Langkau ke kandungan utama

Resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Api

Yeah. Inilah resepi udang galah masak lemak cili api cara saya. Sedap ke tak sedap, bila udang galah jadi bahan utama, in Sha Allah, ia akan habis lincin dijamah puas oleh seisi keluarga. Sebagai house husband seperti saya ini, bila ada kesempatan, memang saya akan gunakan skill ada untuk sediakan juadah untuk keluarga, lebih-lebih lagi bila isteri sibuknya luar biasa. Siapa tak sayang isteri ... ye tak? Sesekali si suami kenalah bantu si isteri ... barulah aman damai. Saya nak kongsikan resepi udang galah masak lemak cili api, yang nampak biasa tapi luar biasa bagi seorang lelaki seperti saya .. hoho ...

Resepi udang galah ini merupakan resepi yang saya cedok daripada blog rakan blogger saya yang amat saya kagumi - blogger Che Mat Gebu menerusi entri Gulai Pedas Udang. Ada sedikit modifikasi saya buat dengan teknik dan cara saya masak, almaklumlah, teknik Che Mat ni kira tahap 'dewa' masakan dah .. hehehe...
Resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Api

Resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Api

Resepi ini ada yang namakan masak gulai pedas, ada yang namakan gulai kunyit .. tapi saya, masakan ini lebih kurang sama nak masak lemak cili api, masakan popular di Negeri Sembilan.

Bahan-Bahan

Bahan-bahan untuk masak lemak cili api udang galah adalah seperti berikut:
Resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Api
  • Udang galah saiz sederhana. Saiz besar sangat tak sedap, sebab manisnya udang tidak terasa.
  • Sebiji timun.
  • Dua helai daun kunyit saiz sederhana.
  • Serai. Sebatang mencukupi, tapi nak letak 2 batang dialukan, kena sesuai dengan jumlah udang.
  • 4 biji tomato segar.
  • Semangkuk kecil Santan.
Resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Api

Bahan Dikisar

  • 10 biji Cili api.
  • Kunyit hidup sebesar separuh jari kelinking.
  • 3 biji bawang besar.
  • 3 ulas bawang putih.
Kalau ikutkan resepi asal yang saya pandukan dari blog Dapur Tanpa Sempadan, bahan-bahan dikisar ni sebenarnya elok ditumbuk, sebab rasanya lebih kick, lebih sedap jika lesung batu digunakan. Tapi memandangkan saya nak masak udang galah masak lemak cili api ni dalam masa kurang 30 minit, jadi saya kisar je guna blender .. hoho...
Resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Api

Cara Menyedikan Udang Galah Masak Lemak Cili Api

  • Pertama sekali, udang perlulah disiang dan dibasuh dengan bersih. Kena pastikan tahi udang dibuang terlebih dahulu dengan sebersihnya supaya nanti gulai lemak cili api tak berbau hanyir.
  • Kemudian, titikkan serai dan buang kulit timun. Timun yang dah bogel, kena potong memanjang, dikerat dua macam biskut wafer (potong je ikut suka .. hahahaa).
  • Tomato pula dipotong besar, saya suka potong empat atau enam, ikut saiz buah tomato segar tu.
  • Masukkan udang dan serai ke dalam periuk bersama santan dan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masukkan suku atau separuh santan dahulu. 
  • Kacau udang, serai dan bahan-bahan dikisar dengan api periuk yang sederhana.

Cara-cara masak lemak cili api udang galah
  • Apabila sudah mendidih dan udang sudah bertukar warna dan mengecut, masukkan tomato, timun dan sedikit garam. Masukkan baki santan yang ada. 
  • Masukkan sedikit gula jika perlu. Kacau dan gaul masakan dengan api kecil.
  • Siat-siat atau rincikkan helaian daun kunyit dan masukkan ke dalam gulai. Kacau dengan perlahan biar nampak sebati.

Sila rasa masakan anda, bila tak cukup masam, masukkan lagi tomato segar atau dengan cara lain masukkan asam keping atau asam gelugor.

Walla .. dah siap masakan udang galah masak lemak cili api. Peringatan khas, jangan letakkan air, hanya gunakan santan pekat sebab udang galah dah ada airnya sendiri.
Resepi mudah udang galah masak lemak cili api

Jika mahu masakan pedas, bolehlah guna sampai 50 biji cili api, jika tidak boleh ganti dengan cili masak. Kunyit hidup untuk rasa kunyit dan hilangkan rasa hanyir. Jika tak ada, bolehlah ganti dengan serbuk kunyit untuk warna serba menyelera masak lemak cili api udang galah.

Alhamdulillah, tak susah nak masak udang galah masak lemak cili api ni. Resepi sama untuk masak bahan mentah lain terutama ikan kembong. Pandai-pandailah ubah .. cuma jangan jadikan masak lemak ni jadi masak kicap dah la .. agak-agak la juga kalau nak ubahsuai resepi ehh .. hehehe..
Masakan house husband

Selamat mencuba ... terutama buat bapak-bapak macam saya.

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. perghhh.. nampak sedap! rasanya pon mesti mabeles ni..

    BalasPadam
  2. Allahu Akbar ..Sedap nyer Bro HH ..Buat saya lapar la pulak tgk gambar ni ..Udang galah tu betul2 menggoda jiwa raga la Bro hahahaha ...Sakit pulak hati saya tgk Bro up gambar ni ..Hahaha ..dah boleh buat blog resipi la lps ni ya Bro ..Tahniah tahniah .mesti sedap tu ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak buat blog resepi .. cuma suka nak kongsi aktiviti saya sebagai blogger house husband di rumah .. janagn ingat blogger lelaki dok umah dok depan PC je ...

      Padam
  3. Siap denagn ikan goreng kangkung goreng pulak tu ..Aduhaii kenapa la kita ni tak berjiran hahahaha..Kalau tak dah lama hulur mangkuk bertingkat2 ni ... Lapar lapar ...Mmg menguji skesabaran sungguh la UDANG tuu tu tu kat ats tuu ......Adoiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.. minta maaf la ye kalau buat terliur .. hoho

      Padam
  4. mak oi, terliur sungguh tengok udang galah tu.. lahai, lapar baliklah pula..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lapar? Silalak makan .. hehehehe .. leh buat mee segera kawin kawin ...

      Padam
  5. Tabik kat tuan HH sekali lagi kerana kepakaran buah tangannye yang menjadi ni...bukan setakat buah fikiran tapi serba serbi terer ni...cuma yang saya hairan..kenapa banyak blog2 otai ni pakat buat artikel resepi ye...? Banyak tak terkira blogger duk buat pasal masakan ni...blh tlg jawabkan tak tuan HH?

    BalasPadam
  6. Syabas tuan blog kerana berjaya membuat saya lapar semula di malam2 hari camni..
    hidangan yang menyelerakan, pictures pun cantik.

    BalasPadam
  7. fuhhh sedap ! udang galah ni part otak tu paling best...

    BalasPadam
  8. masak lemak jadi masak kicap? entah entah encik hasrul pernah buat apa... hahahahaha... syabas sebab jadi suami terbaik!!!

    BalasPadam
  9. 50 biji cili api...mesti terangkatlah..tapi cukup sedap.

    BalasPadam
  10. waahhhhh... pandai masak rupanya si Mr Mama ni ... udang galah ni masak apapun mesti jadi sedap sampai ke kepala dia ... ;)

    BalasPadam
  11. Bro HH nhe Chef yang hebat.. terbaik Bro

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …