Amarah

Ammarah. Ada seorang lelaki tua dengan pemuda yang beriman tinggal di pinggir bandar. Pemuda ini mempunyai kesukaran dalam mengawal kemarahannya. Dia mudah amarah sehingga tingkah lakunya seperti orang gila menjerit, mengamuk dan mengeluarkan kata nista.

Pada suatu pagi yang hening, tatkala Matahari belum lagi menampak sinarnya, Orang tua ini memanggil anaknya dan berkata : "Anakku, ini ada bungkusan yang berisi paku dan ini penukul. Setiap kali datang amarahmu, ambil paku ini dan ketuk sebatang paku di atas permukaan pagar kayu rumah ini." - sambil beliau menunjujkkan ke arah pagar yang terdapat disekeliling rumah mereka.

Kawal Marah Dengan Paku Diketuk ke Pintu

"Setiap kali paku ini diketuk, cuba kawal kemarahanmu itu" pesan orang tua itu lagi. Pemuda itu membalas dengan berat. "Baiklah Ayahku".

Sejak itu, setiap kali datang amarahnya, pemuda tersebut akan mengambil sebatang paku dan menukulkannya pada permukaan pagar di rumah mereka. Setelah berbulan melakukan seperti yang diminta oleh ayahnya, akhirnya pemuda tersebut sudah mampu mengawal amarahnya.
Pemuda tersebut bertemu ayahnya dan berkata "Ayahku, aku rasakan aku sudah mampu mengawal amarahku ini". Ayahnya mendengar dengan tenang dan menjawab "Baiklah, sekarang cabut kesemua paku yang terdapat pada permukaan pagar ini" kata orang tua itu kepada anakanya. Pemuda itu dengan kebingungan terus melakukan seperti yang dipinta oleh ayahnya.

Sesudah selesai mencabut kesemua paku itu, orang tua itu berkata lagi. "Sekarang lihat semula pagar itu" . Pemuda itu terkejut sebaik sahaja memalingkan wajahnya ke arah pagar-pagar itu. Pagar-pagar itu penuh dengan lubang akibat dari perlakuannya selama ini. Tiada ruang yang tidak kelihatan lubang. "Ayahku, saya telah cabutkan paku-paku itu, namun ianya menghasilkan lubang-lubang yang banyak sehingga memenuhi pagar ini.

Awasi Kata-Kata Ketika Marah

"Benar anakku. Begitulah juga dengan kata-kata yang telah kita lafazkan saat kita amarah. Apabila ianya telah dilafazkan, kita tidak mampu menariknya kembali. Walaupun setelah kita meminta maaf atau berjanji tidak akan mengulangi kata-kata yang mengguris hati itu, lukanya tetap ada. Ia akan kekal buat selamanya."

Inilah kisah pemuda dengan orang tuanya. Pelbagai pengajaran dapat kita ambil dan bawa dalam kehidupan kita.
  1. Kita sebagai umat Islam disarankan untuk mengawal kemarahan kita sehingga Allah menjanjikan ganjaran yang besar buat orang-orang yang mengawal kemarahan mereka dengan sabar. Quran (103: 1-3)
  2. Amarah ialah sejenis penyakit gila, kerana itu kita boleh lihat ada Ayah yang sanggup memukul anaknya sehingga mati akibat tidak mengawal amarahnya.
  3. Menjaga kata-kata juga menunjukkan kita seorang yang bertanggungjawab ke atas setiap tindakan ( kata-kata juga merupakan satu tindakan ) yang kita lakukan.
  4. Tiada istilah "Saya tidak berniat untuk melukakan hati awak dengan kata-kata saya". Jika kita tidak berniat begitu, mengapa kita ucapkannya?
  5. Allah swt akan menimbang setiap amalan kita di neraca yang sangat adil, termasuk setiap kata-kata kita. Adakah kita telah bersedia untuk dihisab setiap patah perkataan yang kita ungkapkan? Atau lebih baik kita mengikut saranan Rasulullah S.A.W untuk tetap diam apabila tiada kata-kata yang baik yang boleh di sampaikan?
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak bantu kita untuk tahu mengapa penting kita kawal amarah dalam diri, jangan sampai nanti ia meninggalkan kesan yang tak mampu dihilangkan.

Aidilfitri 2014 kian berlalu .... sudahkah kita memaafkan dan memohon maaf kepada mereka yang pernah dilampiaskan amarah kita?

Kredit Konvensyen The Bidadari 2014




{ 14 comments.. read them below or add one }

Sentiasa Panas Sentiasa Panas August 06, 2014
Beruntunglah manusia yang mempunyai sifat sabar yang tinggi.
TunSha Ayunie TunSha Ayunie August 06, 2014
perkongsian yang baik abang hasrul.... sha kalau marah sekarang, cuba diamkan diri je... kadang gigil jugak, tapi semadikan bibir dengan lahawlawala quwwata illah billah...
✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ August 06, 2014
Nice sharing.. ena ni memang seorang yang agak pemarah tapi lately ni ena cuba kawal marah diri.. memang payah sebab benda tu dah sebati dalam diri tapi demi agama dan diri, kena usaha juga.. insyaAllah
yang baik Ishak yang baik Ishak August 06, 2014
Sabar itu sebahagian daripada Iman.
BUNDA a.k.a KN BUNDA a.k.a KN August 06, 2014
Pernah dulu dengar cerita ni...tapi dah lupa...sekarang baru ingat balek....
Banyak pengajaran dari cerita ini....
Cik Ayu Cik Ayu August 06, 2014
Amarah tu sifat syaitan. Memang sukar untuk memupuk sifat sabar dalam diri tapi ada hikmahnya. InsyaaAllah
Jie Susanos Jie Susanos August 06, 2014
mnusia jdi hbat bila dpt control marahnya..
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad August 06, 2014
memang sukarnya mengawal ammarah ni... moga saya juga berjaya mengawal ammarah ini secara berperingkat. Aamiin... Terima kasih sifu
Denaihati Denaihati August 07, 2014
Orang Islam semestinya mempunyai sifat sabar yang tinggi, kesabaran itu ujian besar kita.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 08, 2014
Betul tu, memang untung orang yang sabar ni .. sabar yang akan amankan dunia, jika kita semua tahu mengenainya.
Cik Itah Cik Itah October 01, 2014
salam. oohh da baca da cerita tu...

p.s sy kadang susah jugak nak lawan marah hhuhu
Mrs Little Voice Mrs Little Voice October 01, 2014
subhanaAllah. kadangkala kita sukar mengawal amarah kita disebabkan terlalu lama dipendam....
Noriza MiracleVitamins Noriza MiracleVitamins October 01, 2014
Insafnya baca cerita ni..maaf boleh dilontarkan tetapi kesannya tetap ada
✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ November 12, 2014
Hakikatnya ena ni memang sukar nak kawal amarah.. for now ena belajar untuk diamkan diri apabila sedang marah.. sebab takut jadi yang bukan bukan nanti

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.