Langkau ke kandungan utama

Kenapa Rozita Ibrahim Pengasas Sendayu Tinggi Tidak Lagi Berpurdah?

Saya fikir, ini mungkin tajuk yang paling panjang pernah saya tulis dalam blog saya - Kenapa Rozita Ibrahim pengasas Sendayu Tinggi tidak lagi berpurdah. Jika dari sudut SEO, tajuk panjang begini tak begitu bagus, tapi ada kelebihan tersendiri jika blog anda berada di banyak bloglist blogger lain. Ia satu tajuk yang akan memikat pembaca, kerana apa? Anda tanyalah diri ... kenapa anda nak baca entri ini? Hehehe.....

Kenapa Rozita Ibrahim Pengasas Sendayu Tinggi Tidak Lagi Berpurdah?

Rozita Ibrahim, siapa tidak kenal? Beliau boleh saya katakan ikon juga dalam industri kosmetik dan kecantikan di Malaysia. Saya telah berpeluang bertemu dengannya, sewaktu di Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2014). Ya, ramai blogger lain juga sempat bertemu dan mendengar kisah bisnes Rozita Ibrahim ini. Ramai yang kagum akan kecekalan beliau. Orangnya memang cantik dan menawan.
Ingat lagi tak satu ketika dahulu, penampilan Rozita Ibrahim pernah berpurdah? Hanya menampakkan mata sahaja. Ramai yang kata bahawa beliau sertai parti politik tertentu dan ada yang mengatakan bahawa beliau pengikut Al-Arqam yang sinonim dengan penampilan sebegitu di Malaysia ini.
Memetik kata-katanya ..
Apabila berpurdah ketika itu amatlah selesa kerana orang tidak mengenali saya. Rasa selamat bila bergerak keluar dari rumah dan tidak menjadi perhatian orang ramai ke mana saja saya pergi.
Namun, biasalah manusia, ada sahaja yang tidak kena, dek kerana berpurdah atau berniqab, ada jaja cerita tak baik dan kurang menyenangkan.
Jana Pendapatan Menerusi Bisnes Tanpa Modal

Sebenarnya ada kisah menarik di sebalik tutup pakai purdah ini, kejap pakai kejap tak pakai ... kenapa Rozita Ibrahim dulunya berpurdah tetapi kini tidak lagi.

Saya cuba ambil sedikit cerita untuk perkongsian di sini ...
Saya pernah membeli siaran tajaan di stesen radio klasik nasional.. Kontrak 6 bulan, semua sudah diluluskan. Selepas bersiaran 3 kali, mereka membatalkan kontrak tanpa alasan.

Saya ingin membeli siaran RTM dan TV3 untuk mempromosikan produk keluaran ST dan JRM. Mereka tidak membenarkan berpurdah sama sekali.

Alasannya “Negara kita berbilang kaum dan agama.. Bagi menghormati orang yang bukan beragama islam maka purdah tidak dibenarkan”

Saya jawab “Bagaimana pula kalau orang islam atau bukan islam yang berpakaian seksi .. kenapa dibenarkan ?? Bukankah itu lebih teruk akibatnya dari saya menutup muka, kerana boleh menyebabkan gejala sosial yang lebih teruk, seperti merangsang keinginan seks sehingga berlakunya rogol dan zina.. Setahu saya, islam agama rasmi negara kita kan..??

Jawab mereka “ Itu saya tak tahu.. Itu pihak atasan punya arahan” 
3 tahun Rozita Ibrahim memakai purdah dan niqab, akhirnya dengan mendapat pandangan dan nasihat daripada mereka yang arif, beliau kekal dengan penampilan yang kini anda sedang lihat, ititu bertudung seperti biasa, melepasi dada.

Kerana deskriminasi .... Rozita Ibrahim tidak lagi berniqab.

Moga perkongsian ini buat kita semua terutama yang beragama Islam untuk berfikir.

Untuk cerita penuh kisah ini, anda boleh baca di blog Rozita Ibrahim sendiri.

Kredit Foto: myputeri21.blogspot.com





Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Balasan
    1. Mudah sahaja... kerana pintu rezqi dan ruang untuk beliau berniaga ditutup (disekat) oleh pihak atasan. Sebab itu beliau membuka niqabnya.
      Inilah antara diskriminasi terhadap Islam yg dilakukan oleh pihak atasan yg ramai tak tahu.

      Padam
  2. itu yang payah kalau melibatkan golongan atasan..mana taknya orang ramai salahkan kerajaan pasal itu ini..banyak sangat birokrasi dan diskriminasi yang ramai tak tahu...

    apabila melibatkan media ni..memang isu gini amat sensitif..kalau konsert sana sini tu..tak kisah, asalkan payment juta-juta tu dibayar..ada orang khayal ke,ada kondom bertaburan ke..itu bukan masalah meraka katanya..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu kan sumber pendapatan negara? sebab tu takdinyahkan oleh mereka... janji masyuk... :D

      Padam
  3. Oooo baru tahu pasal ni...

