Cara Mantapkan Blog Resepi

Bagaimana nak mantapkan sebuah blog resepi? Jika anda seorang blogger yang menulis mengenai resepi di dalam blog anda; perkara paling afdal untuk anda buat dan pelajari ialah teknik mengambil gambar. Teknik mengambil gambar yang betul, in Sha Allah akan hasilkan gambar resepi yang cantik menarik walaupun hanya menggunakan kamera dari telefon bimbit.

Saya pasti ramai dah baca mengenai entri-entri berkaitan resepi dan masakan di blog saya ini ... walaupun blog saya bukan blog resepi, tetapi sebagai seorang blogger house husband, tak boleh tidak adakala saya akan ke dapur menyediakan hidangan untuk makan tengahari keluarga tercinta .. hoho.
Cara Mantapkan Blog Resepi

Cara Mantapkan Blog Resepi

Saya tidaklah sehebat ramai blogger masakan atau chef ternama, jadi cara saya kongsikan resepi adalah resepi asas yang semua orang boleh buat, in Sha Allah. Jadi penekanan soal gambar itu perlu memandangkan saya ni bukanlah chef ... hoho.

Cuba tengok antara entri berkaitan resepi yang saya telah terbitkan sebelum ini:

Teknik Fotografi Penting Untuk Blog Resepi

Teknik fotografi yang saya gunakan ialah teknik close-up. Orang sukakan detail, jadi saya berikan detail masakan tersebut. Bila tengok gambar, dah boleh terbayang bagaimana rasanya masakan itu berada di hujung lidah, di bibir .. di dalam mulut. First impression inilah yang akan buat orang mahu tahu dan baca resepi disediakan.

Jika kongsi resepi kek coklat, kena ada gambar kek, bukan takat luaran, tetapi juga gambar dalam kek tersebut. Apa isi dalam kek, teksturnya ... kalau ada inti, nampakkan inti coklat itu meleleh sampai boleh kecurkan air liur!

Ok. Kata rakan blogger masakan ini - http://goo.gl/9nkG9V, dia mahu blognya dijadikan sebagai tempat kongsi resepi yang best, jadi cadangan saya ialah .... cuba buat entri seperti ini:
Saya buat entri seronok-seronok berkaitan resepi Puding Jagung Manis semasa Ramadhan, dan tak sangka pula ia antara entri popular. Saya kongsikan resepi mudah, tapi saya berikan link ke entri rakan blogger lain yang beri resepi lengkap. Ini cara saya kongsikan resepi blogger lain. Boleh tiru tapi saya tidak galakkan .. .. haha .. sebab nanti ada yang marah sebab bagi resepi tak lengkap!

Cuba Resepi Itu Sendiri Bagi Tujuan Penulisan Mantap

Cadangan saya, jika nak blog resepi yang mantap kongsikan resepi, maka kena sediakan gambar yang diambil dari percubaan kita melakukan sesuatu resepi itu, ceritakan serba sedikit lebih kurang kita buat, ada bahan-bahan, tapi cuba twist sedikit untuk berikan backlink dan trafik ke blog yang kongsi resepi sebenar. :)

Ada banyak cara nak mantapkan blog resepi, namun yang paling utama ialah menangkap first impression pengunjung dan pembaca blog. Walaupun blog tak begitu cantik, tetapi pengunjung akan tiba ke blog kita terus ke entri resepi. Jadi gambar resepi atau masakan itu perlu power supaya orang meleleh nak tengok lagi dan lagi ...

Sediakan Bloglist Niche Sama

Perkara lain ialah dengan menyediakan satu ruang bloglist yang dalam niche yang sama. Jadi, dengan cara ini blog anda akan dijadikan blog utama untuk cari resepi, pengunjung akan BOOKMARK untuk rujukan di kemudian hari. Itu lebih berbaloi daripada ribuan follower blog yang sebenarnya tak follow pun apa yang anda tulis dan kongsi dalam blog!

Semoga bermanfaat.

4 comments.. read them below or add one

KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com January 02, 2015
tgok blog resepi,, sentiasa perut jadi lapar , adeh hehe - kedaionlinemy.com
hazmanfadzil hazmanfadzil January 02, 2015
Blog resepi nie kalau boleh kena konsisten dan update menu yang ringkas dan mudah pun takpe sebab mesti carian tu evergreen....
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 02, 2015
Haha... nasib la ... nak lagi yang ada gambar siap makan....
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 02, 2015
Itulah untung blog resepi dan masakan. Ia akan sentiasa dapat trafik, kerana entri2 adalah entri evergreen ... :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.