Tips Buat Pengunjung Kekal Baca Blog Anda

Pagi yang damai. Hari ini saya nak kongsikan satu tips blogging untuk anda semua. Buat bukan blogger, anda juga perlu baca entri ini, sebab ia akan bagitahu anda cara untuk bermesraan dengan kaki blog ini. Secara metaforanya nanti, ia juga boleh jadi tips untuk mendapatkan jodoh .. hehehe ...

Bagaimana nak buat pengunjung blog kekal baca entri-entri di blog?

Sebelum nak buat pengunjung blog kekal baca blog kita, kita cuba jadikan diri sebagai pengunjung ke blog orang lain dulu. Bila kita singgah ke sesebuah blog, apa yang kita suka dengan blog tersebut? Apakah yang menarik perhatian kita?

Jika ditanya setiap orang, mungkin akan ada banyak sebab diberikan, tetapi saya cuba untuk berikan anda beberapa sebab umum yang boleh anda jadikan satu tips berguna untuk buat pengunjung kekal baca blog anda walaupun anda tidak update blog anda dengan entri terkini.

3 Tips Buat Pengunjung Kekal Baca Blog Anda

Psikologi Gelak Bersama

Cuba bayangkan ketika baru sahaja melangkah ke tempat kerja baru, dan mereka ajak anda untuk keluar minum bersama. Sambil sembang-sembang, tentu ada gelak tawa. Dan ingat kembali, ketika itu pabila melepak berkumpulan dan ketawa bersama, biasanya muka kita akan beralih kepada siapa? Tentulah teman yang kita selesa. Betul? Atau mungkin ke arah individu yang kita mahu berkenalan.

Sama juga dalam mengharapkan pengunjung kekal baca di blog, anda perlu tarik pengunjung dan pembaca untuk sama-sama gelak, sama-sama sembang, biar mereka mesrakan diri mereka dengan anda. Berikan keselesaan untuk mereka baca dan komen blog anda. In Sha Allah, esok lusa mereka akan datang lagi dan lagi.

Ketenangan Jiwa

Dalam dunia blog, ada masa gelora akan tiba ke blog anda. Ia mungkin disebabkan oleh salah faham dan perbezaan pendapat. Blog ini juga ada terkena benda begini, saya tidak nafikan ada beberapa entri yang bertujuan memberikan informasi telah disalah anggap sebagai entri berbentuk fitnah, walhal pengunjung pertama kali itu tidak membaca keseluruhan entri dan tidak memahami apa yang cuba saya sampaikan. Dan pengunjung-pengunjung ini akan hamburkan kemarahan mereka menerusi ruangan komen yang telah disediakan.


Baca mengenai Marah Ia mungkin boleh redakan diri anda di saat marah. In Sha Allah.

Bagi saya, selagi komen itu tiada diletakkan ayat-ayat lucah, caci maki atau perkara yang boleh merendahkan darjat tukang komen, maka saya akan lepaskan. Ada sahaja komen yang agak keterlaluan, saya padam memandangkan nanti ia akan mendatangkan malu pada tukang komen walaupun hanya muncul sebagai anonymous.

Jika ada orang marah kepada kita, dan kita pula kekal bertenang, mereka akan jadi lebih menyirap. Malah mereka akan marah lebih ganas. Ini memang situasi sebenar yang akan berlaku. Tetapi, lama kelamaan, selepas itu mereka akan rasa sangat malu pada diri sendiri.

Tak percaya? Cuba anda bayangkan 10-20 tahun dahulu di mana anda pernah bergaduh dengan adik atau abang atau kakak hanya kerana sehelai baju atau sebungkus keropok. Marahnya ketika itu sampai bertumbuk-tumbuk pun ada. Baling-baling barang ... kan kan? Bila kenang balik, rasa malu tak? Apatah lagi bila anak-anak anda tahu cerita anda ini?

Jadi bertenanglah dengan pengunjung blog anda. Dan bertenanglah dengan komen yang ditinggalkan. Belajar untuk tanggani marah, dan lebihkan bersabar.

Elakkan diri anda untuk menulis blog ketika marah. Cuba tulis entri yang boleh memikat pembaca.

Banyakkan Cerita Gembira

Tips yang tak ramai orang tahu, ialah menulis atau perbanyakkan cerita gembira. Walaupun kadangkala ada cerita sedih nak dikongsikan, tetapi cuba jadikan ia sebuah cerita yang tidak dilakukan secara berlebihan. Ada setengah pembaca tidak suka dengan entri yang menarik simpati.

Contohnya macam saya bercerita mengenai gembiranya anak-anak yatim dapat pakaian baru menerusi Projek Iqra, ia lebih bermakna, dan pengunjung suka baca cerita sebegini. Sebab sebelum ini saya dah ceritakan terlebih dahulu mengenai Projek Iqra ini, tentulah pembaca nak tahu apa sudahnya projek tersebut.