    BalasPadam
  4. Arahan yang sebenarnya tidak langsung membantu usahawan melayu .......

    BalasPadam
    Balasan
    1. ..dan aku rasa, arahan itu sendiri datangnya dari orang melayu sendiri

      Padam
  5. Payah lagu ni. Yg tak pakai baju dibiarkan, yg tutup aurat disekat atas nama menghormati penganut agama lain..

    hormat agama lain lebih drp niat meninggikan syiar Islam..payah

    BalasPadam
  6. Kenapa la isu memakai purdah itu dipersoalkan.. kesian.. tapi tak apa lah Allah itu mahal adil.. insyallah mereka yang menyusahkan orang lain pasti akan dapat balasan tak didunia pun dalam kubur confirm punyer la..

    BalasPadam
  7. Semasa saya di TV3, syarat untuk para asatizah keluar di kaca TV perlu ber make up. Akhirnya ramai para asatizah terpaksa akur dengan permintaan pihak atasan. Alasan pihak atasa, para asatizah kelihatan comot jika tidak bersolek.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu pencerahan buat yang lain ...

      Padam
  8. bersimpati dgn beliau..

    BalasPadam
  9. x pe la..berpurdah tu tak wajib

    BalasPadam
  10. takpelah...aurat bagi wanita hanyalah muka dan 2 tapak tangan jer...bukan berdosa pun kalau tak pakai niqab...jangan la kutuk-kutuk die nanti tak pasal-pasal dapat dosa kering

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harapnya tak adalah yang sampai jadikan entri ini satu sumber negatif.

      Padam
  11. betol2.. saya sendiri pun lepas tengok tajuk ni kat bloglist, terus ter-klik.. memikat betol..
    itu la masalahnya dengan orang kita. betul dah kata rozita ibrahim tu.. padahal berpakaian mencolok mata lebih bahaya... kenapa niqab pula yg menjadi mangsa..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malaysia oh Malaysia .. ini hanya secebis kisah yang kita tahu .. banyak lagi yang mungkin kita tak tahu.

      Padam
  12. Kalau dia yakin rezeki dari Allah bukan manusia..pasti dia tidak meggadaikan niqabnya kerana manusia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya masalah niqab itu bukan hanya berlaku di Malaysia .... puan Rozita pernah hadapi masalah yang sama bila nak promosi produk di luar negara, sampai ada yang anggap dia sebagai ancaman terorist.

      Padam
  13. Kalau dia yakin rezeki dari Allah bukan manusia..pasti dia tidak meggadaikan niqabnya kerana manusia.

    BalasPadam
  14. Tanpa NamaApril 26, 2014

    Ke...... ada lagi cerita disebaliknya.... ada tak yg rajin nak membandingkan wajah sebelum berpurdah dan wajah selepas bukak semula purdah.... atau ada yg perasan perbezaan hidung dia tu... atau... atau... tak nerani lah saya nak cakap.... takut jatuh fitnah... yg sampaikan kat saya tu pun rasanya rapat dgn pn.rozita...semoga niatnya membetulakan hidung tu atas sebab kesihatan ye .... errrr.... dah siap.. boleh la bukak semula kan mukanya.... er....tak beranilah nak cakap lelebih...

    BalasPadam
  15. Alasannya “Negara kita berbilang kaum dan agama.. Bagi menghormati orang yang bukan beragama islam maka purdah tidak dibenarkan”

    aku x faham dengan alasan diatas! Bagi meng "hormati" orang bukan Islam?

    Soalan aku adalah, kenapa kalau pakai purdah itu mengejek orang bukan Islam ker?

    Pelik bebenar aku

    BalasPadam
  16. Assalammualaikum...bro HH,

    Diskriminasi ini sebenar masih ada terhadap mereka yang bertudung litup dan memakai niqaf..tak dinafikan..

    mselim3

    BalasPadam
  17. erm.. kalau kite nak masuk kawasan kerajaan kita juga tidak dibenarkan berniqab.. kerana apa? kerana keselamatan bukan diskriminasi... tp kes puan rozita ni kalau dibaca mmg rasa mcm diskriminasi yang amat sgt...

    BalasPadam
  18. jika itu penjelasannya kenapa perlu ada yg menyangkal? apapun pengasas sendayu tinggi ni mmg cantik

    BalasPadam
  19. susah nak komen bab ini. semoga kembali berpurdah

    BalasPadam
  20. Tanpa NamaApril 19, 2017

    Amalan berpurdah ni tradisi Yahudi. Bila ada Yahudi memeluk Islam, budaya ini telah diserap masuk apaibla berapa ayat Quran diserasikan dengan budaya mereka agar tidak menarik perhatian menerusi wajah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …