematangkan seseorang. Semoga FL mencapai matlamat yg beliau harapkan.
titan titan August 19, 2014
mana ada intai.

kalau intai..takdenya orang tahu.

aku terang-terangan MENGAKU baca blog dia. haha
✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ August 19, 2014
Respek sama Fatin Liyana.... hehehehhe
deno deno August 20, 2014
Sama jugak.. Ada gak entri lama delete
potia casadelarossa potia casadelarossa August 21, 2014
baguslah klu dia bersikap mcmtu.. mcm bro katalah.. zaman dah berubah... masa remaja dah tak sama zaman kedewasaan kan?... mana perlu dikekalkan dan boleh manfaat untuk semua kekalkanlah...
mama amir mama amir September 08, 2014
Alhamdulillah...semoga berubah kearah yang terbaik dan lebih baik lagi...^_^
yang baik Ishak yang baik Ishak October 23, 2014
alamak... dah tak boleh masuk blog fatin liyana...
JAWATAN KOSONG TERKINI JAWATAN KOSONG TERKINI October 26, 2014
Fatin liyana dah ada yang punye ke?
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK October 28, 2014
Fatin Liyana x singgah blog Bro HH sebab dia busy tu:)
Zaman houseman memang sangat mencabar.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.