HTML Widget Google+ Follower Blogspot

Kod HTML widget Google+ follower untuk blogspot - Satu alternatif yang saya fikirkan terbaik untuk anda kembangkan lagi jaringan blogger anda. Aspek paling menarik mengenai widget ini ialah ia memberikan kesempatan anda untuk terus kongsikan entri blog anda dengan pengikut blog anda tanpa perlu anda ping secara manual!

Anda boleh sahaja menggantikan widget follower lama (Google Friends Connect) untuk blogspot anda dengan widget Google+ follower ini. Ada dua cara untuk memasukkan widget ini ke dalam blog. Satunya menerusi add Widget di dashboard blogspot anda, dan pilih Google+ follower. Dan cara satu lagi ialah dengan menggunakan kod HTML widget berkenaan.

Kod HTML Widget Google+ Follower untuk Blogspot

Mana-mana cara akan hasilkan penampilan yang sama, tak ada beza, saya cuma memberikan option dan alternatif sahaja. Oppss .. ehh lupa, kalau guna kod ini, anda bebas nak letak mana-mana dalam blog anda, samada bawah entri, bawah blog, atas blog, tepi blog, pop up .... haaa inilah kelebihannya.

Kod HTML untuk widget Google+ follower ini adalah seperti di bawah. Anda boleh masukkan ke dalam blog terutama bahagian sidebar atau mana-mana bahagian dalam blogspot anda termasuklah di bawah entri blog menggunakan kod HTML ini. Cuma anda perlu tukarkan id berikut dengan id profile Google+ anda sendiri.

Gantikan https://plus.google.com/ID-Google-Plus

Lihat contoh yang saya telah saya eksperimenkan menerusi blog ini. Nampak menarik tak? Bolehlah cuba letak dalam blog sendiri andai berkenan di hati. Saya uji dengan letakkan ia di bawah entri, selepas profil penulis.
HTML Widget Google+ Follower Blogspot

Ok. Selamat mencuba .. :)




{ 9 comments.. read them below or add one }

Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz April 08, 2014
Satu info yg sangat berguna ..
Thanks ..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 08, 2014
Terima kasih banyak-banyak
miss miew miss miew April 21, 2014
salam abg..sy blogger bru..nk tye,ade org ckp dy xleh follow blog sy sbb blog ID xtuka..dh puas sy tgk tuto blogger lae..tp 1 pn xjd..tye blogger2 yg lain diorg xpnah plak bls comment sy:(
and lg 1,cmne nk bt JOIN THIS SITE tu?maaf byk tye:)
hrap dpt bntu..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 21, 2014
Masalah ini memang sedang berlaku buat semua blog-blog baru .... hanya blog lama yang kekal dengan widget follower tu je terselamat dengan kes macam ni.

Untuk itu, saya syorkan buang widget itu dan gunakan widget follower yang baru - Google+ Follower. Ada di senarai widget dalam blogspot.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 21, 2014
Baca entri saya yang ni ->

http://www.hasrulhassan.com/2014/04/kod-html-widget-follower-blogspot.html

Azlan Azlan June 16, 2014
Terima kasih atas info di atas.
Saya dah follow dan telah diaplikasikan pada blog saya
i am sitizoner i am sitizoner May 24, 2015
info penting utk blogger baru macam saya

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.