Apa cerita gembira nak tulis dalam blog? Cerita anda dapat income dengan blog pun boleh, cerita anda pergi melancong pun boleh, cerita dapat baby baru, cerita anda dapat hadiah giveaway .. semua cerita gembira seperti ini orang suka baca, dan ia berikan aura positif untuk blog.

Wujudkan emosi ini di dalam blog anda. In Sha Allah, emosi yang beri kesudahan baik, akan tingkatkan pengunjung blog anda.

Ok, itulah sedikit sebanyak perkongsian saya mengenai tips buat pengunjung kekal baca blog anda. Anda boleh mencubanya sendiri dan lihat kesannya. Namun, seperti saya pernah sebut, cara penulisan anda perlu kena ada gaya tersendiri. Kena ada satu trademark khusus supaya cerita anda, adalah anda yang punya, dan tidak nampak satu cerita sama dengan orang lain.

Selamat mencuba.

p.s: Cuba baca sekali lagi, tips di atas boleh juga dipraktikkan untuk pikat awek .. hoho

{ 28 comments.. read them below or add one }

reezluv reezluv October 01, 2014
blogger perlu main psikologi juga..:D
Sentiasa Panas Sentiasa Panas October 01, 2014
pengunjung adalah pelanggan kita. Tanpa mereka siapalah blogger..
Umi Nazrah Umi Nazrah October 01, 2014
amboi sampai ke nak pikat awek. haahhaha
tapi boleh diguna pakai jugak tu ;)
AMIR AMIR October 01, 2014
SATU IDEA YANG MENARIK BANG HASRUL
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 01, 2014
hahaha.. nanti orang cop hang Mat Saiko ... :P
jaymiee jaymiee October 01, 2014
bagus tips ni...in shaa allah akan dipraktikkan....
weschairs weschairs October 01, 2014
Rajinnyaa en Hasrul menulis... Apa menarik untuk dibuat renungan dan panduan
yang baik Ishak yang baik Ishak October 01, 2014
boleh lah... nak buat ayat2 pemikat yer...
Ali Wowberita Ali Wowberita October 01, 2014
yup, betul tu...kena pandai main psikologi dan campur2 perasaan gembira, sedih, marah dsb.
Farrah Hasan Farrah Hasan October 01, 2014
tips yang menarik..boleh dipraktikkan..hehehe... ;)
nadia mansor nadia mansor October 01, 2014
tips yang bagus ni...kena pandai main dengan psikologi + demand apa yang orang nak dari kita..
Karya Mahirah Karya Mahirah October 01, 2014
haha KM.. ya kena main saiko.. gelak sama2.. baru pengunjung datang lagi..
kak yatiadam kak yatiadam October 01, 2014
tahniah hasrul..anda ada blog yg banyak info. akak suka baca gaya penulisan anda. keep it up..
Etuza Etuza October 01, 2014
terbaik entry..tapi agak hairan ya, adakah orang jadi marah pada blog kita, Semoga terhindar dari nak marah. Tak elok perasaan itu..kita jalinkan hubungan maya yang mesra. setuju sangat dengan HH
❤Kamsiah❤ ❤Kamsiah❤ October 01, 2014
yg penting jadi diri sendiri,kan...ayat2 mesti ikhlas lahir dari hati..jgn cuba2 ikut ayat2 blogger popular pulak..:)
azimah mohd zainuddin azimah mohd zainuddin October 01, 2014
Thanks untuk tips ini. Akan berusaha untuk memperbaiki diri lagi :)

http://www.lovehutladyvitamin.com
rokiah rokiah October 01, 2014
hari2 singgah kat blog ni..terima kasih atas info2 yang bermanfaat..memang guru online yg hebat dan tak kedekut ilmu
Siti Rohaida Yusof Siti Rohaida Yusof October 01, 2014
thanks atas perkongsian tips ni.bukan senang nak kekalkan pengunjung untuk selalu mengunjung di blog kita kalau tak tau cara nak menarik perhatian mereka kan
Qaseh Vee Qaseh Vee October 01, 2014
selalu fikir , apa yang org suka baca ya ... ermmm
Illya Farhana Illya Farhana October 01, 2014
Info yg menarik..akan dipraktikkan dlm blog LeYa..
JAWATAN KOSONG TERBARU JAWATAN KOSONG TERBARU October 02, 2014
Pembaca sejati sukar nak dapat ramai tapi lambat laun baru boleh itupun kalau cara penulisan macam tuan admin ni memang menarik, tertarik dan DEBOOM..hehe...

Tuan admin taknak buat kelas berbayar ke untuk SEO bagi pengunjung yang serius pulak..?
Fauzi Blues Fauzi Blues October 02, 2014
Ni yg buat gua berkobar-kobar nak bikin blog Kehidupan Seorang Joned..
Ija Rased Ija Rased October 03, 2014
tips yang sangat berguna. tq for sharing mr.hasrul
mydata Best mydata Best October 21, 2014
tips sangat baik.terima kasih tuan.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.